KUCHING / 15/02/2025
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, telah menghadiri perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak pada petang ini.
KUCHING / 15/02/2025
Pertama sekali, izinkan saya dan keluarga merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum cina di Sarawak yang menyambut kemunculan Tahun Kuda pada tahun ini.
KUCHING / 13/02/2025
Jalan raya menuju ke Santubong akan dinaik taraf kepada empat lorong bagi menampung peningkatan pembangunan dan pertambahan penduduk di kawasan berkenaan.
KUCHING / 12/02/2025
Sarawak is no longer waiting for global conditions to stabilise, but is instead forging ahead with execution, discipline, and targeted investment, Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg declared today at the ASEAN Sarawak Business & Economic Forum (ASBEF) 2026.
KUCHING / 11/02/2025
Kira-kira 5,700 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bakal menerima manfaat dari Program Komputer Riba Percuma Fasa Dua oleh Kerajaan Sarawak melibatkan peruntukan RM17 juta.
KUALA LUMPUR / 10/02/2025
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-148 yang berlangsung di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.
KUCHING, 15 Februari 2026 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, telah menghadiri perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak pada petang ini.
Sejurus tiba di Kuching dari Kuala Lumpur, beliau terus ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak di Sarawak.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) serta agensi-agensi berkaitan yang telah berusaha menjayakan penganjuran kejohanan berprestij itu.
Menurut beliau, penganjuran kejohanan seperti ini amat penting dalam mencungkil dan membangunkan bakat anak-anak Sarawak untuk diketengahkan sebagai pemain profesional pada masa hadapan.
Premier Sarawak turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kuching City FC atas kemenangan 3–1 ke atas DPMM FC malam tadi, sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat separuh akhir menentang Selangor FC.
Perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025 pula menyaksikan Bintulu FA muncul juara selepas menewaskan Samarahan FA dengan keputusan 3–1.
Tahniah Bintulu FA! ⚽️👏🏼