Card image cap
i-CATS DIIKTIRAF UNIVERSITI PENUH, PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN TINGGI SARAWAK

/ 20/10/2026

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pada Selasa.

Baca selanjutnya
Card image cap
AIAC SARAWAK TO BECOME REGIONAL HUB FOR INTERNATIONAL DISPUTE RESOLUTION IN BORNEO

/ 19/10/2026

The establishment of the Asian International Arbitration Centre (AIAC) Sarawak is set to strengthen Sarawak’s position as a regional hub for international commercial dispute resolution in Borneo, while enhancing investor confidence in the state’s legal protection framework.

Baca selanjutnya
Card image cap
KERAJAAN SARAWAK SALUR SUMBANGAN RM500,000 KEPADA WARIS MANGSA NAHAS HELIKOPTER FDS

/ 16/10/2026

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Sarawak kepada waris mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Baca selanjutnya
Card image cap
PREMIER SARAWAK SAKSI PEMETERAIAN MoU PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR GREATER KUCHING

/ 15/10/2026

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan projek Kuching Smart City and Digital Connectivity di Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Khamis.

Baca selanjutnya
Card image cap
SARAWAK SETS SIGHTS ON AI, GREEN ENERGY AND SEMICONDUCTOR TECHNOLOGY - PREMIER

/ 13/10/2026

Sarawak is strengthening its focus on science, technology, artificial intelligence (AI) and renewable energy as key drivers of its economic transformation.

Baca selanjutnya
Card image cap
PREMIER SARAWAK HADIRI MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI KE-150 DI PUTRAJAYA

/ 13/10/2026

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-150 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, petang pada Selasa.

Baca selanjutnya

Berita Terkini

i-CATS DIIKTIRAF UNIVERSITI PENUH, PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN TINGGI SARAWAK


KUCHING, 20 Oktober 2026 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, di Pejabat Premier Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pada Selasa. 

Kunjungan hormat itu antara lain bagi penyerahan surat pengiktirafan status universiti penuh kepada Kolej Universiti i-CATS, sekali gus menandakan perkembangan penting dalam usaha Sarawak memperkukuh landskap pendidikan tinggi.

Zambry ketika ditemui berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong usaha kerajaan Sarawak menubuhkan dan membangunkan institusi pendidikan tinggi bagi meningkatkan pembangunan modal insan selaras dengan visi dan misi pembangunan Sarawak.

“Dengan wujudnya universiti ini yang berfungsi sebagai universiti penuh, kita mengharapkan ia akan melebarkan lagi program-program yang dianjurkan dan Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi dukungan kepada program-program tersebut,” katanya.

Beliau berkata, KPT juga akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi menyelaraskan pembangunan program pengajian yang memenuhi keperluan Sarawak, khususnya dalam bidang teknologi tinggi, dengan penglibatan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan perancangan akademik universiti memenuhi keperluan ditetapkan.

Menurutnya, pembangunan program berasaskan keperluan industri penting bagi memastikan institusi pendidikan tinggi dapat melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bersesuaian dengan keperluan pembangunan ekonomi Sarawak.

Zambry turut dimaklumkan mengenai perancangan pembinaan kampus baharu universiti berkenaan, yang dijangka menyokong peluasan program akademik serta memperkukuh peranannya dalam ekosistem pendidikan tinggi Sarawak.

Pengiktirafan itu dijangka membuka ruang kepada Kolej Universiti i-CATS untuk memperluas penawaran pengajian dan memperkukuh pembangunan bakat tempatan, khususnya dalam bidang yang menyokong aspirasi Sarawak membangunkan ekonomi berasaskan teknologi dan industri bernilai tinggi.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datu Haji Adana bin Haji Jed; Pro-Canselor dan Pengerusi Kolej Universiti i-CATS, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain; Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan Pengarah Yayasan Sarawak Datu Mohamad Junaidi bin Mohidin.