Card image cap
Dr Wan Junaidi Dilantik TYT Sarawak Kelapan

/ 26/01/2024

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Bernama, Dr Wan Junaidi menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Baca selanjutnya
Card image cap
Inisiatif Ekonomi Digital Sarawak Diiktiraf Dunia

/ 25/01/2024

Anugerah Kerajaan Digital 2023 yang diterima Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) mengiktiraf peranan Sarawak dalam penggunaan infrastruktur dan teknologi digital seperti infrastruktur telekomunikasi dan hab inovasi untuk pembangunan ekonominya.

Baca selanjutnya
Card image cap
Sarawak Premier Urges The Business Community Adapt Green Economy Transition

/ 24/01/2024

The Premier of Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said  the state's commitment to a green economy, noting increased interest from financial institutions.

Baca selanjutnya
Card image cap
PPCC Urus Tenaga Secara Mampan

/ 22/01/2024

Jawatankuasa Perancangan dan Penyalarasan Tenaga (PPCC) mengadakan mesyuarat di Wisma Sumber Alam di sini pada 17 Januari lalu sejajar dengan komitmen dan strategi Kerajaan Sarawak membangun dan menguruskan tenaga secara mampan.

Baca selanjutnya
Card image cap
Lantikan TYT Baharu Kuasa Mutlak Yang Di-Pertuan Agong - Premier

/ 20/01/2024

Kuasa mutlak untuk melantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Demikian menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari  Tun Openg ketika diminta mengulas berhubung spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Baca selanjutnya
Card image cap
Projek Hidrogen Berjalan Lancar

/ 19/01/2024

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menzahirkan rasa puas hati dengan perkembangan projek hidrogen hijau yang dibangunkan di Kidurong, Bintulu. Beliau berkata, kerajaan akan memberi segala sokongan untuk membolehkan projek berkenaan berjalan lancar.

Baca selanjutnya

Berita Terkini

Dr Wan Junaidi Dilantik TYT Sarawak Kelapan


KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Bernama, Dr Wan Junaidi menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Wan Junaidi, 77,  dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari  2028.

Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014. 

Sementara itu,  Dr Wan Junaidi 

turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. 

Istiadat itu, yang berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri. 

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadilah Yusof, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri kabinet.

Gambar: ASTANA SARAWAK

Sumber dari : Jiwa Bakti