Smart Reader perkenal produk IEP

Share:Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this pageEmail this to someone

Kuching, Sabtu – Pembekal program pendidikan prasekolah secara francais, Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd, memperkenalkan produk terbaharu, Program Intensif English (IEP) untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak Pengarah Eksekutif Kumpulan Smart Reader Worldwide, Datin Seri Dato’ Dr. KH Wang berkata, Bahasa Inggeris merupakan bahasa terpenting di dunia ini terbukti dengan penutur yang fasih menjadi rebutan dalam pasaran kerja.
“Misi IEP adalah untuk membolehkan kanak-kanak di negara ini bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih, selain sebutan yang tepat dan penggunaan tatabahas yang betul serta penguasaan kota kata,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Anugerah Francaisi 2013/2014 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.
Tambahan katanya, laporan baru-baru ini menunjukkan kebanyakan graduan tidak berupaya bertutur dalam bahasa terpenting itu meskipun mempunyai gred yang baik. Wang mejelaskan, komponen IEP merangkumi perkembangan dalam pengucapan awam, puisi penghargaan, komunikasi lisan, drama, bercerita, menulis dan perbendaharaan kata. “Menerusi program baru ini, ia diharap akan menarik lebih ramai kanak-kanak untuk menyertai Smart Reader,” ujarnya. Sehingga kini, sebanyak 300 cawangan Smart Reader dibuka di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 23 lagi berada di Sabah dan Sarawak.
Katanya, jumlah berkenaan akan bertambah pada masa akan datang sejajar dengan cogan kata, “Every Child’s Dream School’. Dalam majlis tersebut, sebanyak mila anugerah disampaikan iaitu Anugerah Emas, Anugerah Platinum, Anugerah Berlian, Kaedah Pengajaran Kreatif Terbaik dan Anugerah Francaisi Tahunan. Pengetua Smart Reader Kids Chong Hin Garden, Sylvia Lim dipilih sebagai francaisi terbaik manakala Amy Lai dari Smart Reader Kids Jalan Song dinobatkan sebagai tenaga pengajar dengan Kaedah Pengajaran Kreatif Terbaik.
Hadir sama, Pengurus Aim Smart Academic Sdn. Bhd, Norma Mullie dan lebih 100 tenaga pengajar Smart Reader di sekitar Kuching. Untuk maklumat lanjut, sila hubungan 082-232555, 03-62795555 atau SmartLine di talian 1-300-88-5555.
Pengguna internet juga boleh melayari laman web www.smartreaderkids.edu.my, www.smartreader.edu.my atau boleh diakses melalui akaun Facebook di smartreaderworldwide, akaun Instagram di smartreaderworldwide atau melalui akaun Twitter di Smartreader_SRW.