Menu

Skip to content
Browse: Home / Fokus Potensi Murid
Header image

Menu

Skip to content
  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI PBB
    • SEJARAH PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI WANITA PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PEMUDA PBB
    • LAGU PBB
  • BERITA
    • PBB
    • SARAWAK
    • EKONOMI
    • LUAR NEGARA
  • GALERI AKTIVITI
  • DAFTAR AHLI
  • MANIFESTO
    • MANIFESTO BARISAN NASIONAL SARAWAK PRU 2018
    • MANIFESTO BARISAN NASIONAL SARAWAK PRN 2016

Fokus Potensi Murid

Posted by [email protected] on November 18, 2016 in SARAWAK | 13 Views
Share:Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this pageEmail this to someone

Format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 dilaksanakan bertujuan melahirkan lebih ramai murid lepasan tahun enam yang menunjukkan perkembangan potensi diri secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Rakayah Madon, ia adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mencapai hasrat transformasi kurikulum dan pentaksiran pada peringkat pendidikan sekolah rendah.

Malah, jelasnya, format baharu itu tidak terlalu melihat kepada berapa jumlah ‘A’ yang berjaya diperolehi murid, sebaliknya aspek pencapaian akademik merangkumi literasi, numerasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang diberi penekanan.

“Calon peperiksaan UPSR tahun ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selain Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) baharu sejak mereka di tahun satu lagi iaitu pada 2011.

“Keputusan peperiksaan UPSR merujuk kepada tahap pencapaian akademik calon berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi seperti yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta bukan merujuk kepada lulus atau gagal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan UPSR 2016 di Auditorium JPNS, Jalan Diplomatik di sini semalam yang turut disaksikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.

Sehubungan itu, Rakayah berkata, meskipun format itu baharu diperkenal kepada kumpulan UPSR 2016, ia telah melakar sejarah dengan mencatat seramai 284 calon daripada 41,380 calon mendapat keputusan ‘A’ penuh bagi semua subjek.

Daripada jumlah tersebut, 164 murid yang mendapat 6A adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) manakala 120 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pula mendapat 8A.

“Di bawah format baharu ini juga, gred ‘A’ dikategorikan sebagai Cemerlang, gred ‘B’ (Baik), gred ‘C’ (Memuaskan), gred ‘D’ (Mencapai tahap minimum) dan gred ‘E’ (Belum mencapai tahap minimum),” jelasnya.

Dalam pada itu, Rakayah memberitahu, indeks yang diguna pakai untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negeri ialah Gred Purata Sekolah (GPS) di mana nilai GPS yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik.

Katanya, sebanyak 143 buah sekolah di seluruh negeri mencatat pencapaian 100 peratus pada tahun ini iaitu 127 buah sekolah jenis SK dan 16 buah SJKC.

“Manakala, sebanyak 41 buah sekolah telah mencatat pencapaian antara 90.0 hingga 99.9 peratus dan 145 buah sekolah mencatat pencapaian 80.0 hingga 89.9 peratus bagi UPSR kali ini,” jelasnya.

Katanya lagi, 26 daripada 27 buah sekolah yang memperolehi GPS 2.10 dan ke bawah adalah sekolah luar bandar dan pedalaman.

“Antara sekolah yang memperolehi prestasi cemerlang ialah SK Merakai Serian yang mencatat GPS 1.33, SJKC Ming Ching Meradong (GPS-1.60), SK Mentu Simunjan (GPS-1.69), SK Assan Nunggang Sibu (GPS-1.75) dan SJKC Ming Tak Sarikei (GPS-1.75).

“Tiga buah sekolah pendalaman yang juga mencapai GPS cemerlang ialah SK Ng Bangkit Song (GPS-1.72), SK Long Atip Baram (GPS-1.75) dan SK Sg Tau Selangau (GPS-1.72). Manakala SK Pendidikan Khas (B) Kuching pula mendapat penghargaan khas kerana mencatat GPS ketiga terbaik di negeri ini iaitu 1.67,” jelasnya.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata, meskipun murid terpaksa berdepan perubahan format peperiksaan itu, keputusan yang diumumkan semalam masih memperlihat kejayaan format baharu itu melahirkan murid cemerlang.

“Kita amat sedar bahawa jika terdapat pertukaran di dalam polisi atau format peperiksaan, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada perbezaan dari segi pencapaian.

“Kecemerlangan murid yang dilihat hari ini pastinya adalah sumbangan dari banyak pihak termasuk warga kerja JPNS, warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), ibu bapa, warga guru dan murid itu sendiri,” katanya.

Tahun 2016, sejumlah 42,060 murid mendaftar bagi menduduki UPSR di seluruh Sarawak dan daripada jumlah itu, 31,049 murid merupakan murid SK dan 10,331 adalah murid SJKC dan selebihnya adalah calon dari sekolah swasta.

Posted in SARAWAK | Tagged UPSR 2016

MANIFESTO BN SARAWAK PRU 2018


MANIFESTO BN SARAWAK PRN 2016


AHLI PBB


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


Twitter

Tweets by @barisanasional

PBB SARAWAK MARCH

LAGU RASMI BARISAN NASIONAL 2018

[email protected] Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - PBB

Menu