Menu

Skip to content
Browse: Home / Kerajaan Lulus 11 Projek Baharu Dengan Kos RM95.4j
Header image

Menu

Skip to content
  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI PBB
    • SEJARAH PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI WANITA PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PEMUDA PBB
    • LAGU PBB
  • BERITA
    • PBB
    • SARAWAK
    • EKONOMI
    • LUAR NEGARA
  • GALERI AKTIVITI
  • DAFTAR AHLI
  • MANIFESTO
    • MANIFESTO BARISAN NASIONAL SARAWAK PRU 2018
    • MANIFESTO BARISAN NASIONAL SARAWAK PRN 2016

Kerajaan Lulus 11 Projek Baharu Dengan Kos RM95.4j

Posted by [email protected] on January 9, 2017 in AKTIVITI | 96 Views
Share:Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this pageEmail this to someone

Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melulus 11 projek baharu untuk dilaksana di negeri ini di bawah Rolling Plan kedua tahun ini dengan kos berjumlah RM95.4 juta.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kos projek bagi negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) ialah RM736.4 juta merangkumi 28 projek yang akan dilaksana dalam tempoh 2016 hingga 2020.

“Projek baharu yang dilulus dengan kos berjumlah RM95.4 juta ini termasuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kampung Bako (RM3 juta), Kampung Beradek Semilang (RM7 juta) dan RTB Stakan (RM10 juta) bagi bahagian Kuching.

“Projek baharu bagi tahun 2017 ini juga merangkumi bahagian Mukah iaitu projek hakisan pantai Kuala Oya (RM20 juta), hakisan Sungai Batang Oya di Pekan Sabtu Oya (RM4 juta) dan Batang Balingian (RM9 juta).

“Projek ini tidak termasuk dua projek besar iaitu fasa ketiga Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu dan fasa kedua RTB Kuching dengan anggaran kos masing-masing RM850 juta dan RM1.8 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Rancangan Memulihkan Koridor Sungai (RMKS) Batang Kayan, Pekan Lundu, Lembangan Batang Kayan, Bahagian Kuching, Sarawak (Fasa 1A) di Tebingan Pekan Lundu di sini semalam.

Jika semua projek ini termasuk RTB Sibu dan Kuching berjaya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini, Wan Junaidi juga Ahli Parlimen Santubong yakin ia akan menyelamatkan negeri ini daripada bencana banjir.

“Ini terbukti apabila pelaksanaan fasa pertama dan kedua RTB Sibu telah berjaya menyelematkan bahagian terlibat dalam projek ini daripada bencana banjir besar yang menjejaskan ramai penduduk,” katanya.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Wan Junaidi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata projek dengan kos RM7 juta ini bertujuan untuk mengatasi masalah hakisan di pekan ini.

Kerja pelaksanaan projek ini katanya telah bermula pada 3 Januari lepas dan dijangka siap pada 2 Julai 2018.

Kerja-kerja perlindungan tebing sungai Batang Kayan sepanjang 165 meter ini merangkumi pembinaan RC Riverwall sepanjang 165 meter, pembinaan RC Walkway bersaix 3 meter lebar x 124.5 meter panjang dan 4.4 meter lebar x 11.5 meter panjang.

Projek ini turut merangkumi kerja-kerja pembinaan parit konkrit pelbagai saiz serta membekal dan memasang dua unit HDPE Flap Gate dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

Turut hadir menyaksikan pecah tanah semalam, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Dato Ir Zulkefli Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranun Mina, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Chok Moi Soon serta lain-lain.

Posted in AKTIVITI | Tagged Pembangunan di Sarawak

MANIFESTO BN SARAWAK PRU 2018


MANIFESTO BN SARAWAK PRN 2016


AHLI PBB


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


Twitter

Tweets by @barisanasional

PBB SARAWAK MARCH

LAGU RASMI BARISAN NASIONAL 2018

[email protected] Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - PBB

Menu