Menu

Skip to content
Browse: Home / Tidak Mahu Politik Bertengkar Wujud Di Sarawak
Header image

Menu

Skip to content
  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI PBB
    • SEJARAH PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI WANITA PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PEMUDA PBB
    • LAGU PBB
  • BERITA
    • PBB
    • SARAWAK
    • EKONOMI
    • LUAR NEGARA
  • GALERI AKTIVITI
  • DAFTAR AHLI

Tidak Mahu Politik Bertengkar Wujud Di Sarawak

Posted by admin on October 25, 2017 in AKTIVITI | 17 Views
Share:Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Email this to someone
email

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan bahawa beliau akan menggunakan politik sebagai platform untuk menggerakkan dan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan rakyat, selain meletakkan Sarawak sebagai negeri yang berwawasan dan bersatu.

Tambahnya, sebagai pengerusi Barisan Negeri (BN) Sarawak, beliau tidak mahu politik bertengkar wujud di negeri ini kerana ia akan memecahbelahkan masyarakat dan menjejaskan pembangunan negeri.

Pasukan saya akan sentiasa menggunakan politik sebagai satu cara untuk kita bergerak maju dan bukan untuk bertengkar kerana kalau politik digunakan untuk bertengkar, tiada siapa yang akan mendapat manfaat.

Kita tidak mahu mengikut budaya pihak lain, mereka bergaduh di Facebook… itu membuang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) Ke-67 dan Majlis Penubuhan Seksyen Belia Ketiga di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Abang Johari menyatakan bahawa beliau akan terus fokus dengan dasarnya meningkatkan ekonomi negeri dan pada masa sama mengembangkan peluang perniagaan dalam sektor swasta.

Sebab itu, saya muncul dengan visi baharu yang menumpukan kepada mengubah ekonomi negeri menjadi ekonomi digital di mana ini sangat penting kerana ia menangani semua bidang perniagaan termasuk perkhidmatan, pembuatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menambah, menerusi ekonomi digital juga akan melahirkan banyak perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini kerana ia berdasarkan kreativiti.

Saya yakin generasi muda Sarawak boleh mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baharu melalui ekonomi digital dan seterusnya mewujudkan PKS yang akan menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi kita,” katanya.

Sementara itu sempena majlis berkenaan, Abang Johari turut menyaksikan upacara ikrar jawatankuasa baharu KCGCCI yang dipimpin oleh presidennya yang baharu dipilih Tan Jit Kee.

Turut hadir isteri Abang Johari, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Perindustrian dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan bekas Presiden KCGCCI Datuk Wee Kok Tiong.

Posted in AKTIVITI | Tagged Politik Sarawak

AHLI PBB


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


PBB SARAWAK MARCH

[email protected] Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - PBB

Menu