Menu

Skip to content
Browse: Home / Sarawak Yakin Capai 6% Pertumbuhan Ekonomi 2030
Header image

Menu

Skip to content
  • LAMAN UTAMA
  • MENGENAI PBB
    • SEJARAH PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI WANITA PBB
    • AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI PEMUDA PBB
    • LAGU PBB
  • BERITA
    • PBB
    • SARAWAK
    • EKONOMI
    • LUAR NEGARA
  • GALERI AKTIVITI
  • DAFTAR AHLI

Sarawak Yakin Capai 6% Pertumbuhan Ekonomi 2030

Posted by admin on December 18, 2017 in EKONOMI | 30 Views
Share:Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Email this to someone
email

Sarawak yakin akan mencapai 6 peratus pertumbuhan ekonomi menjelang 2030 nanti.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari berkata, pada masa kini pertumbuhan pembangunan ekonomi Sarawak secara purata sudah mencapai 4 peratus.

Apabila kita meningkatkan perbelanjaan awam untuk pembangunan infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan dan LRT (Transit Aliran Ringan) juga sektor perkhidmatan, ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi kita kepada 6 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Abang Johari menambah apabila pembangunan insfrastruktur yang memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 tahun itu siap, sudah pasti ia akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau optimis Sarawak mampu mencapai status negeri maju menjelang 2030 kelak.

Pada masa sama, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli itu memberitahu kerajaan negeri juga sedang merangka pelan induk pembangunan bekalan air baharu di negeri ini.

Beliau menjelaskan di bawah pelan itu, sumber air akan diperolehi dari empangan yang ada di negeri ini seperti Bakun, Baleh dan Murum.

Katanya, dengan kaedah tersebut, saliran paip baharu akan dapat disambung ke kampung dan rumah panjang di kawasan luar bandar sekali gus menangani isu bekalan air di kawasan tersebut.

Menyentuh mengenai pembangunan di Satok, Abang Johari berkata, kerajaan negeri merancang membangunkan Satok sebagai pusat perniagaan dan ekonomi baharu di bandar raya ini, dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurutnya, untuk menjayakan usaha ini, pihaknya telah merancang pelbagai projek pembangunan di ‘Satok baharu’ ini.

Antaranya termasuklah membina menara pintar berkembar 13 tingkat di tapak BINAMARA manakala yang sedang dirancang adalah pembesaran Jalan Datuk Ajibah Abol dan Jambatan Bintangor yang baharu dilengkapi sistem cahaya LED yang moden.

Ini menjadikan pusat jantung Kuching ini akan terus relevan dan penting pada masa depan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, penyertaan Permodalan Satok Berhad kini masih tertutup namun akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh tiga tahun, apabila modalnya meningkat.

Ketika ini, permodalan yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Hussain itu telah melabur dalam loji metanol yang sedang dibangunkan di Samalaju, Bintulu.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang dan tetamu kehormat lain

(Sumber: Utusan Borneo Online)

Posted in EKONOMI | Tagged Ekonomi Sarawak

AHLI PBB


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


PBB SARAWAK MARCH

[email protected] Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - PBB

Menu