Card image cap
PREMIER SARAWAK TINJAU CPPC DAN STOLPORT BEBULLING BETONG

/ 16/09/2026

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Spaoh, Betong.

Baca selanjutnya
Card image cap
PREMIER SARAWAK SEMPURNAKAN PROGRAM SARAWAKKU SAYANG BAHAGIAN BETONG 2026

/ 26/09/2026

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyempurnakan Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong 2026 di Kompleks Sukan Betong, hari ini.

Baca selanjutnya
Card image cap
LEBIH 1.25 JUTA HEKTAR TANAH NCR SUDAH DIUKUR, PREMIER MAHU PENYELESAIAN END-TO-END

/ 16/09/2026

Lebih 1.25 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah diukur di seluruh Sarawak setakat 31 Ogos 2026, namun kerja berkenaan perlu diteruskan sehingga proses pengesahan, pendaftaran dan pengeluaran hak milik dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Baca selanjutnya
Card image cap
SARAWAK MAHU PROSES MINERAL TEMPATAN UNTUK INDUSTRI SEMIKONDUKTOR

/ 23/09/2026

Sarawak mahu memastikan sumber mineral strategik negeri diproses dan diberi nilai tambah dalam rantaian industri tempatan, termasuk untuk menyokong pembangunan sektor semikonduktor.

Baca selanjutnya
Card image cap
PREMIER MAHU PENILAIAN TANAH SARAWAK BERASASKAN DATA PASARAN

/ 23/09/2026

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) perlu memperkukuh fungsi penilaiannya dengan beralih kepada pendekatan berasaskan data bagi memastikan pengambilan tanah, pampasan, premium dan urusan berkaitan tanah dibuat dengan lebih tepat serta konsisten.

Baca selanjutnya
Card image cap
SARAWAK SOEs TARGET RM9.62 BILLION IN ADDITIONAL REVENUE BY 2030

/ 22/09/2026

Sarawak’s State-Owned Enterprises (SOEs) are projected to generate an additional RM9.62 billion in revenue by 2030 under the second phase of the Sarawak SOEs Transformation Programme, as the State steps up efforts to strengthen financial performance, governance and long-term value creation.

Baca selanjutnya

Berita Terkini

PREMIER SARAWAK TINJAU CPPC DAN STOLPORT BEBULLING BETONG


BETONG, 26 September 2026 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Spaoh, Betong.

Bernilai RM16.06 juta, kemudahan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SCORE Food Basket Sarikei–Bintangor–Betong, yang bertujuan memperkukuh rantaian nilai agromakanan di Sarawak.

Dengan kemudahan pengumpulan, pemprosesan, pembungkusan dan rantaian sejuk, CPPC Spaoh bakal membantu meningkatkan kualiti hasil pertanian, memperluas akses pasaran serta membuka lebih banyak peluang kepada petani dan usahawan agro.

Turut berlangsung ialah pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara RECODA dan Thien Yen Enterprise Sdn. Bhd.

Sejurus selepas itu, Premier meninjau tapak projek berimpak tinggi di STOLport Bebulling, Betong, sebagai sebahagian bagi mengakhiri lawatan kerja beliau ke Bahagian Betong hari ini.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau meneliti perkembangan pelaksanaan projek yang menjadi antara inisiatif strategik dalam memperkukuh jaringan perhubungan serta menyokong pembangunan kawasan berkenaan.

Tinjauan itu turut mencerminkan penekanan Kerajaan Sarawak terhadap pemantauan berterusan projek-projek pembangunan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar serta memberi manfaat kepada rakyat.

Lawatan ke STOLport Bebulling melengkapkan siri program beliau di Bahagian Betong yang menzahirkan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan negeri terus dipacu melalui pendekatan turun padang, pemantauan projek dan penglibatan langsung bersama masyarakat.