Bandar kecil Dudinka beku

Share:Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this pageEmail this to someone

Kira-kira 22,000 penduduk di bandar ini berhadapan detik cemas selepas bandar kecil di wilayah Krasnoyarsk Krai di tengah Siberia menjadi beku berikutan saluran paip utama pecah ketika ribut salji melanda bandar ini, semalam.

Menurut Mail Online, penduduk Dudinka terkejut selepas ribut salji melanda kawasan ini menyebabkan salji di jalan-jalan utama di bandar ini menjadi beku sehingga ke paras pinggang.

Beberapa saluran paip utama di bandar ini pecah berikutan ribut salji dengan suhu mencecah -40 celsius pada waktu malam, menyebabkan air menjadi beku dan membanjiri jalan-jalan utama di sini.

Dudinka adalah sebuah bandar kecil yang terletak bersempadan dengan Lautan Artik.

Kebanyakan kawasan perumahan di Siberia, air panas disediakan ke blok-blok pangsapuri dari loji di mana ia dipanaskan secara berpusat sebelum disalurkan ke rumah-rumah di bandar ini.

Kebanyakan rumah terputus bekalan air dan elektrik, namun perkhidmatan Internet masih beroperasi walaupun jalan-jalan raya diselaputi salji tebal.

Penduduk mengambil kesempatan memuat naik gambar-gambar keadaan di bandar itu ke laman sosial.

Jurucakap kerajaan tempatan, Eugene Gerasimov berkata, orang ramai boleh melihat sendiri bagaimana keadaan bandar ini yang sejuk dan jalan-jalan utama di bandar ini diselaputi salji beku.

“Paip air panas juga turut beku menyebabkan air banjir membentuk ketulan ais dan memenuhi bandar ini,” ujarnya

Beliau turut mengisytiharkan darurat di bandar Dudinka.