Card image cap
MA63, PEMBANGUNAN SEIMBANG JADI FOKUS UCAPAN PREMIER SARAWAK SEMPENA HARI MALAYSIA

/ 16/09/2026

Pengiktirafan hak Sabah dan Sarawak serta pembangunan yang lebih seimbang antara wilayah menjadi antara fokus utama ucapan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sempena Sambutan Hari Malaysia 2026.

Baca selanjutnya
Card image cap
PREMIER SARAWAK, PERDANA MENTERI SEMPURNAKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 DI KUCHING

/ 16/09/2026

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 berlangsung penuh semangat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini, dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Baca selanjutnya
Card image cap
PENYERAHAN RASMI PELABUHAN BINTULU KEPADA KERAJAAN SARAWAK

/ 16/09/2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini menyaksikan penyerahan rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak.

Baca selanjutnya
Card image cap
SARAWAK EXPLORES STRATEGIC TECHNOLOGY AND INVESTMENT COLLABORATION WITH HONG KONG

/ 16/09/2026

Sarawak, through SMD Semiconductor, is exploring opportunities to deepen strategic collaboration with Hong Kong in investment, semiconductors, deep technology and other frontier technologies following a meeting involving the Premier of Sarawak, SMD Semiconductor and Gobi Partners.

Baca selanjutnya
Card image cap
SARAWAK CALLS FOR COMMON ASEAN FRAMEWORK TO STRENGTHEN REGIONAL POWER INTERCONNECTION

/ 14/09/2026

ASEAN member states need to establish a common framework and platform to facilitate greater interconnection of power systems across the region.

Baca selanjutnya
Card image cap
INDORAMA, HIGHCHEM EYE US$1 BILLION INVESTMENT IN BINTULU

/ 14/09/2026

Indorama Ventures, in collaboration with Highchem, is looking at a proposed investment in Bintulu estimated at US$1 billion.

Baca selanjutnya

Berita Terkini

MA63, PEMBANGUNAN SEIMBANG JADI FOKUS UCAPAN PREMIER SARAWAK SEMPENA HARI MALAYSIA


KUCHING, 16 September 2026 – Pengiktirafan hak Sabah dan Sarawak serta pembangunan yang lebih seimbang antara wilayah menjadi antara fokus utama ucapan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sempena Sambutan Hari Malaysia 2026.

Beliau berkata, selepas 63 tahun pembentukan Malaysia, usaha memperkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen nasional dalam memperkukuh kesatuan serta memastikan pembangunan negara mengambil kira potensi setiap wilayah.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting supaya seluruh rakyat berasa dihormati, dihargai dan diberi perhatian yang sewajarnya dalam agenda pembangunan negara.

Dalam konteks itu, Premier Sarawak menyambut baik kenyataan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim berhubung komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak serta pelaksanaan MA63.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap persetujuan yang menurutnya melibatkan peningkatan perwakilan Parlimen Sabah dan Sarawak kepada tidak kurang satu pertiga, penentuan formula perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak serta usaha meletakkan pelancongan dalam Senarai Bersama di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Abang Johari berkata, pengiktirafan terhadap hak dan keistimewaan Sabah serta Sarawak tidak seharusnya dilihat sebagai soal memenuhi tuntutan sesebuah wilayah, sebaliknya sebagai sebahagian daripada agenda nasional untuk membina Malaysia yang lebih kukuh. 

Katanya, semangat tersebut selari dengan aspirasi tokoh-tokoh pengasas Malaysia yang melihat pembentukan Malaysia pada 1963 sebagai landasan untuk Sarawak terus mengejar kemajuan dan pembangunan.

Pada masa sama, beliau menegaskan Sarawak terus melaksanakan agenda pembangunan jangka panjang menerusi Pelan Strategik Pembangunan Sarawak 2030 (PCDS 2030), khususnya dalam memperkukuh ekonomi hijau, tenaga, industri dan teknologi. 

Beliau turut mengetengahkan perkembangan Bintulu sebagai salah satu daripada 43 Transitioning Industrial Cluster (TIC) di dunia dan yang pertama di Malaysia, selain potensi Tanjung Embang sebagai hab rendah karbon dengan sokongan infrastruktur strategik serta peluang pelaburan berskala besar.

Menurutnya, kerjasama dengan Asian Development Bank (ADB) serta pengukuhan hubungan tenaga rentas sempadan dengan Kalimantan dan Sabah, termasuk perancangan bekalan elektrik ke Brunei, turut memperlihatkan potensi Sarawak untuk memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan Borneo dan ASEAN. 

Beliau menegaskan Sarawak akan terus maju dalam gagasan Malaysia yang progresif dan stabil, sambil menyumbang kepada pembentukan Malaysia yang lebih kuat serta ASEAN yang lebih bersepadu, selaras dengan semangat “Malaysia Madani, Sarawak Maju Makmur” dan Segulai Sejalai.