Card image cap
Pertikaian PETRONAS- PETROS Berakhir, PM Bakal Umum Formula Agihan Gas

/ 11/12/2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan formula penyelesaian isu pengagihan gas antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam masa terdekat.

Baca selanjutnya
Card image cap
Premier Hadiri BIMP -EAGA TVET Conference 2024

/ 11/12/2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri The 4th BIMP - EAGA TVET Conference 2024 di Imperial Hotel Kuching hari ini.

Baca selanjutnya
Card image cap
Peruntukan Naik RM1.31 Billion Untuk Tahun 2025 - Premier Sarawak

/ 09/12/2024

Bajet Pembangunan Sarawak 2025 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM1.31 billion kepada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan. Ianya adalah menandakan kenaikan 64% berbanding RM799.52 juta pada tahun 2024

Baca selanjutnya
Card image cap
Premier Sarawak Seru Kerjasama Strategik Dalam Pertanian Dan Pembangunan Kapit

/ 08/12/2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, menegaskan pentingnya kerjasama strategik dalam sektor pertanian serta pembangunan berterusan di Kapit sebagai simbol perpaduan dan kemakmuran negeri.

Baca selanjutnya
Card image cap
Sarawak Rancang Wujudkan Penerbangan Terus Dari Kuching Ke Phnom Penh

/ 07/12/2024

Kerajaan Sarawak merancang untuk mewujudkan laluan penerbangan terus dari Kuching ke Phnom Penh, Kemboja.

Baca selanjutnya
Card image cap
China Minat Melabur Projek Tenaga Di Sarawak

/ 06/12/2024

Kumpulan Pelaburan Tenaga China iaitu sebuah syarikat milih negeri itu akan melabur dalam projek tenaga diperbaharui di Sarawak.

Baca selanjutnya

Berita Terkini

Pertikaian PETRONAS- PETROS Berakhir, PM Bakal Umum Formula Agihan Gas


KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan formula penyelesaian isu pengagihan gas antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam masa terdekat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan pengumuman tersebut sekali gus mengakhiri isu berkaitan pengagiha  gas antara PETRONAS dan PETROS.

Beliau berkata, isu ini tidak lagi menjadi masalah besar, dengan kedua-dua pihak mencapai kesepakatan dari segi perundangan.

“PETRONAS bergantung kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), manakala kita di Sarawak menggunakan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.

"Kini telah diputuskan bahawa PDA dan OMO boleh wujud bersama,” katanya dalam sesi rakaman Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS, malam ini.

Sementara itu, Abang Johari juga menolak tanggapan bahawa PETRONAS bakal mengalami kerugian besar akibat pengagihan gas tersebut.

“Ada yang kata PETRONAS akan hilang RM100 bilion. Ya, mungkin keuntungan akan berkurangan sedikit, tetapi perkara ini boleh diselesaikan dengan baik,” katanya.

Tegasnya, PETROS akan terus bekerjasama dengan PETRONAS bagi memastikan manfaat daripada industri gas dapat dinikmati bersama.

“Ini bermakna hasil penerokaan gas di Sarawak akan dikongsi bersama. Isu yang timbul sebelum ini hanya melibatkan aspek perundangan,” tambahnya.