Ogos 2019

Aidiladha Lahirkan Keinsafan Dan Erti Pengorbanan


AHAD, 11 Ogos 2019 - Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib dan YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hari ini telah hadir untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Jamek Petra Jaya Kuching, pagi tadi.

Sejurus selepas itu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta YABhg. Toh Puan diringi Ketua Menteri Sarawak serta isteri YABhg. Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang turut bersama-sama hadir ke Majlis Korban Perdana Majlis Islam Sarawak 1440H/2019 bertempat di Dewan Hikmah Petra Jaya Kuching.

Semasa majlis, seramai 11 orang Asnaf dan 20 orang daripada Unit Saudara Kita (USK) dari kawasan Semariang dan Petra Jaya telah menerima daging korban tersebut manakala selebihnya akan diagih kepada penerima di sekitar Kuching. Sejumlah empat ekor lembu telah dikorbankan untuk agihan.

Hadir sama semasa majlis adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Asfia bin Awang Nassar serta isteri, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu bin Haji Taha serta isteri dan beberapa ahli kenamaan yang lain.

Sumber dari: Sarawakku