KUCHING, 15 Januari 2020 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Jo menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak (SPRM), Razim bin Mohd Noor di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi ini tadi.
Kunjungan perpisahan tersebut juga adalah bagi memaklumkan kepada Ketua Menteri bagi pertukaran dan perpindahan beliau dari SPRM Sarawak ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya. Beliau telah pun melapor diri pada 2hb Januari 2020 yang lalu di Putrajaya.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira- kira 30 minit berkenaan, Pengarah SPRM Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khasnya kepada Ketua Menteri atas segala sokongan dan bantuan mahupun kerjasama yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di negeri Sarawak.
Sumber dari : Sarawakku