JANUARI 2020

Bas Hidrogen Pertama Di Malaysia Dilancar


KUCHING: Rakyat Sarawak khususnya warga bandar raya Kuching dan pelawat berkunjung ke negeri ini berpeluang menaiki bas hidrogen secara percuma mulai hari ini, selepas tiga bas hidrogen pertama di Malaysia dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada petang ini.

Ketua Menteri bersama wakil media turut dibawa menaiki bas berkenaan mengelilingi sekitar bandar raya Kuching yang bermula di hotel Riverside Majestic.

Bas milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) itu bernilai RM1.2 juta, memerlukan 20 kilogram hidrogen setiap kali isian penuh dan mampu bergerak sejauh 300 kilometer.

Waktu operasi bas berkenaan bermula jam 7 pagi hingga 7 petang dengan laluan bermula dan berakhir di Tebingan Sungai Kuching, melalui Jalan Main Bazaar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Padungan, Jalan Centra Timur, Jalan Ban Hock, Jalan Song Thian Cheok, Riverside Majestic Hotel, Bangunan Pejabat Pos, Muzium Sarawak, Jalan Satok, Medan Niaga Satok, Jalan Muhibbah, Jalan Datuk Ajibah Abol, Jalan Muda Hashim, Jalan Haji Taha dan Jalan Gambier.

Bas milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) itu bernilai RM1.2 juta, memerlukan 20 kilogram hidrogen setiap kali isian penuh dan mampu bergerak sejauh 300 kilometer.

Ia merupakan projek perintis sebelum diperluaskan ke bandar-bandar utama negeri ini.

Sumber dari : Jiwa Bakti