OKTOBER 2018

Darulhana Musical Fountain dirasmi, ikon bandar raya Kuching


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menamakan Musical Fountain sebagai Darulhana Musical Fountain yang dirasmikan pada malam ini.
Perasmian Darulhana Musical Fountain itu sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Majlis perasmian itu turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan warga bandar raya Kuching.
Darulhana Musical Fountain itu dibina pada April dan siap sepenuhnya pada bulan ini.
Musical Fountain beroperasi menggunakan teknologi terkini yang memiliki pontoon selebar 100 meter.
Dibina di hadapan tebingan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, merupakan ilham Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Di atas pontoon Musical Fountain itu disusun dengan beratus nozzle yang berupaya memancutkan air setinggi 25 meter dari Sungai Sarawak.
Ia dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang mana dinding air berketinggian sembilan meter dan 80 meter panjang berfungsi sebagai latar belakang pancutan air.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Ketua Menteri berkata Darulhana Musical Fountain itu dimainkan selama 15 minit pada jam 8.30 malam dan 10 malam setiap hari.
Katanya, Musical Fountain ini menjadi ikon bandar raya Kuching selain Jambtan Darulhana sebagai tarikan pelancong ke negeri Sarawak.