MAC 2020

KPDNHEP Komited Pastikan Bekalan Keperluan Harian Mencukupi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memastikan bekalan keperluan harian mencukupi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah melakukan perbincangan bersama 12 pemain industri sektor peruncitan bagi memastikan rantaian bekalan barangan keperluan tidak terjejas.

Menurut beliau, pelbagai maklum balas telah diterima daripada para pemain industri meliputi bekalan, harga, waktu operasi, takrif barang keperluan dan topeng muka.

Sementara itu, Alexander juga mengumumkan tentang kebenaran mengimport dan harga siling baru topeng muka yang diharapkan dapat memulihkan bekalan topeng muka di seluruh negara. -Edisi UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak