NOVEMBER 2019

Kerajaan Rancang Tubuh Pusat Agroteknologi Di Samarahan


KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan sebuah pusat AgroTeknologi di Paya Paloh, Samarahan bagi menyediakan latihan kepada ahli-ahli SABERKAS yang mempunyai kemahiran dalam teknologi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, pusat tersebut yang digelar Sagrotek akan dibangun dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan syarikat daripada Singapura.

"Ia umpama program latihan industri dimana ahli Saberkas dari pelbagai kawasan boleh hadir ke Sagrotek untuk mempelajari teknik perladangan pintar," kata beliau yang merupakan Presiden SABERKAS pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS Negeri Sarawak Ke-52, di sini, Rabu.

Pusat itu turut menyediakan program latihan untuk ahli-ahli belajar tentang penggunaan teknologi dalam meningkatkan pengeluaran pertanian.

Sumber dari : TV Sarawak