JANUARI 2020

Kerajaan Sarawak Berminat Tubuh Bank Digital


Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, beliau akan melihat prosedur yang perlu untuk mengemuka permohonan lesen tersebut yang hanya dikeluarkan Bank Negara Malaysia.

Jelasnya, kerajaan negeri perlu memohon lesen terlebih dahulu kerana buat masa ini sudah terdapat aplikasi e-dompet untuk peruncitan digital.

“Sehubungan itu, kita (kerajaan negeri) berminat untuk mempunyai bank digital dan kita berharap kerajaan pusat akan mempertimbang serta memberikan lesen bagi tujuan berkenaan kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Hub Inovasi Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kuching (KCGCCI) di Kuching pada Rabu.

Ketua Menteri menambah, Sarawak Pay telah diguna di peringkat global dan ianya membuka peluang terutama kepada usahawan muda di Sarawak untuk meningkatkan pasaran mereka.

“Ketika ini, Sarawak Pay sudah bekerjasama dengan 'Union Pay' China yang bersifat global," jelasnya. –Edisi UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak