SEPTEMBER 2024

Majlis Perasmian Para Sukma XXI Sarawak 2024


Premier Sarawak YAB Datuk Amar Tan Sri (Dr) Abang Johari bin Tun Abg Openg telah hadir mengiringi Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan YABhg Toh Puan Fauziah bt Mohd Sanusi hadir ke Majlis tersebut diatas bertempat bertempat di Stadium Perpaduan Petra Jaya.

“Sokongan Tun dan Toh Puan kepada semua atlet pada SUKMA XXI yang lepas mengambarkan keperihatinan Tun dan Toh Puan atas semangat perjuangan setiap atlet lebih- lebih lagi Tun dan Toh Puan berkenan menyampaikan pingat kepada pemenang pingat emas pertama kontigen Sarawak pada SUKMA yang lepas bagi acara Wushu. Sokongan ini amat besar ertinya kepada atlet muda kita .

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan oleh YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah yang sentiasa mempunyai empati lebih- lebih lagi dalam mempastikan segala keperluan kesemua 15 kontijen yang bertanding dalam 328 acara adalah terjaga.

Dikesempatan ini, saya ingin menucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet yang bertanding dalam PARA SUKMA XXI Sarawak 2024 ini sebagai peluang untuk mengasah kemahiran, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuhkan perpaduan antara kita. Bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi.

Pada hari ini juga saya mengumumkan bahawa Pemenang Pingat Emas Paralimpik Paris 2024 dari Sarawak Encik Bonnie Bunyau Gustin akan menerima ganjaran bernilai RM500 Ribu daripada Kerajaan Sarawak sebagai menghargai sumbangan beliau kepada Sarawak”. Antara intipati ucapan Premier Sarawak di majlis tersebut.

Turut berucap, YB Hannah Yeoh  Menteri Sukan Malaysia merangkap Menteri Bertanggungjawab 

Turut hadir adalah, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Hui Hian, YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Wanita Kanak- Kanak dan Kesejahtera Komuniti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Para Sukma ke-21, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah , Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Keusahawanan merangkap Menteri Bertanggungjawab, Menteri-Menteri, Timbalan- Timbalan Menteri, Wakil-Wakil kerajaan negeri dan dif-dif kenamaan lain.