Julai 2019

Menteri Muda Pertanian Lawat Nurseri Pisang Carvendish Dan Ladang Nanas MD2 Di Miri


MIRI: Menteri Muda Pertanian Yang Berhormat Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail mengadakan lawatan kerja ke Nurseri Pisang Carvendish di Tukau dan Ladang Nenas MD2 di Senadin, Miri, semalam.

Di Nurseri Pisang Carvendish, beliau telah meninjau penanaman pisang jenis Carvendish yang diimport dari Taiwan.

Pisang Carvendish ini diimport dalam bentuk ‘tissue culture’ berjumlah 15,000 untuk ditanam di tanah keluasan 10 ekar di Tukau dan akan dijadikan sebagai ‘mother plant’ untuk penghasilan benih.

Selepas itu, Dr Haji Abdul Rahman meninjau pula ladang penanaman nanas jenis baka MD2 seluas 100 ekar di Senadin.

Untuk fasa pertama ini, seluas 15 ekar telah ditanam nanas jenis baka MD2 sejak empat bulan lepas.

Benih nanas ini dibawa dari Johor dengan bantuan Lembaga Nanas Malaysia.

Beliau diiringi Pengarah Botanium Agrotech (M) Sdn Bhd Jong Tze Khiun yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Pertanian Bersatu Timur Berhad.

Sumber dari: Unit Komunikasi Awam Sarawak