MAC 2020

Operasi Penyahkuman dan Pembersihan di Pasar dan Tamu Limbang


LIMBANG: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan Operasi Penyahkuman dan Pembersihan di kawasan Pasar dan Tamu Limbang pada Jumaat.

Operasi pembersihan ini dilakukan sebagai langkah untuk pencegahan penularan wabak COVID-19.

Pasar Tamu dan Basah Limbang ini akan dibuka esok tetapi terhad kepada perniagaan sayur, ayam, ikan dan bahan keperluan harian sahaja.

Justeru, masyarakat di Limbang diminta untuk merancang perjalanan dalam membeli keperluan harian pada Perintah Kawalan Pergerakan. -Edisi UKAS

Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak