Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026.
Pada hari yang penuh bersejarah ini, marilah kita bersama-sama mengenang perjalanan Sarawak dalam membina masa depan berteraskan perpaduan, kestabilan dan kemakmuran.
Tanggal 22 Julai bukan sekadar memperingati sejarah, malah menjadi simbol semangat rakyat Sarawak yang sentiasa bersatu hati, saling menghormati dan berganding bahu demi kemajuan Sarawak yang kita cintai.
Kepelbagaian kaum, budaya dan agama yang menjadi identiti Sarawak merupakan kekuatan terbesar kita. Dengan semangat Segulai Sejalai, marilah kita terus melangkah ke hadapan, memperkukuh perpaduan, memacu pembangunan dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.
Selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), Kerajaan Sarawak komited untuk mentransformasikan Sarawak sebagai sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi yang dipacu oleh ekonomi digital, tenaga hijau, inovasi, pembangunan modal insan dan tadbir urus yang cekap.
Insya-Allah, dengan iltizam, keyakinan dan kerjasama semua pihak, Sarawak akan terus melakar kejayaan sebagai sebuah wilayah yang maju, mampan dan berpendapatan tinggi demi generasi hari ini dan masa hadapan.
Selamat Hari Sarawak 2026.
Sarawak Maju Makmur.
YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
PREMIER SARAWAK