BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos 2026 — Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg tiba di sini pada petang Jumaat untuk menyertai delegasi Malaysia pada mesyuarat konsultasi dua hala tahunan antara Brunei Darussalam dan Malaysia yang akan berlangsung esok di Istana Nurul Iman.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga tiba di sini pada petang Jumaat.
Negara Brunei pada tahun ini merupakan hos Mesyuarat Perundingan Tahunan Ketua-Ketua Kerajaan Kali Ke-27 (Annual Leaders’ Consultation – ALC-27) antara Brunei Darussalam dan Malaysia yang menjadi forum untuk membincangkan isu dua hala dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Sejurus tiba, Datuk Patinggi Abang Johari disambut oleh Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan Negara Brunei dan Yang Mulia Aizul Suyoi, Pemangku Pengarah, Bahagian Protokol, Kementerian Luar Brunei.
Turut menyertai delegasi Malaysia ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor; Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tuan Chiew Choon Man; serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.