SIBU: Kira-kira 1,300 masyarakat Iban di Bawang Assan menyuarakan hasrat mereka supaya anak tempatan dicalonkan sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Hasrat itu disuarakan oleh mereka kepada Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa'ee pada Majlis Solidariti PBB Cawangan Bawang Assan di Hotel Kingwood malam tadi.
Cadangan itu dikemukakan oleh Bendahari PBB Bawang Assan, Christopher Kelebit merangkap pengerusi penganjur majlis yang turut berucap pada majlis itu.
Malah, mereka yang hadir senada menyokong kepimpinan Ketua Parti PBB Cawangan Bawang Assan merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Romeo Christopher Tegong.
Sementara itu, Dr Annuar berkata, beliau akan menyuarakan hasrat itu kepada pucuk pimpinan parti.
Sumber dari : Jiwa Bakti