JANUARI 2024

Peluang Pelaburan Sarawak, KUFPEC Dibincang


KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada pengurusan Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC), hari ini.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengurus Negara, KUFPEC, Mohamad Al-Sabti berlangsung di Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan di sini.

”Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluang pelaburan antara Sarawak dan KUFPEC dalam minyak dan gas,” kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan dalam satu kenyataan.

Turut hadir ialah wakil daripada Petroleum Sarawak (PETROS), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan InvestSarawak.

Sumber dari : Jiwa Bakti