KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah bersama pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada kerajaan negeri Sarawak dalam kes saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi, Petra Jaya, pagi tadi.
Antara yang hadir memberi sokongan ialah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri -Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi serta ADUN-ADUN yang lain.
Ratusan penyokong membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi untuk memberi sokongan.
Sumber dari : Jiwa Bakti