KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg merasmikan Sidang Kemuncak ‘Sarawak Gas Roadmap’ anjuran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini pada Isnin.
Sejurus ketibaan, Premier telah diberi penerangan mengenai rekaan konsep Hab Rendah Karbon Kuching bagi memenuhi keperluan tenaga semasa yang menjadi asas kukuh untuk pertumbuhan mampan jangka panjang bertujuan menyokong kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar serta akan dibina secara berfasa dalam tempoh 15 tahun.
Dalam majlis tersebut juga turut menyaksikan beberapa sesi pertukaran dokumen antara PETROS dengan rakan strategik yang lain.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan dengan Sesi Fireside bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang membicarakan beberapa perkara berkaitan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.
Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETROS Dato Janin Girie dan Ketua-Ketua Jabatan.