KUCHING, 31 Dis — Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, menghadiri Majlis Countdown 2025 yang berlangsung dengan meriah di Square Tower, Waterfront Kuching.
Majlis itu turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Turut memeriahkan acara ialah Timbalan-timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Majlis berakhir dengan pertunjukan bunga api, simbolik kepada permulaan tahun baharu 2025 yang diharapkan membawa lebih banyak kejayaan kepada Sarawak.