SEPTEMBER 2024

Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Penghujung Tahun Ini - Premier


KUCHING, 22 Sept:  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi diringi bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menghadiri Majlis  ‘Night at the Museum’ di Muzium Budaya Borneo, di sini, pada Sabtu malam tadi.

Terdahulu, ketibaan Premier disambut oleh  Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut, Abang Johari berkata Sarawak bakal memiliki syarikat penerbangan sendiri pada hujung tahun ini. 

“Seiring dengan penubuhan syarikat penerbangan sendiri ini, kita juga akan membina satu lagi lapangan terbang antarabangsa baharu yang boleh menampung sehingga 15 juta penumpang di lapangan terbang baharu tersebut.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar akan menjadi model untuk membangunkan lapangan terbang baharu.

Abang Johari menjangkakan pembinaan lapangan terbang baharu itu akan mengambil masa tiga hingga ke lima tahun untuk siap.