DISEMBER 2024

Tahun Baharu 2025 - Rakyat Sarawak Perlu Bersatu Hati - TYT


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak menyeru rakyat Sarawak terus bersatu hati dalam mengharungi cabaran di tahun baharu 2025.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menyeru mereka untuk memupuk perpaduan dan melangkah ke tahun baharu dengan semangat yang lebih kuat demi kesejahteraan bersama.

“Semoga kita semua dirahmati Allah di dalam kehidupan, dianugerahkan kesihatan tubuh badan, diberikan ketenangan hidup, diampunkan segala dosa kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak.