LUNDU: Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melakukan lawatan kerja ke rumah penerima bantuan Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin (PPRMS) di DUN Tanjong Datu, pada Khamis.
Jelasnya, program PPRMS yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang kurang berkemampuan untuk mendiami kediaman yang selesa.
Malah katanya, kerajaan Sarawak akan terus membantu penduduk yang memerlukan termasuk mereka di kawasan yang terpencil. -EDISI UKAS
Sumber dari : Unit Komunikasi Awam Sarawak