KUCHING, 15 Ogos 2019 - YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Othman bin Hashim (tiga dari kiri dalam gambar) bertempat di Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi.
Tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah bagi membincangkan mengenai isu-isu berkaitan Hak Asasi Manusia dan beberapa isu pembangunan di Sarawak serta isu-isu lain yang berkaitan.
Turut sama mengiringi semasa kunjungan hormat adalah Pesuruhajaya SUHAKAM Sarawak Datuk Lok Yim Pheng (tiga dari kanan dalam gambar), Pesuruhjaya SUHAKAM Malaysia Dr Madeline Berma (dua dari kanan gambar), Ketua Cawangan SUHAKAM Sarawak Sophian bin Osman (dua dari kiri dalam gambar), Penolong Setiausaha SUHAKAM Sarawak Alfonso Min (tiga dari kanan dalam gambar) dan Penolong Pegawai Tadbir SUHAKAM Sarawak Linya Subah (pertama kiri dalam gambar).
Sumber dari: Sarawakku