KUCHING / 30/04/2022
Alhamdulillah hari ini tadi bersama Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin A Rahman menyantuni & menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim & golongan kurang berkemampuan di kawasan N6 Tupong bertempat di Surau Al-Fitrah, Taman Fitrah, Petra Jaya, Kuching.
SINGAPORE / 29/04/2022
Gabungan Parti Sarawak (GPS) wants a stable federal government, according to the premier and chairman of the ruling coalition in the east Malaysian state. But Tan Sri Abang Johari Openg, during an interview with The Straits Times on Wednesday (April 27), remained tight-lipped on which camp GPS would back at the next general election.
KUCHING / 29/04/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani akan mengadakan satu hari Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada 4 Mei 2022 (Hari Kedua Aidil Fitri) bertempat di Hotel Pullman Kuching.
KUCHING / 29/04/2022
Sambutan Aidilfitri pada tahun ini amat bermakna bagi 368 penerima sumbangan daripada lapan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N6 Tupong. Ini kerana, sumbangan itu dapat membantu mereka membuat persiapan menjelang Aidilftri. Penerima berkenaan terdiri daripada golongan kurang mampu di kawasan tersebut.
KUCHING / 27/04/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menemui Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Kedua Singapura, Tan See Leng sebelum berlepas pulang ke Sarawak selepas mengadakan lawatan kerja semalam di Singapura.
KUCHING / 24/04/2022
Semua kerusi Parlimen yang disandang oleh pembangkang di Sarawak hendaklah ditawan semula oleh GPS pada PRU15, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Openg di sini pada Ahad. Sarawak harus mempunyai suara yang lebih kuat di Parlimen daripada apa yang ada sekarang supaya suara Sarawak terus “didengar” di peringkat nasional, ujar beliau.
KUCHING / 22/04/2022
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik penurunan tambang penerbangan ke Sarawak dan Sabah menjelang Aidilfitri ini. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana lebih ramai yang akan berkunjung ke Sarawak dan Sabah menjelang perayaan itu.
KUCHING / 21/04/2022
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Petra Jaya Kuching petang ini tadi. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 6.30 petang disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr).Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
KUCHING / 21/04/2022
Jurang digital luar bandar bakal dirapatkan dengan pembinaan ‘MEASAT-3d High Throughput Satelite East Malaysia Gateway’ di sini. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, projek hasil kerjasama antara Reach Ten Communication Sdn Bhd (Reach10) dengan MEASAT itu akan memberi akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi.
KUCHING / 20/04/2022
Telbina Technology Sdn Bhd akan bekerjasama dengan firma China untuk projek yang lebih mencabar di Sarawak, jelas Pengerusi Telbina Technology Sdn Bhd, Dato Rahman Lariwoo. Menurutnya, pepatah Melayu “Air dicincang tidak akan putus” jelas menggambarkan persahabatan milenium antara China dan Malaysia bersama-sama dengan inisiatif ‘Belt and road’. “Tujuan utama jika ‘BRI’ ini di bawah projek adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan kesalinghubungan antara wilayah.
SIBU / 16/04/2022
Sebagai Ketua Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diberi mandat besar rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dan disokong oleh rakan-rakan dalam Kabinet, saya telah membawa rakyat mengorak langkah yang agak berani ke arah ekonomi bentuk baharu yang berteraskan teknologi,” jelas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Katanya lagi, menerusi ekonomi bentuk baru itu akan meletakkan Sarawak pada tahap tertinggi pada hari ini.
KUALA LUMPUR / 17/04/2022
Pendekatan Kerajaan Sarawak dengan memfokuskan kepada teknologi dan kelestarian alam sekitar sebagai sumber ekonomi baharunya menarik perhatian negara luar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjelaskan beliau menerima jemputan dari Negara Singapura untuk membentangkan mengenai perancangan ekonomi baharu yang sedang Kerajaan Sarawak laksanakan. “Insyaallah, minggu depan saya dijemput oleh pihak Singapura dan Temasek Group untuk membentangkan satu paper mengenai ekonomi baharu yang dilaksanakan oleh Negeri Sarawak.
LUBOK ANTU / 17/04/2022
Pemimpin parti di peringkat akar umbi harus menjadi mata, suara dan telinga kerajaan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Katanya, langkah itu penting bagi memaklumkan sekiranya ada projek rakyat yang dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi sepatutnya. “Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) atau daripada Kerajaan Persekutuan mesti memenuhi spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) terutama dari segi bahan kualiti, kuantiti dan sebagainya,” katanya.
KUCHING / 15/04/2022
Seramai 102 kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Laila Taib, Kuching disantuni dalam satu majlis anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). Majlis tersebut telah dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang diadakan di Hotel Grand Margherita Kuching pada Khamis. Majlis dimulakan dengan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari menyerahkan sumbangan berupa duit raya dan barangan kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak Kompleks Kebajikan Laila Taib.
KUCHING / 14/04/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyaksikan majlis penyerahan zakat Tabung Haji kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis. Penyerahan zakat berjumlah RM2,036,294 bagi tahun kewangan berakhir 2021 itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato’ Sri Amrin Awaluddin kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha.
KUCHING / 14/04/2022
Seramai 10 Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut dihadapan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, pada Khamis. Majlis angkat sumpah itu dimulakan Maurice Joannes Giri, Sarkawi Suhaili, Dr. Richard Rapu, Alexander Asing Sadai, Edwin Banta dan Beatrice Kedoh Tajang. Upacara sama diikuti Daniel Bujal, Soo Li Ching, Sayed Azmee Wan Junaidi dan Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.
SERIAN / 14/04/2022
Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas udah ngabas bejalaika pengawa perintah ngagai Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Tebedu ditu, kena Hari Tiga. Maya pengawa nya, iya ke mega Chairman Komiti Penyangga Penusah Nengeri (JPBN) Sarawak madah, udah pintu penama entara menua Malaysia dibuka 1 April tu tadi, bisi 463 orang datai tama ke Sarawak nengah jalai darat lalu 1,074 iku agi pansut ari menua tu.
KUCHING / 11/04/2022
Sarawak Premier, Datuk Patinggi Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg received a courtesy call by a delegation from Singapore’s Energy Market Authority (EMA) and Ministry of Trade and Industry (MTI) led by Chief Executive Officer, Mr Ngiam Shih Chun (Fifth from right) at his office Wisma Bapa Malaysia this morning. During the meeting, they discussed on the potential of Sarawak in term of future projects in green and hidrogen technology, energy and environmental sustainability, included discussion of the future path for shared renewable energy resources for the region.
KUCHING / 08/04/2022
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengalu-alukan kunjungan rombongan dari Tilling Timber Pte. Ltd, dan Woodsfield dari Australia di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini. Rombongan Tilling Timber diketuai Pengarah Urusannya, Glenn Tilling, manakala Woodsfield diketuai Pengarah Urusan, Eddie Ling. Lawatan rombongan itu ke Sarawak bertujuan mencari pembekal produk kayu kejuruteraan dari Sarawak. Pilihan itu termasuk mewujudkan usaha sama dengan pelabur tempatan menanam kayu kejuruteraan untuk menghasil glulam dan papan lapis venir menggunakan acacia dari peladangan hutan
KUCHING / 07/04/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis. Perjumpaan tersebut turut dihadiri Timbalan Premier yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
KUCHING / 06/04/2022
Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak sempena sambutan Aidil Fitri dan Gawai Dayak Tahun 2022. Menurut kenyataan pejabat Premier Sarawak pada Rabu, bantuan khas tersebut akan dibayar pada bulan April, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Gawai Dayak yang akan datang.
KUCHING / 05/04/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa. Majlis dihadiri seramai 300 jemputan terdiri daripada menteri-menteri kabinet negeri, timbalan-timbalan menteri, ketua-ketua jabatan serta penjawat awam negeri dan persekutuan.
KUCHING / 05/04/2022
Projek pembinaan jejambat di Batu 6 dan Batu 7 di Jalan Penrissen, di sini, dijangka siap pada Jun tahun ini. Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak yang juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, dengan pembinaan jejambat di Batu 10, jalan terbabit pula dijangka siap awal Mei ini manakala jejambat Batu 4 di jalan yang sama sudahpun siap.
KUCHING / 03/04/2022
Taja pintu penama ba entara menua Sarawak diatu udah dibuka ngagai orang menua bukai tang bela disempulang enggau Atur Operasyen Standard (SOP) chara tama ke pemadu baru. Sapit Premier Sarawak ke mega Chairman Komiti Penyangga Penusah Nengeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas madah, tiap iku peranak menua bukai ke deka tama ke Sarawak mesti nitihka SOP enggau atur ke udah ditetapka.
KUCHING / 01/04/2022
Perasmian stesen minyak bersepadu Petroleum Sarawak (PETROS) di Darul Hana di sini yang menempatkan stesen pelbagai bahan bakar pertama di Malaysia menandakan satu lagi lonjakan ke arah Sarawak yang lebih progresif dan kukuh dari segi ekonomi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, impian seluruh rakyat Sarawak untuk mempunyai stesen minyak tersendiri kini telah menjadi kenyataan.