APRIL 2023

Sarawak Cadang Dagangan Karbon Di Bawah Kementerian Perladangan Dan Komoditi

/ 27/04/2023

Kerajaan Sarawak mencadangkan  perniagaan karbon negara ini diselaraskan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana Sarawak negeri yang sudah kehadapan dalam perniagaan karbon antarabangsa di negara ini. Sehubungan itu beliau berharap di peringkat persekutuan mempunyai peraturan atau tatacara berteras perniagaan antarabangsa terbabit.

Pesanan Pengasas Parti PBB

/ 27/04/2023

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan kunjungan Aidilfitri terhadap pengasas Parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini. Beliau ialah Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah yang kini berusia 96 tahun, antara dua individu penting yang telah mengembangkan Parti PBB dari Kuching ke Lawas seawal 1962. Ketika kunjungan itu, Pengiran Jawa berpesan kepada pemimpin 

Jambatan Jepak Bakal Memacu Pembangunan Kawasan Jepak

/ 26/04/2023

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata jambatan Jepak bakal memacu pembangunan kawasan Jepak apabila ianya siap dibina kelak. Menurut Premier Sarawak, menjelang 2025 apabila siapnya jambatan baru tersebut Jepak akan menjadi lebih dekat dengan Bandar Bintulu yang akan membangun seiiring dengan Kidurong dan Samalaju.

Sumber Tenaga Baharu Bakal Diumumkan Bulan Depan

/ 25/04/2023

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan pada Selasa teknologi baharu berasaskan tumbuhan lumut bakal diumumkan bulan depan. Beliau berkata bahawa teknologi berasaskan lumut tersebut boleh dijadikan tenaga bahan api lestari dan juga produk-produk perubatan yang baru. “Bulan depan saya akan mengumumkan satu lagi teknologi yang dicipta di Sarawak yang belum wujud di dunia.

GPS Fokus Kembalikan Negara Ke Landasan Betul, Tepat

/ 25/04/2023

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berada dalam  Kerajaan Perpaduan sedang fokus mengembalikan negara ini ke landasan yang tepat. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof  berkata, ini termasuk usaha untuk memulihkan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Ia bagi memastikan negara ini kembali ke era kegemilangan, katanya.

eProjek Gas Rosmari-Marjoram Dijangka Keluarkan Gas Hujung 2026

/ 24/04/2023

Projek gas Rosmari-Marjoram  dibangunkan Shell Malaysia di Bintulu dijangka mengeluarkan gas pertama pada hujung 2026. >Pengerusi Shell Malaysia merangkap Naib Presiden Kanan Huluan Shell, Siti Hurrairah Sulaiman berkata, projek terbabit dijangka mengeluarkan kira-kira 750 juta kaki padu gas sehari (MMscf/d), merupakan projek gas terbesar Shell di Malaysia.

SEDC Raikan Anak- Anak Yatim

/ 19/04/2023/small>

Seramai 94 kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Datuk Amar Hajah Laila Taib (Peryatim) diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) >malam tadi. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan itu serta disusuli solat Maghrib berjemaah, Isya dan Terawih di sebuah hotel terkemuka di sini.

Negeri Contoh, Kerajaan Pusat Setuju Sarawak Tubuh Syarikat Penerbangan Butik Sendiri

/ 18/04/2023/small>

Sarawak harus menjadi contoh dalam pengurusan negeri kepada negeri-negeri lain lain di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Sarawak berada di hadapan dalam banyak perkara. Buktinya katanya, cadangan Kerajaan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik sendiri sangat dialu-alukan dan Kerajaan Pusat pada dasarnya bersetuju.

Tolak Politik Ekstrem

/ 17/04/2023/small>

Sikap mudah percaya dan terpengaruh dengan ideologi luar boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat di negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, terdapat segelintir pihak terlalu ekstrem dengan membawa ideologi serta sikap negatif yang tidak membawa kebaikan kepada masyarakat. “Kita bersyukur kerana Sarawak masih mengamalkan perpaduan dan semangat tolong-menolong. Beginilah keadaan kita di Sarawak, kekal aman dan damai.

TAM National Conference 2023, Technology Without Borders 2023

/ 15/04/2023/small>

I express my gratitude to the Technological Association Malaysia (TAM) for inviting me to attend a momentous event held in my home state. The TAM National Conference 2023, themed "Technology Without Borders 2023," serves as a platform that brings together experts in various fields like biotechnology, agro-based technology, health and medical technology, and building and construction technology to share their knowledge, skills, and expertise, which will lead to the swift adoption of technology in Malaysia.

Majlis Sungkei Bersama Premier Abang Jo

/ 15/04/2023/small>

Premier Sarawak Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri YABhg. Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang menghadiri Majlis Sungkei Bersama Premier Abang Jo Bersempena Dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Pada majlis tersebut, beliau dan isteri berbuka puasa serta menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat suna Tarawih dan menyampaikan sumbangan Raya kepada warga dan anak Sarawak yang belajar di Kuala Lumpur.

Program Agihan Bopedas Dan Penyampaian Sumbabgan Ikhlas MAKSAK Sarawak Sempena Ramadan 2023

/ 15/04/2023/small>

YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang selaku Penasihat MAKSAK hadiri Program Agihan Bopedas dan Penyampaian Sumbabgan Ikhlas MAKSAK Sarawak sempena Ramadan 2023. Pada majlis tersebut, YABhg. Puan Sri Datuk Amar Juma’ani turut menyampaikan sumbangan ikhlas MAKSAK kepada empat orang penerima dan mengagihkan bubur pedas dalam majlis tersebut. 

PUSAKA Hulur Sumbangan Kepada 62 Pelbagai Pertubuhan

/ 13/04/2023

Sejumlah 62 pertubuhan kebajikan, badan-badan amal, agama dan pendidikan menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) di sini. Sumbangan berjumlah keseluruhan RM284,000 itu disampaikan Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu pertubuhan -pertubuhan berkenaan bagi menjalankan aktiviti.

Kerajaan Sarawak Laksana Pelan Induk Mini Ithmus Gedong

/ 12/04/2023

Kerajaan Sarawak akan melaksanakan pembangunan pelan induk Mini Ithmus bagi daerah Gedong di sini selari Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan itu merangkumi pembinaan kemudahan asas bagi pentadbiran daerah termasuk pejabat kerajaan, institusi latihan, kuarters perumahan pegawai kerajaan negeri dan pusat.

PPWS Bantu Majukan Sarawak

/ 12/04/2023

Badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan wanita seperti Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) merupakan landasan terbaik memacu peranan wanita dalam membangunkan Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PPWS adalah sebuah institusi yang berjaya menyatupadukan rakyat khususnya wanita tanpa mengira kaum dan latar belakang agama.

Premier Sempurnakan Majlis Penyampaian Cek Pampasan

/ 12/04/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul  Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Bagi Projek Masterplan For Mini Isthmus , Gedong pagi ini. Sejurus tiba, Premier telah diberi taklimat ringkas mengenai cadangan pembangunan Tanjung/Mini Ithmus, Daerah Gedong, Sedilu-Gedong Land District Samarahan Sarawak. 

RM200 juta Untuk Bina Pusat Astronomi Borneo Di Santubong

/ 09/04/2023

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata Pusat Astronomi Borneo akan di bina di Santubong yang bernilai RM200juta. Menurut beliau, pusat astronomi tersebut akan dilengkapkan dengan peralatan yang tercanggih bagi membolehkan anak islam boleh mempelajari ilmu astronomi dan juga astrologi.

Program Bubur Lambuk Dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak Dan Liansin 2023

/ 09/04/2023

Petang ini, menghadiri Majlis Pelancaran Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak dan Liansin 2023 anjuran Federal Sarawak Journalist Association (FSJA) dan Liansin Trading Sdn Bhd. Turut hadir menjayakan adalah Ketua Biro BERNAMA Sarawak, En. Hamdan Ismail dan Pengarah Urusan Liansin Trading Sdn. Bhd. En. Junaidi Ali. Dalam ucapan ringkas kamek, media sentiasa menyumbang kepada masyarakat melalui sumbangan bertulis dan kali tok sumbangan yang diberikan adalah berupa semangkuk bubur lambuk.

Majlis Berbuka Puasa Premier Sarawak Bersama Pemimpin, Masyarakat

/ 05/04/2023

Majlis berbuka puasa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin dan masyarakat diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sarawak malam tadi. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Industri Perkayuan Tunjuk Tanda Pemulihan

/ 05/04/2023

Sarawak mencatatkan nilai eksport kayu dan produk perkayuan mencecah sekitar RM3.4 bilion tahun lalu. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, nilai eksport itu agak tinggi disebabkan bekalan kayu berkurangan dan ini menyebabkan harganya meningkat.

Pengurusan Alam Sekitar Sarawak Sudah Diserah Kepada Kerajaan Sarawak

/ 05/04/2023

Perkara berkaitan pengurusan alam sekitar Sarawak sudah diserahkan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Sarawak. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perkara itu diputuskan menerusi perbincangan penurunan kuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kementerian Perladangan Dan Komoditi Sambut Baik Kemasukan UK

/ 02/04/2023

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengalu-alukan kemasukan United Kindom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongisan Trans-Pasifik (CPTPP) dan kenyataannya terhadap kelapa sawit. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Fadillah Yusof berkata Setiausaha Perdagangan UK, Kemi Badenoch membuat kenyataan yang menangkis idea penyahhutanan dalam sektor sawit dan kempen negatif berhubung kait dengan minyak kelapa sawit adalah tidak benar.

MINTRED Bantu Usahawan Sarawak Promosi Produk Di Pasaran Luar

/ 02/04/2023

Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) mengunjungi Malaysia Grand Bazaar dan Lalaport Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini. Kunjungan itu diketuai Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau melawat usahawan Sarawak yang memiliki ruang niaga di premis tersebut.

Parti PBB Bakal Adakan Konvensyen Khas Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka

/ 01/04/2023

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan konvensyen khas sempena menyambut ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka tahun ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang di-Pertua Parti PBB berkata, konvensyen khas itu akan dibahagikan kerpada tiga zon iaitu zon utara, zon tengah dan zon selatan. Konvensyen khas itu untuk memaklumkan (mengemaskinikan) kepada semua ahli Parti PBB mengenai program Pelan Strategi Pembangunan Paska Covid-19 (PCDS) 2030, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini.