SIBU: Lima sekeluarga maut apabila kereta Perodua Viva mereka naiki dirempuh lori treler membawa muatan kereta dan bas ekspres di Kilometer 45 Jalan Sibu-Bintulu berhampiran Balai Polis Stapang, kira-kira 3.45 petang ini.
Mangsa, pasangan suami isteri dikenali sebagai Gelunsin Ak Sugi, 44, pemandu, isterinya Alfreda Ak Do, 33.
Tiga anak mereka iaitu anak perempuan mereka Annatasia Ulas Gelunsin, 15, Camilla Angel Gelunsin, 10, dan anak lelaki mereka Richmont Mumin Gelunsin,4.
Kemalangan itu yang melibatkan lima kenderaan berlaku apabila kereta Viva dinaiki keluarga itu yang sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu apabila sampai di lokasi kejadian, telah dilanggar oleh sebuah lori treler dari arah belakang.
Akibat perlanggaran, kereta itu kemudian merempuh kereta pacuan empat roda di hadapannya dan turut merempuh kereta jenis proton saga di hadapannya.
Pada masa sama, kereta Viva kemudiannya telah memasuki lorong di sebelah kanan jalan lalu dilanggar oleh sebuah bas ekspres dari arah Bintulu ke Sibu.
Akibat dari kejadian, kereta dinaiki keluarga malang itu telah tersepit di antara bas dengan lori treler.
Pemandu bas ekspres. cedera ringan serta penumpang seramai lima orang telah dirujuk ke Hospital Sibu dan pemandu lori treler tidak.mengalami kecederaan.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah Sibu sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksye 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.