LUNDU: Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai dinobatkan juara dalam bidar 30 pekayuh (Lelaki) yang membawa gelaran Raja Sungai Batang Kayan sempena Pesta Lundu yang berakhir semalam.
Raja Sungai Batang Kayan itu diberi saingan sengit oleh Buraq Terbang dari Kampung Stunggang Melayu Lundu dalam acara kemuncak Regata Sungai Batang Kayan 2018.
Penangguhan Regata Sungai Batang Kayan Peringkat Daerah Lundu 2018 di sempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.
Beliau gembira kerana semangat dan setiakawan yang ditunjuk peserta berkata, tahun hadapan Pesta Lundu akan menjadi lebih meriah lagi.
Di samping itu akan diadakan juga acara Jom Ngail di Sematan peringkat antarabangsa kerana perairan Lundu mempunyai banyak tempat mengail yang menarik.
Program itu dianjurkan Majlis Daerah Lundu dan Pejabat Residen Bahagian Kuching dengan kerjasama Pusat Khidmat N.3 Tanjong Datu, Yayasan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Sungai Sarawak dan Majlis Daerah Lundu.