KUCHING / 30/12/2021
Seramai 202 penjaja dan peniaga kecil menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 sebanyak RM1,500. Menurut kenyataan media Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS), penjaja dan peniaga ini adalah di antara penerima yang masih belum menerima bantuan tersebut disebabkan tidak mempunyai akaun S Pay Global atau akaun peribadi. “Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) telah menyalurkan bantuan tersebut kepada MBKS untuk diagihkan kepada penerima yang layak di bawah bidang kuasa MBKS,” katanya.
BETONG / 28/12/2021
Jasa dan penat lelah jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban diraikan dalam satu majlis penghargaan bertempat di Dewan Masyarakat Spaoh pada Selasa. Ia dihadiri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama masyarakat Iban di situ terdiri daripada AJK Parti PBB Ranting Induk, Ranting Wanita dan Pemuda dari 13 ranting parti di kawasan rumah panjang, para tuai rumah, kaunselor dan ketua masyarakat. Dalam ucapannya, Datuk Amar Douglas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli-ahli jentera PRN Sarawak Ke-12 yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras semasa tempoh pilihan raya yang lalu.
KUCHING / 28/12/2021
Sebanyak 53 peratus populasi di Sarawak telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 26 Disember 2021. Menerusi laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, peratusan tersebut meliputi seramai 1,082,753 orang. Jumlah dan peratusan ini menjadikan Sarawak wilayah yang mempunyai populasi penerima dos penggalak vaksin COVID-19 yang paling tinggi di Malaysia.
KUCHING / 28/12/2021
Sebanyak 631 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah disediakan di seluruh Sarawak sebagai persediaan menghadapi bencana banjir akibat musim monson timur laut yang dijangka berlaku dari November 2021 sehingga Mac 2022. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion turun padang pada Selasa bagi meninjau dua PPS di Dewan Masyarakat Stapok dan Sekolah Menengah Min Lit, Batu Kawa bagi melihat sendiri keadaan semasa dan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir kelak.
SAMARAHAN / 27/12/2021
Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibina dan dilaksanakan di Samarahan bagi kemudahan penduduk di Bahagian Samarahan. Perkara ini dijelaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang menerusi satu kenyataan pada Isnin yang memberitahu rundingan bersama pihak pengurusan Pusat Beli Belah The Summer sedang dilaksanakan. Sehubungan itu, Rubiah menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan The Summer Mall, Datuk Lee Chee Fui bersama rombongan bagi membincangkan perkara tersebut.
KUCHING / 25/12/2021
Kemenangan dua pertiga Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) ini adalah isyarat jelas rakyat Sarawak mengiktiraf dan menginginkan parti tempatan menerajui pentadbiran negeri ini. Ketua Whip GPS, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, ini turut menggambarkan bahawa rakyat Sarawak sangat matang dalam menilai dan memilih pemimpin berdasarkan rekod pencapaian yang cemerlang. Ujarnya, kemenangan bergaya GPS ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat Sarawak menolak parti yang tidak mempunyai agenda pembangunan yang jelas termasuk parti yang berpangkalan di Semenanjung.
KUCHING / 24/12/2021
Kerajaan Negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menunaikan komitmen ‘Sarawak Diutamakan’ dalam usaha bersama menjaga maruah, kedudukan dan hak Sarawak sebagai wilayah yang membentuk negara Malaysia. Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah mengajak rakyat supaya bekerjasama memain peranan dan memikul tanggungjawab membangunkan Sarawak dalam suasana yang stabil, bersatu padu dan makmur.
KUALA LUMPUR / 23/12/2021
Pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibentangkan hari ini telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa sebarang bantahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pindaan yang diluluskan merupakan langkah pertama bagi merealisasikan perjuangan Sarawak termasuk Sabah untuk mendapatkan hak-hak yang terhakis sebelum ini.
KUCHING / 21/12/2021
Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saro pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) baru-baru ini. Kejayaan beliau menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 5,636 undi sekali gus menyaksikan Awang Tengah kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak penggal pertama pada 1987.
KUCHING / 21/12/2021
Warga kerja Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDERN) memegang tanggungjawab besar dalam memastikan Strategi Pembangunan Pasca Covid 19 (PCDS) Sarawak dapat dicapai. Bercakap kepada warga MUDERN pada Malam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi kementerian tersebut, Datuk Amar Awang Tengah berkata, tanggungjawab itu berat dan harus dilakukan bersama.
KUCHING / 21/12/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg tiba di perkarangan lobi Wisma Bapa Malaysia kira-kira pada jam 9.25 pagi ini tadi. Ketibaan beliau telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan beberapa pegawai kanan kerajaan yang lain.
KUCHING / 19/12/2021
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak pada jam 10.40 malam ini tadi. Majlis adat istiadat angkat sumpah disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, di sini diringi bersama Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
KUCHING / 16/12/2021
Ketua Menteri, Tan Sri Abang Zohari Tun Openg bakal memberi manfaat setelah projek naiktaraf bekalan air bernilai RM45 juta kepada penduduk di kawasan Kampung Bangka Semong, Kampung Lubok Punggor, Lubok Buntin, Tanjung Sap dan Kampung Benat Hilir di Gedong, Bahagian Samarahan. Beliau juga berkata pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah diarahkan untuk membekalkan air terawat ke kampung-kampung di kawasan Samarahan, Simunjan termasuklah Gedong selepas beliau mendapati bahawa terdapat keadaan mendesak untuk keperluan air terawat di kawasan tersebut.
LAWAS / 16/12/2021
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif dan bantuan disediakan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 dan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19(PCDS) 2030 untuk menggalakkan usahawan mengalih perniagaan ke arah ekonomi digital. Katanya, ini akan merealisasikan aspirasi Sarawak ke arah wilayah berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
SIMANGGANG / 15/12/2021
Pelaksanaan Projek Hospital Sri Aman II di sini dianggap amat mencabar, menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurut beliau, pihak kontraktor berhadapan dengan cabaran pelaksanaan skop kerja tanah bagi tujuan pembinaan hospital baharu berkenaan apabila permukaan tanahnya didapati tidak rata dan mempunyai gaung. "Untuk pengetahuan, projek ini dibahagi kepada dua fasa. Fasa pertama ialah skop kerja tanah manakala fasa kedua pula pembinaan bangunan dan kerja mekanikal.
SARATOK / 15/12/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menuntut hak yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengikut lunas undang-undang. Beliau berkata, kejayaan yang dicapai semalam membuktikan keluhuran undang-undang di Malaysia sentiasa terjaga. Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang hadir dan meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 sejajar dengan MA63 pada persidangan Parlimen semalam, katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN di kawasan Krian, di sini.
KUALA LUMPUR / 14/12/2021
Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63, pada hari ini. Ia sekali gus menyaksikan sokongan majoriti lebih dua pertiga selepas bacaan kali kedua dan ketiga seperti ditetapkan Perkara 159 Perlembagaan. “Alhamdulillah Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 dengan majoriti lebih dua pertiga, petang ini.
KUCHING / 11/12/2021
Today, the State through Petros realises firm progress towards the Sarawak Gas Roadmap (SGR) with the signing of the MOU with Petronas for an access to an increase in supply of domestic natural gas to realise projects identified under the SGR. The MOU will provide Sarawak access of up to 1200 mmscf/d from the current 450 mmscf/d by 2030 for the implementation of identified projects under the SGR, Chief Minister Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg said today.
KUCHING / 09/12/2021
Muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) N8 Satok, Dato Ibrahim Baki optimis masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan bersama-sama GPS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) ini. Ia berdasarkan apa yang sudah dilakukan Kerajaan Sarawak pimpinan GPS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mentransformasikan negeri Sarawak khasnya dan kawasan Satok amnya.
KUCHING / 08/12/2021
Jangan gadaikan masa depan Sarawak dengan memilih parti yang gagal, kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Tegasnya, rakyat Sarawak perlu memilih kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini. “Masa depan Sarawak terletak di tangan orang Sarawak. Kita (GPS) membangunkan Sarawak dengan acuan sendiri dan hanya kita yang dapat memastikan kemakmuran dinikmati oleh orang Sarawak.
PADAWAN / 08/12/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg hadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Penjaja Kota Sentosa di Padawan petang ini tadi. Pembinaan pusat penjaja bagi kemudahan penduduk di Kota Sentosa ini nanti diharap mampu memberi kemudahan dan keselesaan khasnya kepada para penjaja di kawasan itu.
KUCHING / 07/12/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg mengadakan lawtan kerja ke projek Bangunan Arkib Negeri petang ini tadi. Bangunan Arkib yang berkeluasan 26, 805 m2 ini mempunyai ketinggian dua tingkat setengah dan ianya akan dibina di tapak seluas 17.6 ekar bersebelahan bangunan Pustaka Negeri Sarawak.
GEDONG / 06/12/2021
Pencalonan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah disahkan oleh Pegawai Pilihanraya untuk PRN12 bagi DUN N26 Gedong bersama tiga orang calon dari parti lain dalam pertandingan empat penjuru. Beliau yang bertanding di atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) tiba di Pusat Penanaman Calon sebelum jam 9.00 ditemani oleh Pencadang dan Penyokong.
GEDONG / 05/12/2021
Perpindahan dari DUN Satok ke DUN Gedong adalah didorong oleh keinginan untuk menyumbangkan jasa bakti di kawasan luar bandar kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg. “Setelah 40 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di Satok, saya mahu berkhidmat di kawasan luar bandar sebelum saya bersara, ujar beliau ketika berucap kepada para penyokong setibanya di sini petang Ahad.
KUCHING / 02/12/2021
Senarai penuh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan diketahui pada 3 Disember (esok). Pengerusi merangkap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengumumkan senarai calon GPS itu turut menyerahkan watikah kepada calon-calon GPS. Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, Kuching pada jam 3.30 petang.
SIBU / 02/12/2021
Singapura berminat mengimport gula apong dari Sarawak bagi tempoh tiga tahun. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, satu perjanjian telah ditandatangani dengan sebuah syarikat tempatan baru-baru ini, bagi membekalkan gula apong ke Singapura dalam kuantiti yang banyak. “Pada bulan lalu, pejabat kita di Singapura iaitu STATOS (Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura), menyatakan orang Singapura berhasrat mengimport gula apong.
PULAU BRUIT / 02/12/2021
Pulau Bruit bukan lagi sebuah tempat yang tersisih daripada tanah besar Sarawak apabila siap pembinaan Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Lassa yang menelan belanja RM1 bilion, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada khamis. Ini bukan omongan kosong kerana pembinaan kedua-dua jambatan tersebut sedang giat dilaksanakan, kata beliau dalam ucapan ketika merasmikan penanaman secara simbolik di perairan di sini.
LUNDU / 01/12/2021
Pembangunan Negeri Sarawak hendaklah diteruskan dengan terator dan tersusun tanpa ada gangguan untuk mengejar impian menjadikan Negeri ini sebuah ekonomi yang maju menjelang 2030, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. “Pemimpin datang dan pergi tetapi pembangunan Negeri ini hendaklah diteruskan,” ujar beliau pada ucapan sempena perasmian Kampus Centexs dan Akademi Hospitaliti dan Pelancongan di sini pada Rabu.