KUCHING / 25/12/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah mengadakan kunjungan Hari Krismas di kediaman Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertempat di BDC hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato’ Ibrahim Baki.
TOKYO / 15/12/2022
Green Pellet (Sarawak) Sdn Bhd dan Kanematsu Corporation menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi membolehkan Sarawak membekalkan pelet kayu ke pasaran Jepun. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan majlis menandatangani MoU dalam rangka lawatan ke negara itu. MoU itu ditandatangani Pengurus Besar STIDC dan Pengerusi Green Pellet (Sarawak) Sdn Bhd, Datu Hashim Bojet dengan Pengurus Besar Bagi Bahagian Tenaga, Kanematsu Corporation, Koji Nozaki.
KUCHING / 24/12/2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa perkara yang dipersetujui berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 4 Januari 2023. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, Perdana Menteri memberinya tempoh sebulan bagi menyelesaikan perkara berhubung MA63. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran itu.
KUCHING / 24/12/2022
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi jaminan akan sentiasa memelihara kebebasan beragama penduduk negeri ini. Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan itu sebagai ketua Kerajaan Sarawak. "Inilah Sarawak yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama, namun tidak menghadapi masalah untuk bersatu dalam kepelbagaian," katanya dalam perutusan Krismas 2022 dan Tahun Baharu 2023.
KUCHING / 24/12/2022
Pertama sekali saya dan dan bagi pihak keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Sarawak yang meraikan hari yang amat besar maknanya kepada orang-orang Kristian. Saya amat berharap Krismas membawa keberkatan kepada saudara dan saudari dan bergembiralah di samping ahli keluarga, sahabat handai, rakan dan taulan.
KUCHING / 23/12/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggas Embas serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Dato Sri Nancy Shukri turun padang melawat PPS Kampung Sungai Bedaun petang ini tadi. Turut serta berada di lokasi adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.
JAPAN / 21/12/2022
Sarawak bakal menjadi pangkalan operasi terbesar Taiyo Yuden untuk menghasilkan kapasitor seramik berbilang lapisan bagi memenuhi permintaan global produk elektronik itu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Taiyo Yuden yang terus berkembang di Sama Jaya membuktikan keyakinan mereka terhadap kerajaan Sarawak walaupun menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan geo-politik.
TOKYO / 21/12/2022
Syarikat JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation akan terus menerokai lebih banyak kerjasama dengan Kerajaan Sarawak. Ini bagi memperluaskan perniagaan syarikat terbabit di negeri ini selari Strategi Pembangunan Pasca Covid 2023. Sehubungan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan gembira dengan syarikat terbabit yang telah beroperasi di Sarawak sejak 1987.
KUALA LUMPUR / 19/12/2022
Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan merupakan cerminan pandangan jauh serta keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rasa rendah diri menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan parti-parti politik utama negara termasuk Ahli Parlimen bebas.
KUALA LUMPUR / 19/12/2022
YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Pengerusi GPS mengadakan pertemuan bersama rakan Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di ibu negara malam tadi. Hadir sama adalah Datuk Seri Fadilah Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang juga selaku Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Timbalan Premier Sarawak, Dato' Sri Prof. Sim Kui Hian dan beberapa kenamaan lain.
LANGKAWI / 17/12/2022
Penjawat Awam Sarawak (SCS) perlu menerapkan budaya inovasi dan bergerak pantas seiring dengan ledakan teknologi yang berubah dengan cepat dalam dunia hari ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, penyelidikan amat penting untuk menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
KOTA SAMARAHAN / 16/12/2022
Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg telah merasmikan pelancaran pembinaan projek Fasa 1 Kuching Urban Transportation System ( KUTS ) bertempat di tapak cadangan Depo ART Rembus, Kota Samarahan. Kuching Urban Transportation System (KUTS) projek kerajaan Sarawak di laksanakan oleh Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan anak syarikatnya Sarawak Metro Sdn Bhd yang akan membina Depo Rembus untuk Autonomous Rapit Transit (ART), Operasi Pengankutan Bas bagi ART serta tempat Stesen Produksi Hydrogen kegunaan ART dan juga zero-emission pengangkutan awam masa depan.
KUCHING / 15/12/2022
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan sokongan terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan itu dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) GPS yang dipengerusikan Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, di sini.
KUCHING / 15/12/2022
Penekanan Kerajaan Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar akan membuka jalan kepada lebih banyak aliran masuk pelaburan ke negeri ini. Sehubungan itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus akan mencipta bersama penyelesaian selain lebih banyak pekerjaan hijau dan peluang perniagaan untuk memacu ekonomi secara mampan.
KUCHING / 12/12/2022
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sarawak memiliki sebuah makmal baharu yang siap siap dibina bagi menguji produk untuk industri pembinaan tempatan. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, makmal masih lagi memerlukan beberapa peralatan keperluan sebelum memberikan perkhidmatan terbaik. "Sebelum ini kita perlu menghantarkan produk-produk baharu ke Semenanjung bagi menjalankan ujian. Ini semestinya menambahkan kos," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke CIDB Sarawak, Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Tech Wilayah Sarawak di sini.
KUCHING / 12/12/2022
Sarawak’s venture into the Carbon Capture Storage & Utilisation (CCUS) initiative today achieved a significant milestone upon the signing of the MoU between Petros and POSCO of South Korea, here. The signing ceremony between the parties was witnessed by Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
KUALA LUMPUR / 10/12/2022
Resource-rich Sarawak is no longer a hidden gem in the Asia region as the State continues to forge collaboration with other economies in the region, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg said here yesterday night. “To many, Sarawak is a hidden gem of ASEAN. However, my government is determined that Sarawak will no longer stay hidden. Instead, we will be like our beloved state bird, the Rhinoceros Hornbill – magnificent, majestic, proud and known to the world,” he pointed out.
KUCHING / 09/12/2022
Sarawak mencatatkan seramai 1,603,463 pengunjung berkunjung ke negeri tahun ini sehingga November lalu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bilangan itu sudah melebihi sasaran kementerian menenerima keseluruhan seramai 1.2 juta pengunjung sepanjang tahun ini.
KUCHING / 08/12/2022
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof akan mula membincangkan dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah mengenai tuntutan Perjanjian Malaysia 1963(MA63). Katanya, ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkannya menyelesaikan tuntutan berkaitan MA63 dalam tempoh sebulan. "Sudah pasti itu akan menjadi tumpuan utama saya bagi dibincangkan di peringkat kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini.
KUCHING / 07/12/2022
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengalu-alukan pelabur daripada Indonesia untuk melabur dalam industri perabot atau industri berasaskan kayu. Beliau berkata, kerjasama itu boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau usaha sama mahupun rakan kongsi dengan industri tempatan. “Industri perabot di Indonesia yang sudah berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa boleh mengembangkan lagi industri itu dengan menanam modal di negeri ini,” katanya.
KUCHING / 07/12/2022
Usaha-usaha anak Sarawak untuk berkecimpung dalam pembangunan aplikasi-aplikasi digital telah mula mendapat pengiktirafan antarabangsa, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. “Terdapat sebuah syarikat milik orang Sarawak yang membina aplikasi untuk menyediakan perkhidmatan kebajikan telah mendapat anugerah di London.
KUCHING / 05/12/2022
Pembangunan beberapa kemudahan perubatan di Kota Samarahan akan menjadi kawasan tersebut sebuah hab perubatan jika kesemua kemudahan berkenaan siap kelak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Openg pada malam Ahad. Kini terdapat sebuah pusat jantung di kawasan tersebut yang sudah beroperasi lebih 10 tahun, kata beliau.
KUCHING / 05/12/2022
Timbalan Premeir Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan memberi kerjasama erat dengan Timbalan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ahmad Zahid Haamidi dan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, beliau berkata akan memberi kerjasama penuh kepada Ahmad Zahid dan Alexander Nanta (Menteri Kerja Raya) dalam usaha membangunkan lebih banyak jalan raya luar bandar di negeri ini.
KUCHING / 04/12/2022
Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kabinet Kerajaan Perpaduan adalah keputusan tepat dan sesuai bagi Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antaranya jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof yang turut memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi.
KUCHING / 01/12/2022
Peruntukan berjumlah RM795.711 juta untuk Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dalam Bajet Negeri 2023 akan dibelanjakan bagi membiayai kos empat rancangan pembangunan infrastruktur asas. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, empat rancangan pembangunan infrastruktur asas itu ialah infrastruktur tanah sebanyak RM490.941 juta, infrastruktur sungai (RM83.860 juta), bangunan kerajaan (RM167.410 juta) dan bangunan awam (RM53.500 juta).
KUCHING / 01/12/2022
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menghampakan rakyat Sarawak atas sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS berjaya memenangi 23 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan berbanding hanya 18 kerusi pada PRU-14.
KUCHING / 01/12/2022
Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu berjaya mengukur lebih kurang 1,060,811 hektar (2,621,264 ekar) secara perimeter sehingga 31 Oktober 2022. Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, lebih kurang 813,587 hektar (2,010,373 ekar) daripadanya telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.