FEBRUARI 2022

Kuching Miliki Kekuatan Sebagai Hos Citrawarna Keluarga Malaysia

/ 26/02/2022

Jurang pembangunan antara Sarawak dan Semenanjung harus dipertingkatkan supaya rakyat negeri ini bangga menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang besar, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Lantas katanya, Kerajaan Sarawak menaruh harapan agar kerjasama di antara kedua-dua kerajaan terus dipertingkatkan supaya tiada mana-mana wilayah di negara ini ketinggalan.

YAB Abg Jo Rasmi CMIEA Ke-3

/ 23/02/2022

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Johari Tun Openg telah hadir di Majlis Chief Minister's Industry Excellence Awards ( CMIEA ) 2021 bertempat di BCCK Kuching. Dalam ucapan YAB Abg Jo terlebih dahulu merakamkan terima kasih atas kejayaan pihak Sarawak Business Federation ( SBF )  menganjur CIMIEA 2021. "Pada PRN ke-12, telah menujukan bahawa rakyat berkehendakan Kerajaan yang stabil dengan sokongan kuat Komuniti Perniagaan di Sarawak yang boleh merancang, melaksankan Pembangunan dan polisi ekonomi yang tersusun dan berimpak" katanya.

71 Kelab, Persatuan Sukan Terima Geran RM5.041 Juta

/ 22/02/2022

Kerajaaan Sarawak menyerahkan sejumlah RM5.041 juta dalam bentuk geran kepada 71 kelab dan persatuan sukan di Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan  dan Pembangunan Keusahawanan pada majlis di sini malam tadi. Geran-geran tersebut telah disampaikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Penubuhan Sayap Baharu PBB Untuk Belia 18-28

/ 22/02/2022

Hujung minggu ini, sebuah bengkel strategik penubuhan sayap baharu PBB untuk belia 18-28 tahun akan diadakan. >Penubuhan sayap ini memerlukan perancangan terperinci, kita mahu sayap baharu ini nanti bukan sahaja menjadi platform untuk belia 18-28 tahun untuk berpolitik semata-mata, tetapi juga platform untuk mereka menjadi pemimpin. Anda boleh mendaftar minat sekarang di pautan berikut : https://gerakpbb1828.com/ Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda!

Sarawak Mahu Jadi ‘Bateri’ ASEAN

/ 21/02/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak berhasrat mencapai pertumbuhan mampan dan kemakmuran melalui sektor tenaga boleh diperbaharui dengan menjadi kuasa tenaga Asia Tenggara (ASEAN). Beliau berkata, pertumbuhan mampan itu boleh dicapai dengan kemampuan membekal tenaga boleh diperbaharui dan lestari di wilayah ASEAN. “Sarawak yakin dapat mencapai sasaran itu dengan mengambil kira tenaga hidro boleh diperbaharui dan sumber semula jadi yang banyak di negeri ini,” katanya pada Majlis Townhall Ke-100 Sarawak Energy Berhad di sini.

MINTRED Laksana 45 Projek Bernilai RM228.2 Juta

/ 19/02/2022

Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) akan melaksanakan 45 projek pembangunan dengan peruntukan berjumlah RM228.2 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12(RMK-12). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setakat ini sebanyak 12 projek sedang dalam peringkat pembinaan manakala yang lainnya dalam pelbagai peringkat pelaksanaan seperti pertapakan, pelantikan juruperunding dan rekabentuk.

Abg Jo Rasmi Lebuhraya Pan Borneo WPC 10 (Seksyen Jejambat Nyabau)

/ 19/02/2022

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari Tun Abg Openg telah merasmikan WPC 10, Seksyen Jejambat Nyabau, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Bintulu. Dalam ucapan perasmian, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan terima Kasih kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia dibawah kepimpinan YB Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusuf kerana memberi komitment yang tinggi bagi mempastikan Projek ini diteruskan dan disiapkan demi rakyat Sarawak menjelang penghujung Tahun 2022 dan juga Jabatan Kerja Sarawak yang mengurus tadbir Projek dari Sematan sehingga ke jalan Pujut Link, Miri.

Abg Jo Saksikan Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik

/ 18/02/2022

Ketua Menteri  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak bertempat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia petang ini tadi. Majlis dimulakan dengan  acara angkat sumpah diketuai oleh Ketua Setiausaha Politik yang baharu YB Fazzruddin Abdul Rahman seterusnya menandatangani surat rahsia serta penyampaian watikah perlantikan di hadapan YAB Ketua Menteri menggantikan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS Datuk Abdullah Saidol.

Laporan IGC, MA63 Dibuku

/ 17/02/2022

Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri 15 Februari lalu mencerminkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebenarnya. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, RUU itu penting kerana status Sarawak tidak sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia sebab mereka tidak menandatangani MA63 itu.

Kerajaan Sarawak Hargai Sumbangan Penyelidik UNIMAS

/ 17/02/2022

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang sudah bertapak hampir tiga dekad dan sebagai nadi ilmu di negeri ini akan terus komited dalam membangunkan modal insan beretika, berkemahiran dan bertanggungjawab. Timbalan Ketua Menteri merangkap Pro-Canselor UNIMAS, Datuk Amar Douglas Uggah Emas berkata, keberadaan UNIMAS memberi impak kepada perkembangan dan kemajuan negeri Sarawak.

Sidang DUN Lulus RUU Tukar Nama Ketua Menteri Kepada ‘Premier’

/ 15/02/2022

Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar nama jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’. RUU itu dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari ini. RUU yang diluluskan itu  mendapat sokongan daripada 67 ahli dewan iaitu majoriti lebih dua pertiga manakala enam orang tidak menyokong.

Abg Jo Dahului Lafaz Sumpah

/ 14/02/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg mendahului lafaz sumpah atau ikrar sempena Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 dimulakan dengan upacara angkat sumpah 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Majlis lafaz sumpah berkenaan kemudiannya diikuti oleh tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Abg Jo Adakan Lawatan Ke Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kota Sentosa

/ 12/02/2022

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Kota Sentosa bagi meninjau program imunisasi Covid 19 Kanak-Kanak (PICKids) Sarawak pagi ini tadi. Sejurus tiba, Ketua Menteri diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Kesihatan di klinik berkenaan. Beliau yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melihat sendiri kanak -kanak yang disuntik sambil sempat bertanyakan maklumbalas dari kanak-kanak berkenaan.

RM3.89 Bilion Nilai Eksport Produk Perkayuan Dicatatkan Pada 2021

/ 09/02/2022

Nilai eksport produk berasaskan perkayuan Sarawak pada tahun 2021 adalah sebanyak RM3.89 bilion berbanding tahun 2020 iaitu berjumlah RM3.7 bilion. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, nilai peningkatan eksport itu menunjukkan keadaan ekonomi global mulai beransur pulih. Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak itu juga memberitahu, permintaan terhadap bahan komoditi seperti produk perkayuan turut mencatatkan sedikit peningkatan.

Eksport Produk Kayu Sarawak Cecah RM3.9 Bilion

/ 09/02/2022

Eksport produk perkayuan negeri ini mencatat peningkatan empat peratus bernilai RM3.9 bilion pada 2021 berbanding 2020, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, nilai eksport produk perkayuan Sarawak pada 2020 hanya mencatatkan RM3.7 bilion disebabkan Covid-19.

Sektor Swasta Bantu Bangunkan PCDS 2030

/ 07/02/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu sektor swasta memain peranan dalam menambah nilai inisiatif kerajaan untuk membangunkan ekonomi negeri ini dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030). Beliau berkata, ekonomi Sarawak tidak akan berkembang tanpa sokongan sektor swasta sungguhpun kerajaan berjaya melaksanakan projek di bawah PCDS 2030.

Taiyo Yuden Labur RM4.1 Bilion

/ 07/02/2022

Syarikat antarabangsa berasaskan teknologi, Taiyo Yuden (Sarawak) Sdn Bhd merancang melabur RM4.1 bilion untuk mengembangkan perusahaannya di Estet Perindustrian Sama Jaya di sini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, syarikat terbabit akan membangunkan kawasan seluas 28 hektar (70 ekar) di Sama Jaya yang diperuntuk kerajaan negeri bagi mengembangkan perusahaan itu.

RM63 Juta Bantu Rakyat Beli Rumah

/ 07/02/2022

Seramai 1,112 pemohon dengan pembiayaan berjumlah RM63 juta diluluskan di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Mutiara. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia dengan kadar keuntungan ditawarkan serendah satu peratus dan margin pembiayaan sehingga 100 peratus. Beliau berkata, 81 peratus daripada jumlah itu ialah golongan berpendapatan rendah, tidak tetap yang bekerja dengan syarikat swasta atau bekerja sendiri.

Majlis Pelancaran Action And Implementation Plan For PCDS 2030

/ 07/02/2022

Sekitar Majlis Pelancaran Action and Implementation Plan for PCDS 2030 Sarawak Economic Action Council yang bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) petang ini tadi. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Haji Openg merupakan tetamu kehormat dan telah menyampaikan amanat utama sebentar tadi seterusnya melancarkan majlis tersebut sebentar tadi.

Vaksinasi Kanak-Kanak Mulai 5 Februari

/ 03/02/2022

Kanak-kanak yang bersekolah akan menerima vaksin sama ada di sekolah masing-masing atau di pusat pemberian vaksin (PPV). Ia meliputi PPV Jangkau Luar, PPV GP, PPV HS dan PPV KKM yang dirancang mengikut Pejabat Kesihatan Bahagian masing-masing mulai 5 Februari 2022. Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus (%) kanak-kanak yang layak dan di dalam sistem pendidikan akan diberi dos pertama vaksin Pfizer dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

Abg Jo Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina SUPP Secara Virtual

/ 01/02/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) anjuran parti berkenaan secara atas talian melalui Aplikasi Zoom pagi ini tadi. Majlis Sambutan Tahun Baru Cina secara virtual dimulakan dengan ucapan oleh Presiden SUPP, YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak.