JANUARI 2022

Abg Johari Terima Kunjungan Hormat Ketua Menteri Sabah

/ 31/01/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam pertemuan empat (4) mata yang berlangsung di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pagi ini tadi. Kunjungan berkenaan antara lain memperkukuhkan lagi hubungan erat sedia ada dengan Sarawak sekali gus meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua negeri Borneo sebagai rakan wilayah dalam Persekutuan Malaysia.

Perkampungan Baharu Segedup-Sungai Maong Diwujud, 600 Unit Akan Rumah Dibina

/ 30/01/2022

Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membina kira-kira 600 unit rumah di kawasan perumahan baharu Kampung Segedup- Sungai Maong dalam tempoh lima tahun akan datang. Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia dibina menerusi skim perumahan untuk fasa pertama di kawasan perkampungan baharu Segedup- Sungai Maong. Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, rancangan untuk menjadikan Kampung Segedup sebagai kawasan perumahan itu dirancang baik dengan membuka kawasan perumahan baharu.

Projek Naik Taraf Lima Bulatan, Kontraktor Bermasalah Ditamat

/ 29/01/2022

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan kepada Kerajaan Sarawak bagi menguruskan projek menaik taraf lima bulatan sepanjang jalan dari Kuching ke Samarahan yang bermasalah. Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata ini kerana projek terbabit dilaksanakan di bawah Kerajaan Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak. "Saya difahamkan ada permintaan supaya kawalan trafik dilaksanakan di sana," katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina 2022 di Dewan SUPP Matang, di sini, hari ini.

Abg Jo Dan Isteri Hadiri Majlis Penghargaan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE)

/ 29/01/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani binti Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri majlis penghargaan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) yang berlangsung di BCCK malam tadi. Majlis yang diadakan ini adalah bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya agensi-agensi pelaksana projek dan inisiatif di bawah Old Kuching Smart Heritage , serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha untuk mencapai misi dan visi OKSHE.

Perintah Sarawak Perintah Inklusif, Nadai Rayat Ditinggal Ngasaika Pemansang

/ 31/01/2022

Perintah Sarawak dipegai Gabungan Parti Sarawak (GPS) perintah ti inklusfif nentuka nadai rayat enda ngira bansa bela ampit ngasaika pemansang. Kepala Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, iya enggau nya meri jaku terima kasih ngagai sukung rayat lebih agi raban bansa China ti agi mengkang ngandalka GPS megai nengeri Sarawak. “Aku ke nyadi tuai ba perintah GPS meri jaku terima kasih ngagai rayat ti sekali agi ngelempaika tanggungpengawa ngagai GPS nyadi perintah nengeri ba kandang lima taun tu.

BKSS 8.0 Teruskan 7 Inisiatif, Bantu Pulihkan Sosioekonomi Rakyat

/ 28/01/2022

Kerajaan Sarawak melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban dan memulihkan sosioekonomi rakyat. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, pakej BKSS 8.0 ini menelan perbelanjaan sebanyak RM285.47 juta. “Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaksanakan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 yang merangkumi 7 langkah yang telah diumumkan semasa Bajet Negeri 2022 pada 12 Oktober 2021.

Kerajaan Sarawak Bantu Bina Wad Hibrid ICU

/ 26/01/2022

Kerajaan Sarawak akan membantu membina wad hibrid Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini bagi menambah 10 lagi katil ICU di hospital terbabit. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kerja-kerja pembinaannya akan dimulakan pada Februari depan supaya hospital berkenaan memiliki tambahan sebanyak 10 lagi katil ICU. Selain itu, kerajaan negeri turut bersetuju membantu memasang paip gas di hospital itu yang kosnya sekitar RM500,000 bagi menambah 40 katil pesakit, katanya selepas mengadakan lawatan kemudahan pesakit Covid-19 HUS di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Ubah Prosedur Usang Untuk Percepat Projek Rakyat

/ 25/01/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu perkhidmatan awam Sarawak merombak semula prosedur usang dan melambatkan pelaksanaan projek rakyat di negeri ini. Beliau berkata, apa yang berlaku ketika ini ialah banyak projek rakyat agak lambat pelaksanaannya dan ini mungkin disebabkan birokrasi atau cetak merah mahupun prosedur yang memperlahankan proses pelaksanaannya.

Ketua Menteri Seru Penjawat Awam Jadi Penggerak PCDS 2030

/ 25/01/2022

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru semua penjawat awam menjadi penggerak kepada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dengan bersatu memberikan perkhidmatan kerajaan secara bersama. Katanya, PCDS 2030 merupakan asas kepada kabinet Sarawak dalam usaha menjadikan negeri ini maju serta berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Pilihan Raya Atau Tidak, Jentera GPS Sentiasa Bekerja – Fadillah

/ 24/01/2022

Jentera parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berada di lapangan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sama ada Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan atau sebaliknya, kata Naib Yang di-Pertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof. “Sama ada pilihan raya diadakan atau sebaliknya, GPS sentiasa berkhidmat kepada rakyat, katanya diminta mengulas desas-desus kononnya PRU Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Aspresiasi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan di sini.

Malaysia Largest Sarawak Themed Mural Maze Bakal Jadi Lukisan Mural Terpanjang Di Malaysia

/ 21/01/2022

Malaysia Largest Sarawak Themed Mural Maze bakal menyaksikan artis daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) membuat lukisan mural sepanjang 181 meter. Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ini akan menyaksikan kerjasama antara pemain industri bersama belia dan pelajar untuk mencipta rekod dalam ‘Malaysia Book of Records’.

Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Delegasi National Task Force

/ 20/01/2022

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Delegasi National Task Force (NTF) yang diketuai Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Khamis. Pertemuan hampir 30 minit itu membincangkan kerjasama antara kerajaan negeri dan NTF berhubung pelaksanaan ‘Op Benteng’ dan aspek keselamatan di sempadan negara terutama wilayah Sarawak dari kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Kerajaan Sarawak, Pusat Peruntuk RM48 Bilion Untuk Pembangunan Infrastruktur Sarawak

/ 20/01/2022

Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM48 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, adalah amat penting bagi setiap projek dilaksanakan dengan cekap dan mengikut tempoh yang ditetapkan. “Oleh demikian kita mahu semua agensi di bawah kementerian ini melihat perkara tersebut untuk mewujudkan kerjasama lebih sebagai satu pasukan bagi memastikan semua projek pembangunan berjaya disiapkan,” katanya.

Ketua Menteri Mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga BDA Ke-83

/ 19/01/2022

Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga BDA Ke-83 di sini pada Rabu. Mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam di Hotel Fairfield Marriot Bintulu Paragon itu dihadiri semua Ahli Lembaga BDA bagi membincangkan tentang polisi dan hala tuju BDA dalam merancang pembangunan ekonomi dan sosial di Bahagian Bintulu.

JPBNS Sasar Pemberian Dos Penggalak Lengkap Menjelang Mac 2022

/ 18/01/2022

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyasarkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 di negeri ini akan lengkap sebelum Mac 2022. Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehingga 13 Januari 2022, sebanyak 72.2 peratus rakyat yang layak telah mendapatkan vaksin tersebut. Bagaimanapun katanya, masih ada lebihan anggaran sebanyak 380,047 individu yang layak untuk menerima vaksin, namun belum tampil mendapatkannya.

Recoda Wins International Innovation Awards 2021

/ 18/01/2022

The Regional Corridor Development Authority (RECODA) has emerged as winner of The International Innovation Awards® (IIA) 2021 under Service & Solution category with its innovation RECODA Project Management System (RPMS). Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, who is also RECODA board chairman, symbolically received the award at his office here today from RECODA chief executive officer, Datu Ismawi Ismuni.

Kerajaan Sarawak Peruntuk RM2.174 Bilion Untuk Program Pendidikan

/ 13/01/2022

Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM2.174 bilion untuk merencana pelbagai program berkaitan pendidikan semenjak kira-kira lima tahun lalu. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat,  Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menjadikan pendidikan sebagai pelaburan dalam modal insan. “Kerajaan negeri juga tidak hanya berdiam diri atau menyerahkan tugas serta tanggungjawab menjaga hal ehwal pendidikan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sembilan Persatuan, NGO Terima Geran MRP

/ 12/01/2022

Sebanyak sembilan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) jumlah keseluruhan sebanyak RM220,000. Simbolik penyerahan geran telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di Wisma Sumber Alam pada Rabu. Menurut Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar II, beliau menerima peruntukan tambahan daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memandangkan masih banyak pemohonan diterima.

Siap Siaga Hadapi Banjir, Sarawak Buka 625 Pusat Pemindahan Sementara

/ 11/01/2022

Sarawak membuka 625 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir susulan negara kini berada dalam fasa Monsun Timur Laut. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, PPS tersebut mampu menampung seramai 185,000 mangsa dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). "Jika memerlukan, jumlah PPS itu akan ditambah," katanya pada sidang media hari ini.

Kerajaan Sarawak Rujuk Negara Pakar Berhubung Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat

/ 10/01/2022

Kerajaan Sarawak akan merujuk kepada negara-negara pakar berhubung dengan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat. Ketua Menteri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini bertujuan menguruskan kewangan negeri ke arah yang lebih mampan. Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga akan merujuk kepada dana-dana yang telah berjaya seperti yang diusahakan Norway dan Singapura. 

Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak Boleh Dipohon Mulai Januari Ini

/ 10/01/2022

Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak boleh mula dipohon mulai Januari ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, skim ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri khususnya golongan muda. “Dari sudut ini kita akan memberikan peruntukan untuk membantu mereka yang berada dalam kategori B40 dan M40 untuk membeli rumah.

PBB Sarawak Wujudkan Sayap Baharu Khas Untuk Golongan Belia

/ 10/01/2022

Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) akan mewujudkan satu lagi sayap yang menumpukan kepada golongan belia berumur di antara 18 sehingga 28 tahun. Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, PBB Sarawak akan meminda perlembagaan parti itu bagi melaksanakan cadangan tersebut. “Kita wujudkan satu sayap khas untuk mereka ini kerana kita rasa mereka ini sentiasa bersama dengan kita dalam menguruskan masyarakat bukan sahaja bagi golongan belia malah untuk pelbagai peringkat umur.

Rakyat Yakin Kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari – Datuk Amar Douglas Uggah

/ 06/01/2022

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg disifatkan sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh apabila Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dapat diadakan sebelum tibanya monsun timur laut dan kemunculan varian baharu COVID-19 yang membimbangkan Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ketua Menteri telah berjaya meyakinkan dan seterusnya mendapat perkenan daripada Istana Negara melalui Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak sebelum tarikh sebenar yang dicadangkan pada bulan Februari 2022.

Pusat Kanser Sarawak, Kerajaan Sarawak Biayai Dahulu Pembinaannya

/ 06/01/2022

Kerajaan Sarawak akan membangunkan Pusat Kanser Sarawak dengan fasiliti yang komprehensif menggunakan dana sendiri terlebih dahulu untuk kegunaan rakyat di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, perkara ini telah dipersetujui Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Katanya, secara dasarnya Kerajaan Sarawak akan menggunakan dana sendiri dahulu dan Kerajaan Persekutuan akan membayar balik peruntukan tersebut.

Kerajaan Sarawak & Petronas Terus Berusaha Penuhi Hasrat Selaras Dengan Perjanjian Penyelesaian Komersial

/ 05/01/2022

Kerajaan Sarawak dan Petronas akan terus berusaha untuk mencari jalan terbaik bagi memenuhi hasrat seperti yang telah dimaterai dalam Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, isu-isu yang memerlukan libat urus dan penyelesaian bersama dapat dicapai, manakala terdapat juga isu-isu yang memerlukan penyelesaian dalam jangka masa panjang. Jelasnya, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk merangka strategi dan melaksanakan program bagi meningkatkan penyertaan syarikat di Sarawak menerusi kontrak yang ditawarkan oleh pihak Petronas.

Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Di Sarawak Terus Catat Peningkatan

/ 05/01/2022

Sarawak terus menjadi negeri yang mempunyai kadar pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 tertinggi di dalam Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat 2 Januari 2022, jumlah kumulatif pemberian dos penggalak di Sarawak adalah 1,152,900 atau 56.4 peratus. Jumlah ini jelas menunjukkan peningkatan sekiranya dibandingkan dengan data yang dikeluarkan pada 26 Disember 2021 iaitu 1,082,753 atau 53 peratus.

TYT Sempurnakan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-Menteri Muda Negeri

/ 04/01/2022

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyempurnakan istiadat angkat sumpah jawatan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan menteri-menteri muda negeri Sarawak di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini malam ini. Buat julung kalinya, istiadat tersebut berlangsung secara hibrid sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Acara rasmi bermula pada jam 9.00 malam dengan penerimaan watikah perlantikan iaitu Surat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan disusuli angkat sumpah kemudiannya menandatangani surat berkenaan oleh Timbalan-timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian.

202 Pemberian Vaksin Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ke Bawah Di Sarawak Pada Februari 2022

/ 03/01/2022

Pemberian vaksin COVID-19 kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah di Sarawak akan dimulakan pada Februari 2022. Menurut Dato Sri Dr Sim Kui Hian, ianya sejajar dengan pembukaan semula sesi persekolahan akan datang. “Memandangkan sesi persekolahan secara fizikal, Kerajaan Sarawak telah bersedia untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.