JANUARI 2023

Kerjasama Singapura-Sarawak Antara Perkara Dibincang: Premier

/ 30/01/2023

Kerjasama Singapura-Sarawak dalam penyaluran tenaga boleh diperbaharu dan perdagangan karbon merupakan dua perkara yang telah dibawa untuk perbincangan antara Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatan dari Singapura pada Isnin. Premier Sarawak menyatakan demikian ketika ditemu bual pemberita daripada TVS sebelum berangkat pulang ke Sarawak pada lewat petang Isnin.

Infrastruktur, Kemudahan Rakyat Agenda Utama

/ 30/01/2023

Meningkatkan jaringan perhubungan dan pembangunan lain akan menjadi agenda utama pembangunan di Utara Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, projek yang diberi keutamaan itu akan dilaksanakan tahun ini bagi memastikan Limbang dan Lawas tersaling hubungan dengan kawasan lain di Sarawak. Projek yang diberi tumpuan termasuk pembinaan kemudahan jaringan jalan raya, meneruskan projek pembinaan lebuh raya pesisir utara (Northern Coastal Highway), Sarawak Link Road, kemudahan sistem telekomunikasi serta kemudahan lain, katanya kepada media ketika ditemui selepas melakukan Kunjungan Tahun Baru Cina (TBC) ke beberapa kediaman pemimpin kaum Cina di Limbang semalam.

Premier Joining PM In Singapore Visit

/ 30/01/2023

Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Abang Haji Openg was among members of the Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s entourage to meet the Prime Minister of Singapore, here today. The Premier flew in here yesterday afternoon from Bintulu to join the Prime Minister on his first official visit to the Island Republic after being appointed Malaysia’s 10th Prime Minister recently.

Sarawak Wants Bintulu Port Back: Premier

/ 30/01/2023

The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg today made known the intention of Sarawak Government to take back Bintulu Port from the Federal Government as part of Sarawak’s overall port development strategies. He pointed out that the State Government would be in discussion with the Federal Government to discontinue Bintulu Port as a federal Port so that it can be administered and further developed as a State Port in accordance with the strategies drawn up for ports in Sarawak.

Komitmen, Sokongan Padu Menyumbang Kemenangan Bergaya GPS PRU-15

/ 29/01/2023

Sokongan padu dan kerjasama kukuh jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu di kawasan Parlimen Petra Jaya menyumbang kepada kemenangan bergaya kawasan itu. Ini diakui Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya, Dato Sri’ Fadillah Yusof. Sehubungan itu beliau menzahirkan terima kasih kepada semua jentera pilihan raya yang bertungkus-lumus bagi memastikan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Petra Jaya.

Sarawak Sasar Eksport Industri Perkayuan RM8.49 Bilion Menjelang 2030

/ 27/01/2023

Sarawak mensasarkan industri perkayuan mencapai perolehan eksport sebanyak RM8.49 bilion menjelang 2030. Timbalam Premier Sarawak,  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sasaran itu kekal kerana industri perkayuan kini semakin berkembang di Sarawak. Antaranya berasaskan panel, kayu kejuruteraan, perabot dan produk berasaskan buluh.

Fadillah Yakin Prestasi Agrikomoditi Kekal Positif

/ 26/01/2023

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) meletakkan keyakinan tinggi bahawa prestasi perdagangan agrikomoditi akan kekal positif bagi tahun 2023 selepas mencatatkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM268.1 bilion tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, pendapatan eksport produk agrikomoditi pada tahun 2022 pula adalah sebanyak RM207.3 bilion atau 13.4 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara.

Premier Sarawak Turut Serta Dalam Sesi Dialog

/ 25/01/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Zohari bin Tun Abang Haji Openg turut serta dalam sesi dialog dan makan malam bersama rakyat Malaysia di Brunei Darussalam bertempat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan yang berlansung malam tadi. Beliau turut berkesempatan berjumpa dengan ahli-ahli perniagaan, perkhidmatan awam dan swasta serta pendidikan. Mereka juga bertukar -tukar pandangan dan idea yang bernas dalam mengukuhkan lagi   hubungan dan kerjasama antara Malaysia-Brunei Darussalam.

Premier Antara Ahli Rombongan PM Ke Brunei

/ 24/01/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg tiba di negara Brunei Darussalam kira-kira pada jam 12.00 tengahari tadi untuk mengiringi  Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi pertama beliau ke Brunei. Sejurus tiba di Bandar Seri Begawan Premier menghadiri pra - mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri di sebuah hotel di ibu negara Brunei.

Abg. Jo, Isteri Berkunjung Beberapa Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

/ 22/01/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang  memulakan kunjungan Tahun Baru Cina di Rumah Terbuka SUPP di Jalan Ong Kee Hui pagi ini. Rumah terbuka anjuran SUPP Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian dan pemimpin parti lain.

Kerajaan Sarawak Komited Bangunkan Gedong, Samarahan, Simunjan

/ 21/01/2023

Kerajaan Sarawak komited untuk membangunkan Gedong, Samarahan serta Simunjan, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Sehubungan itu katanya, kerajaan Sarawak akan membina jalan bagi menghubungkan Serian dengan Gedong selain membangunkan kawasan komersial di situ. “Jalan baru yang menghubungkan Serian dan Gedong sepanjang 19 Kilometer iaitu jalan raya berkembar.

Kerajaan Persekutuan Akan Muktamadkan Formula Peruntukan Khas Untuk Sarawak

/ 21/01/2023

Kerajaan Persekutuan akan berusaha memuktamadkan formula peruntukan khas kepada Kerajaan Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata di bawah MA63, Sarawak asalnya menerima peruntukan itu sebanyak RM16 juta manakala Sabah sebanyak RM25 juta dan sepatutnya ini dikaji setiap lima tahun tetapi ini tidak berlaku.

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Pengarah LHDN

/ 20/01/2023

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar dilantik sebagai wakil kerajaan Sarawak dalam keanggotaan Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Dato Sri Dr. Wan Lizozman dalam anggota Lembaga Pengarah LHDN adalah berkuatkuasa hari ini. “Perkara ini diminta agak lama, jadi dalam mesyuarat bersama dengan jawatankuasa hari ini, saya tidak fikir ini menjadi satu masalah. Kalau ada kekosongan, kita isi. Sabah telah ada wakil tetapi bukan yang diusul oleh kerajaan negeri.

Anwar Beri Jaminan MA63 Diselesai Bersama

/ 20/01/2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Sarawak menjadi salah satu tajuk penting dalam kunjungannya ke Indonesia minggu lalu. Ini ketika perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Jakarta. “Dalam perbincangan empat mata dengan Presiden Joko Widodo, beliau memberitahu Sarawak kekuatannya ialah pelaburan ke Indonesia termasuk ibu kota Nusantara yang baharu. Dalam pertemuan itu, Sarawak menjadi salah satu tajuk penting dalam perbincangan kami,” katanya di Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Premier Hadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63

/ 20/01/2023

YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusi YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di Kuching pagi ini. Turut serta adalah  Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof ; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak JPM Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar Punyai Keupayaan Terajui Kebangkitan Negara: Premier

/ 19/01/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Openg melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat martabat negara sebagai negara yang dihormati di rantau ini. Dengan pengalaman yang luas sebagai pemimpin tertinggi negara sebelum ini, Dato’ Seri Anwar sebagai ketua Kerajaan Perpaduan berkeupayaan untuk mengembalikan kedudukan negara yang pernah dikenali sebagai “Asian Tiger” pada tahun 80an, ujar beliau.

Sarawak To Collaborate With The Netherlands To Develop Food Industries

/ 17/01/2023

Sarawak will collaborate with the Netherlands to transform its agriculture sector through the use of technology, says Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, today. The Premier said Sarawak was keen to learn from the Netherlands that has the reputation of being the world's second largest exporter of food after the US despite of its small land size and population.

“Brain Power” Necessary To Transform Sarawak: Premier

/ 15/01/2023

The people of Sarawak must have the “brain power” to develop the State into an economic power like Singapore, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg said here last night. Singaporeans had the brain power to transform the island state into an economic power-house in the region though it did not have natural resources, the Premier said.

Masa Depan Sarawak Cerah - Uggah

/ 12/01/2023

Sarawak akan menempuhi masa depan lebih cerah dengan wujudnya kestabilan politik dan strategi pembangunan disusun oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pucuk kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau mengimbau kembali pada 2017, Premier Sarawak menyatakan visinya untuk membangun dan mengubah Sarawak menjadi negeri maju di Malaysia menjelang 2030.

Sarawak Perlu Mekanik Kenderaan Elektrik, Hidrogen

/ 11/01/2023

Sarawak memerlukan mekanik dan juruteknik automotif yang terlatih dalam membaik pulih kenderaan berteknologi baharu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antaranya membaik pulih kenderaan elektrik, hibrid dan hidrogen. “Kini dengan adanya kenderaan elektrik  dan kereta hidrogen, kita memerlukan mekanik yang mempunyai pengetahuan tentang teknologi baharu ini," katanya pada Majlis Konvokesyen Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Ke-7 di Santubong, di sini.

Projek ART Bakal Dilaksanakan Di Bintulu

/ 11/01/2023

Pelaksanaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) bakal turut dilaksanakan di Bintulu sekitar tahun 2025 dengan Kerajaan Sarawak kini memutuskan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut di sini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, sistem pengangkutan itu akan menghubungkan kawasan sekitar Bintulu, Tanjung Kidurong dan juga Samalaju.

Premier Sarawak Sempurnakan Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-7

/ 11/01/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan istiadat konvokesyen Centexs Ke-7 pagi ini tadi. Seramai 1,239 graduan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menerima sijil kemahiran mereka dalam Majlis Konvokesyen CENTEXS Ke-7 di sini pada Rabu. Daripada jumlah 1,239 itu, 34 adalah graduan universiti dan 937 adalah sekolah lepasan dari Akademi Industri (IA), bersama 45 graduan universiti dan 223 lepasan sekolah dari Akademi Digital.

Mulakan Projek Dalam Tempoh Sebulan Selepas Penyerahan Tapak

/ 09/01/2023

Kontraktor yang ditawarkan kontrak kerajaan dikehendaki melaksanakan projek berkenaan dalam tempoh sebulan selepas tarikh penyerahan tapak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jika gagal melaksanakannya, tindakan tegas termasuk menamatkan tawaran akan dipertimbangkan ke atas kontraktor berkenaan.

MA63 Jadi Keutamaan GPS - Fadillah

/ 07/01/2023

Gabungan Parti Sarawak (GPS) memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi keutamaan, sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negara. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, dalam masa sebulan, beberapa isu berhubung MA63 dapat diselesaikan. "Antaranya ialah membenarkan Sabah dan Sarawak mempunyai pengurusan secara langsung terhadap pelaksanaan mana-mana projek yang bernilai bawah RM50 juta dan ini bermakna 70 peratus daripada projek persekutuan akan diuruskan oleh negeri.

Dato’ Sri Fadillah Yusof Lawat MPB Cawangan Sibu

/ 06/01/2023

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Dato’ Sri Fadillah Yusof memulakan siri lawatan kerja rasminya di Sarawak ke Lembaga Lada Malaysia (MPB) cawangan Sibu pada Jumaat. Lawatan tersebut setara dengan misi merapatkan hubungan di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung. Dato’ Sri Fadillah diiringi kakitangan MPB meninjau pengoperasian premis dan keadaan fasiliti sambil mengambil maklum mengenai aktiviti yang dijalankan dalam menjamin kredibiliti dan keselamatan penghasilan produk lada.

Datuk Amar Douglas Tinjau Bulatan Lingkaran Luar Kuching-Samarahan

/ 05/01/2023

Masalah kesesakan trafik di laluan Kuching-Samarahan yang dihadapi pengguna jalan raya berikutan kerja-kerja naik taraf bulatan di laluan berkenaan turut mendapat perhatian Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Sehubungan itu, beliau telah melakukan tinjauan ke bulatan lingkaran luar Kuching-Samarahan bagi melihat sendiri keadaan di situ pada Khamis.

KKR Sambut Baik Pengumuman PM Tadbir Urus Projek Infra Sabah Sarawak

/ 05/01/2023

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan JKR Sabah sebagai Jabatan Teknik Kerajaan. Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, dengan pengiktirafan ini JKR Sabah dan Sarawak diberi kuasa mentadbir urus projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta.

Formula Jumlah Kenaikan Pemberian Khas Sarawak, Sabah Dimuktamad Februari

/ 04/01/2023

Kabinet bersetuju untuk menambahbaik peruntukan di dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan melibatkan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Fadillah Yusof berkata, formula dari segi jumlah kenaikan pemberian khas ini akan dimuktamad dalam mesyuarat yang akan dipengerusi Perdana Menteri di sini, Februari nanti. "Secara prinsip, jemaah menteri bersetuju mempertimbangkan penambahbaikan pemberian khas sedia ada kepada kedua-dua negeri itu," katanya menerusi Projek ART Bakal Dilaksanakan Di Bintulu.

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2023

/ 01/01/2023

Sekitar Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 yang berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya malam tadi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang turut menyertai sambutan Tahun Baru 2023 bersama seluruh rakyat Sarawak.

Dana Infrastruktur Diguna Secara Telus Demi Manfaat Rakyat

/ 01/01/2023

Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) berjaya mengurangkan projek sakit di negeri ini. Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 91 projek sakit direkod pada Julai 2022.