JANUARI 2024

Dr Wan Junaidi Dilantik TYT Sarawak Kelapan

/ 26/01/2024

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Bernama, Dr Wan Junaidi menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Inisiatif Ekonomi Digital Sarawak Diiktiraf Dunia

/ 25/01/2024

Anugerah Kerajaan Digital 2023 yang diterima Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) mengiktiraf peranan Sarawak dalam penggunaan infrastruktur dan teknologi digital seperti infrastruktur telekomunikasi dan hab inovasi untuk pembangunan ekonominya.

Sarawak Premier Urges The Business Community Adapt Green Economy Transition

/ 24/01/2024

The Premier of Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said  the state's commitment to a green economy, noting increased interest from financial institutions.

PPCC Urus Tenaga Secara Mampan

/ 22/01/2024

Jawatankuasa Perancangan dan Penyalarasan Tenaga (PPCC) mengadakan mesyuarat di Wisma Sumber Alam di sini pada 17 Januari lalu sejajar dengan komitmen dan strategi Kerajaan Sarawak membangun dan menguruskan tenaga secara mampan.

Lantikan TYT Baharu Kuasa Mutlak Yang Di-Pertuan Agong - Premier

/ 20/01/2024

Kuasa mutlak untuk melantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Demikian menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari  Tun Openg ketika diminta mengulas berhubung spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Projek Hidrogen Berjalan Lancar

/ 19/01/2024

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menzahirkan rasa puas hati dengan perkembangan projek hidrogen hijau yang dibangunkan di Kidurong, Bintulu. Beliau berkata, kerajaan akan memberi segala sokongan untuk membolehkan projek berkenaan berjalan lancar.

Premier Attends Dialog With Maybank, Fund Managers

/ 18/01/2024

The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg this afternoon attended a dialog with a delegation from Maybank Investment Bank and fund managers at leading hotel, here. The Premier fielded various questions on the economy at the half-hour session moderated by Anand Pathmakanthan, Regional Head of Research at Maybank Investment Banking Group.

Pendidikan, Sektor Perbankan Antara Dibincang Dialog Maybank Investment Bank

/ 18/01/2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengemukakan pelbagai persoalan melibatkan ekonomi semasa dialog bersama delegasi Maybank Investment Bank dan pengurus dana di sini, hari ini.

Peluang Pelaburan Sarawak, KUFPEC Dibincang

/ 18/01/2024

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada pengurusan Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC), hari ini. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengurus Negara, KUFPEC, Mohamad Al-Sabti berlangsung di Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan di sini.

Pemangku Raja Pahang Bersama Premier Sarawak Ke Majlis Jamuan Teh

/ 17/01/2024

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena lawatan rasmi Baginda ke Kuching pada Rabu.

Premier Hadiri Sesi Townhall

/ 14/01/2024

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Sesi Townhall Bersama Premier sempena ulang tahun ketujuh kepimpinannya di Hikmah Exchange, Kuching, pada Sabtu. Turut hadir bersama Premier adalah YABhg Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Sarawak Fokus Bangunkan Tenaga Hijau, Stabilkan Politik

/ 14/01/2024

Memberi tumpuan kepada rancangan peralihan tenaga hijau dan menstabilkan politik di peringkat nasional adalah antara yang dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak Hulurkan Sumbangan Pada Hero Kebakaran RPR Batu Kawa

/ 11/01/2024

Sumbangan RM50,000 daripada Premier Sarawak disampaikan kepada keluarga seorang hero yang menyelamat mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa di sini, tahun lalu. Mohamad Syafiq yang juga anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak cawangan Sarikei cedera parah ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam insiden di Lorong 16,  RPR Batu Kawa, di sini, Ogos tahun lalu.

Projek Jalan Pasi-Tanjung Manis Dijangka Siap September Depan

/ 09/01/2024

Pembinaan projek Jalan Pasi-Tanjung Manis dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini. Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, projek berharga RM321 juta itu dibiayai Kerajaan Sarawak.

Transformasi Digital Untuk Manfaat Rakyat

/ 08/01/2024

Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai hala tuju jelas dalam agenda transformasi digital. Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ia susulan Kerajaan Sarawak mempunyai pelbagai rancangan yang memanfaatkan rakyatnya supaya tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi dan digitalisasi masa kini.

Pelabuhan Bintulu Diserah Semula Kepada Sarawak Jun Ini

/ 08/01/2024

Kesepakatan dicapai bagi memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak pada Jun depan. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan - Negeri yang  diadakan di sini, hari ini.

Rakyat Perlu Rujuk JTS Status Pemilik Tanah

/ 06/01/2024

Rakyat disaran sentiasa merujuk Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) dalam pembelian tanah mengenai status pemilikan tanah bagi mengelak ditipu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, Sarawak kini menghadapi masalah apabila terdapat rakyat yang ditipu pihak tidak bertanggungjawab mengenai pembelian tanah yang merupakan tanah milik kerajaan.

Lawatan Kerja Premier Sarawak Ke Projek Penempatan Sungai Bedaun

/ 06/01/2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Penempatan Sungai Bedaun, Jalan Sultan Tengah di sini, hari ini.

Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Dari Universiti Teknologi Mara (UITM)

/ 04/01/2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg terima kunjungan hormat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose di di pejabatnya, hari ini.

Johor Pelajari Kejayaan Sarawak Bangunkan Infrastruktur

/ 03/01/2024

Sarawak sentiasa menerokai dan mengguna pakai teknologi dan sistem terbaharu dalam membangunkan infrastruktur lebih baik, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, untuk itu Sarawak bersedia belajar daripada Johor yang banyak mencapai kemajuan dalam pembangunan infrastruktur.

2024 A Great Start For Sarawak

/ 02/01/2024

Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg gave the impression that 2024 will be a great start for Sarawak. According to him, thanks to the efforts of the Sarawak Government which always focuses and focuses on the responsibilities assumed, the state’s economy is always stable and income is increasing.

Lawatan Ke Dataran Ibupertiwi Dan Tapak Tiang Bendera Ibupertiwi

/ 01/01/2024

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abg Johari bin Tun Abg Openg telah mengadakan lawatan ke Dataran dan Tapak Tiang Bendera Ibupertiwi bagi melihat lebih dekat struktur dan konsep Dataran dan Tiang Bendera Ibupertiwi setinggi 99meter tertinggi di Asia Tenggara yang telah disahkan oleh Malaysia Book of Record ( MBOR )

Bendera Sarawak Dinamakan ‘Ibu Pertiwi’

/ 01/01/2024

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengumumkan nama bendera Sarawak sebagai ‘Ibu Pertiwi’ dan tiang bendera yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sebagai tiang bendera Ibu Pertiwi. Beliau mengumumkan nama bendera dan tiang bendera tersebut semasa Majlis Sambutan Ambang 2024 yang bertempat di Kuching Waterfront, disini.

GPS Sifatkan Langkah Dubai Buang Masa, Terkejut Nama Dikaitkan - Abang Johari

/ 01/01/2024

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui Langkah Dubai sebagai tindakan membuang masa. "Buang masa yang itu, setahun (sudah penubuhan Kerajaan Perpaduan)," menurut Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.