SEBUYAU / 29/07/2021
Kerajaan Sarawak sedia maklum berkenaan isu capaian internet di kawasan luar bandar dan pedalaman yang kini bertambah signifikan susulan pandemik COVID-19 dan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh yang demikian, menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi, Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Sarawak State Modernisation Unit (SSMU) telah mengambil pelbagai langkah responsif untuk menangani masalah tersebut. Selain itu, MySRBN yang diterajui SDEC juga merupakan salah satu inisiatif untuk memperluaskan liputan jalur lebar sehingga 5km keluasan dengan menggunakan teknologi Fixed Wireless Access (FWA).
KUCHING / 28/07/2021
Petroleum Sarawak Exploration and Production Sdn Bhd (“PSEP”) – wholly owned subsidiary of Petroleum Sarawak Berhad (“PETROS”), together with Sarawak Shell Berhad (“SSB”) and PETRONAS Carigali Sdn. Bhd (“PCSB”) have been awarded the SK437 Production Sharing Contract (“PSC”), off the coast of Sarawak, offshore Malaysia. The participating interests of SSB, PSEP and PCSB are 85%, 7.5% and 7.5% respectively, with SSB being the operator of the PSC. Block SK437, measuring 2,015 square kilometres in size and in water depths of up to 50 metres, is located toward the southwest of the prolific Central Luconia province, off the coast of Sarawak, offshore Malaysia.
KUCHING / 27/07/2021
Tiga perkara perlu diberi perhatian sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 kelak. Malah ia adalah berdasarkan keputusan penilaian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg berkata, perkara pertama ialah mengambil kira keadaan situasi semasa pandemik COVID-19 di negeri ini amnya. Manakala kedua katanya, SPR perlu memuktamadkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengadakan PRN Ke-12 dan ketiga kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengutamakan keselamatan serta kesihatan rakyat daripada ancaman COVID-19.
KUCHING / 27/07/2021
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi tadi telah merasmikan pelancaran Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu ( OUCCI) di sebuah hotel di sini. Dalam sidang media setelah selesai majlis tersebut Datuk Patinggi Abang Haji Zohari menyatakan keyakinan OUCCI akan menyadi platform penting untuk masyarakat Orang Ulu mengemblengkan daya keusahawanan mereka supaya mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam program pembangunan negeri ini, khususnya pada era selepas Covid-19. Dalam ucapan perasmian terdahulu beliau berkata kawasan yang didiami oleh masyarakat Orang Ulu, terutamanya kawasan tanah tinggi di Ulu Baram dan Bario dan tasik empangan hidro seperti di Bakun mempunyai potensi besar dari segi sektor pertanian dan pelancongan.
KUCHING / 26/07/2021
Pagi tadi telah diadakan majlis perasmian Sarawak Research Development Council (SRDC) dan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit atau Sarawak Infectious Disease Center (SIDC) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak. Pusat yang mempunyai makmal Biosafety Level 3 bakal dibina di tapak kekal di Kota Samarahan bersebelahan Kampus UNIMAS dan seterusnya memberi tumpuan kepada penghasilan ubatan serta kaedah rawatan baru menggunakan teknologi terkini yang boleh digunakan untuk mengawal, menjangka dan mengurangkan penyakit berjangkit dengan lebih berkesan.
MIRI / 26/07/2021
Kesemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di Daerah Miri kini dibenarkan untuk memberi suntikan vaksin secara ‘walk in’ kepada orang ramai. Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat JPBB Miri “Vaksin Secara Walk-In di 3 PPV Awam bagi Daerah Miri & Pencapaian PICK Bahagian Miri” pada Ahad. “Pengambilan vaksin secara walk-in membabitkan tiga buah PPV awam iaitu PPV Dewan Eastwood, PPV Universiti Curtin dan PPV Dato’ Lee Teck Fook (Riam Road Secondary School) dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
KUCHING / 23/07/2021
Hari Sarawak akan terus menjadi titik permulaan bagi memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan budaya hormat-menghormati antara rakyat pelbagai bangsa, keturunan dan agama di negeri ini. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, hari ini genap 58 tahun pentadbiran negeri berada dalam tangan anak Sarawak sendiri. Menurutnya, banyak yang sudah dicapai, namun banyak yang masih perlu dilakukan untuk mencapai impian ke arah menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi. “Saya amat yakin kita boleh mencapai impian ini menjelang 2030 jika kita semua berusaha dengan gigih dan memberi sepenuhnya tumpuan kepada matlamat kita untuk menjadi ekonomi yang maju dalam masa sembilan tahun lagi mengikut acuan kita sendiri.
KUCHING / 22/07/2021
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memberi perhatian kepada dasar berpandangan jauh bagi memastikan kejayaan ekonomi di negeri ini pada masa hadapan. Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keutamaan kerajaan buat masa ini ialah menetapkan dasar langkah jangka panjang bagi memerangi penularan jangkitan Covid-19 dengan mempercepatkan program pemberian vaksin kepada rakyat. Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hanyalah sebahagian dari langkah jangka pendek dengan kesan yang tidak kekal. "Alhamdullilah, menerusi program pemberian vaksin yang mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, lebih 70 peratus rakyat Sarawak sudah menerima vaksin dos pertama dan lebih 40 peratus pula sudah menerima dos kedua setakat ini," katanya ketika merasmikan Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2021 di sini, hari ini.
KUCHING / 22/07/2021
Kerajaan Sarawak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif, program dan projek yang telah dirancang. Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata, pelancaran Strategi Pelan Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 akan menyaksikan rakyat Sarawak mengalami pembangunan pesat sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat dengan lebih banyak akses kepada peluang ekonomi. Menurut beliau, sektor perkhidmatan awam Sarawak amat komited untuk mempermudah pelaksanaan rancangan dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada Kerajaan negeri, sektor swasta dan rakyat.
KUCHING / 22/07/2021
Kerajaan Sarawak terus melakukan perancangan pelan dan strategi untuk menjadi negeri maju menjelang 2030 walaupun masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Ke arah itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah melancarkan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS) bersempena dengan sambutan Hari Sarawak 2021 di Kuching pada Khamis. Menurutnya, fasa pertama PCDS 2030 akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bermula tahun ini hingga 2025. “Sasaran di bawah RMK-12 dan PCDS 2021-2030 adalah untuk perkembangan ekonomi dengan purata enam hingga lapan peratus setahun.
KUCHING / 21/07/2021
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada semua Anak Sarawak di mana sahaja saudara dan saudari berada. Pada tahun ini seperti pada tahun lepas kita tidak merayakan Hari Sarawak dalam skala yang besar oleh kerana pandemik COVID-19. Namun, saya percaya kekangan yang dihadapi tidak melunturkan semangat kita sebagai Anak Sarawak untuk memperingati peristiwa yang amat penting dalam lipatan sejarah Negeri Sarawak setelah berada lebih 100 tahun dalam tangan kuasa asing bermula dari pemerintah keluarga Brooke. Pada tanggal 22 Julai 1963, rakyat Sarawak diberi kuasa oleh pihak koloni British untuk mentadbir negeri sendiri atau kuasa “self-rule”. Bendera Union Jack telah diturunkan dan Gabenor British terakhir, iaitu Sir Alexander Waddell kemudian berundur meninggalkan bumi Sarawak.
MIRI / 18/07/2021
Kerajaan Sarawak telah menetapkan program pemberian vaksin sebagai dasar utama untuk menangani pandemik Covid-19 di Sarawak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di sini semalam. Program-program lain seperti penguatkuasaan PKP hanya tindakan bersifat sementara, jelas beliau dalam sidang media di Curtin University pada penghujung lawatan beliau ke beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Miri. Beliau menyatakan mengikut pandangan para pakar kesihatan Covid-19 hanya mampu ditangani dengan berkesan melalui suntikan vaksin.
MIRI / 15/07/2021
Kerajaan Sarawak telah mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) sebagai sebahagian daripada usaha mempercepatkan vaksinasi COVID-19 dalam sektor perindustrian termasuk minyak dan gas sekaligus mencapai Imuniti Kelompok menjelang Ogos ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata sehingga kini sebanyak 236 syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) membabitkan 43,050 pekerja di sektor pembuatan telah terlibat dalam Program Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).
PADAWAN / 13/07/2021
Keputusan Sarawak untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilakukan secara profesional oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, keputusan itu tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya dan bukan keputusan yang tergesa-gesa. “Keputusan adalah tertakluk kepada nilai ambang ataupun tiga indikator utama iaitu keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, kadar penggunaan katil di wad ICU dan peratusan populasi Sarawak yang telah divaksin. “Dalam ketiga-tiga indikator tersebut, kita layak kerana dari segi bilangan kita pun layak, dari segi kemudahan perubatan kita telah dinilai supaya kita juga memenuhi syarat itu dan dari segi vaksinansi kita telah dapat 27 peratus. Nilai ambang cuma memerlukan 10 peratus.
KUCHING / 13/07/2021
Suatu sesi libat urus dan perbincangan secara maya telah diadakan antara Kementerian Kewangan Malaysia dengan para pemimpin kerajaan GPS Sarawak mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) lewat petang tadi dengan tujuan untuk memperkukuhkan keberkesanan PPN. Sesi satu jam tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Penyelaras PPN. Pihak Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar James Jemut Masing (Presiden PRS) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian (Pengerusi SUPP) dan Menteri Muda, Datuk Dr. Penguang Manggil, mewakili Presiden PDP.
KUCHING / 12/07/2021
Kerajaan Sarawak melalui Rumah Sarawak Kuala Lumpur (RSKL) dan Sarawak Volunteers (SV) bersedia membantu anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung, Sabah dan Labuan yang berdepan masalah dan kesulitan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19. Penaung SV yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato’ Sri Fadillah Yusof dalam kenyataan media pada Ahad berkata, Kerajaan Sarawak dan Ahli-Ahli Parlimen GPS telah mewujudkan Pusat Operasi Bantuan di Rumah Sarawak Kuala Lumpur sejak dari awal perlaksanaan PKP bagi membantu warga Sarawak yang memerlukan bantuan.
KUCHING / 10/07/2021
Menteri Kanan Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bakul Makanan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Parlimen Petra Jaya pada Sabtu. Simbolik penyampaian bantuan bakul makanan program PEMULIH tersebut bermula di Kampung Sungai Bedil Besar untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, kemudiannya beliau ke Kampung Gita Baru untuk pemyampaian bagi kawasan DUN Tupong dan Dewan Serbaguna Kampung Kudei Lama untuk kawasan Satok. Ditemui media selepas majlis penyampaian tersebut, Dato’ Sri Fadillah memberitahu, memberitahu seramai 5,000 ketua isi rumah (KIR) daripada golongan sasar dalam kawasan Parlimen Petra Jaya mendapat manfaat daripada program bakul makanan tersebut.
KUCHING / 10/07/2021
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mencapai kata sepakat akan terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ini bukanlah masa untuk berpolitik yang boleh menggugat kestabilan negara. Sebaliknya, Pengerusi GPS itu menegaskan semua rakyat Malaysia ketika ini perlu bersatu dan bersama untuk menangani krisis pandemik Covid-19. “Ini bukanlah masa untuk berpolitik yang boleh menggugat kestabilan negara. Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia bersatu untuk menangani krisis pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya di sini pada Sabtu.
SPAOH / 08/07/2021
Sarawak tidak lagi menggunakan istilah ‘imuniti kelompok’ tetapi memfokuskan usaha memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada 2.2 juta rakyatnya. Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sehingga Selasa, seramai 1,612,639 rakyat negeri ini telah mendapatkan vaksin. “Daripada jumlah tersebut 1,254,639 atau 61.4 peratus telah mendapatkan vaksin dos pertama manakala 357, 574 atau 17.5 peratus telah melengkapkan dos kedua. “Jadi kita tidak lagi bercakap tentang imuniti kelompok dan kini fokus kepada usaha memvaksin 2.2 juta rakyat yang layak,” katanya,” katanya.
LAWAS / 08/07/2021
Sebanyak tujuh Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kos sebanyak RM1.05 juta akan dilaksanakan di Ulu Merapok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari. Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukt Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Projek RTP itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau juga menyerahkan surat kelulusan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada tiga buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu JKKK Kampung Tanah Sibagol, JKKK Kampung Bukit Manang dan Kampung Long Merambai dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Kampung Sasa, Merapok pada Selasa.
KUCHING / 08/07/2021
Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Mydin Petra Jaya Vista Tunku mula beroperasi sejak Rabu dan mensasarkan untuk menyuntik dos pertama kepada seramai 1,000 orang dalam masa satu hari. Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, PPVIN itu dijangka akan memberikan vaksin kepada kira-kira 3,000 orang bermula dari Rabu hingga Sabtu ini. “Program pemberian vaksin ini merupakan usaha kita untuk mempercepatkan dan melancarkan program vaksinasi di negeri Sarawak. “Jadi, saya bersyukur dan menghargai inisiatif yang diadakan oleh agensi yang terlibat membantu Kerajaan Negeri,” katanya.
LAWAS / 07/07/2021
Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Bukit Sari ada menubuhkan Biro Pendidikan bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan dan penerangan mengenai keperluan pendidikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini penting untuk memastikan mereka mendapat pendidikan tinggi dan berminat meningkatkan kemahiran. “Kita cuba untuk membantu anak-anak yang ingin terlibat dalam pendidikan berteraskan kemahiran misalnya mempelajari latihan dan institusi kemahiran seperti vokasional atau CENTEXS.
LUNDU / 06/07/2021
Seramai 76 peratus penduduk di daerah Lundu sudah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 dan seramai 35 peratus lagi telah lengkap divaksinasi dos kedua menjadikan daerah Lundu adalah antara daerah yang terpantas dalam program vaksinasi. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memuji kerjasama erat di kalangan petugas barisan hadapan terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia bersama petugas dari agensi lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Lundu.
KUCHING / 05/07/2021
YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg telah menerima sumbangan bernilai RM2 JUTA daripada *Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA)* untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia tengahari ini tadi. Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Haji Hussain menyerahkan cek berkenaan kepada Datuk Patinggi Abang Jo bagi membantu Kerajaan Sarawak dalam menguruskan pandemik Covid-19. Hadir sama adalah Pengurus Besar LCDA, Monaliza Zaidel.
KUCHING / 01/07/2021
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi bayangan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat. Jelas Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu tumpuan kerajaan negeri ketika ini terarah kepada usaha menyelamatkan nyawa rakyat dengan mempergiatkan program vaksinasi COVID-19. “Musim ini tiada pilihan raya, sebaliknya kita fokus kepada vaksin. “Yang penting rakyat selamat, kita tidak fokus pilihan raya, rakyat diutamakan” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid Di Dewan MAJMA di Kuching pada Khamis. Kenyataan Abang Johari itu sebagai reaksi kepada soalan mengenai kemungkinan PRN-12 akan diadakan selepas sasaran 80 peratus imuniti kelompok dicapai pada Ogos nanti.