KUALA LUMPUR / 28/07/2022
Status kemajuan fasa pertama projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) melibatkan jajaran dari Lawas ke persimpangan Long Lopeng sepanjang 77 kilometer (km) dengan kos RM1.3 bilion setakat ini ialah 2.3 peratus berbanding 3.7 peratus mengikut jadual. Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, projek SSLR sebenarnya melibatkan pembinaan jalan sepanjang 403 km dari Mulu ke Kampung Gelugos dan akan menghubungkan Sarawak dengan Sabah tanpa melalui negara Brunei.
KUALA LUMPUR / 27/07/2022
Kerajaan kini sedang meneliti kaedah dan model penyenggaraan bersama Agensi Pusat dengan mengambil kira skop, kos dan Level Of Service (LOS) penyenggaraan yang bersesuaian bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB). Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, proses penelitian tersebut dijangka dimuktamadkan sebelum tempoh Defect Liability Period (DLP) tamat pada tahun 2025.
TESSENDERLO / 27/07/2022
Sarawak on Tuesday inked an MOU with a Belgium-based global supplier of micro-electronic semiconductor solutions paving the way for collaboration in integrated chips (IC) design for chips produced in Sarawak. The MOU signing between the Ministry of Education and Innovation and Talent Development (MEITD) and Melexis Technology was witnessed by Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg who arrived here yesterday afternoon on a weeklong working visit to Europe and the UK.
ANTWERP / 27/07/2022
Kerajaan Sarawak sedang membuat kajian untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam baharu bagi kawasan selatan Sarawak dengan termeterainya Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Pelabuhan Antwerp-Bruges dan pihak swasta dari Sarawak pada Selasa di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg telah menyaksikan majlis menandatangani MOU tersebut bagi cadangan membangunkan Pelabuhan Tanjung Embang di muara Sg. Sarawak dekat Kuching secara kerjasama antara Pelabuhan Antwerp dan Hubline Bhd.
KUCHING / 25/07/2022
Terdapat percanggahan data dalam sistem permohonan eKasih berikutan jumlah itu tidak menggambarkan keadaan sebenar di negeri ini. Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Azizul Annuar Adenan yang mewakili sayap pemuda itu berkata demikian bagi mengulas laporan lebih 97,000 isi rumah di Sarawak hidup dalam kemiskinan. Menurut Azizul, pada hakikatnya terdapat banyak kawasan luar bandar termasuk dalam kategori tersebut.
SIBU / 24/07/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hadir ke Majlis Penutupan Pesta Kebudayaan Borneo 2022 bertempat di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Fasa 1, Sibu malam ini tadi. Ketika berucap malam ini tadi, Abang Johari berkata perpaduan yang utuh serta sikap saling hormat menghormati dalam kalangan penduduk menjadikan budaya Sarawak begitu unik dan dicontohi oleh negeri-negeri lain.
KUCHING / 23/07/2022
Sarawak berkongsi maklumat inisiatif pengiktirafan Tapak Warisan Dunia dan Global Geoparknya dengan Jabatan Perancangan Bandar New York di Amerika Syarikat. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkongsi maklumat itu ketika mengetuai rombongan lawatan rasmi ke New York. Turut diadakan taklimat serta perbincangan teknikal dengan jabatan terbabit Khamis lalu.
SIBU / 23/07/2022
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg bersama anaknya, Dayang Norjihan meluangkan masa bersarapan di Pasar Sentral Sibu pagi ini. Seawal jam 8.15 pagi itu, beliau beramah mesra dan menyantuni peniaga-peniaga di pusat perniagaan tersebut, sekali gus menikmati pelbagai juadah istimewa Sibu seperti pulut panggang, kuih lenggang , mee kampua dan sebagainya.
SIBU / 23/07/2022
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada orang-orang Sibu yang menjadi tuan rumah kepada Sambutan Perayaan Hari Sarawak pada tahun ini ketika Sarawak berada pada transisi ke fasa endemik COVID-19. 2. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran dif-dif kehormat dan hadirin sekalian yang telah menyahut undangan untuk hadir pada majlis yang begitu ceria lagi penuh dengan makna sempena sambutan memperingati Hari Sarawak pada 22 Julai. Selamat menyambut Hari Sarawak 2022 kepada semua yang hadir dan kepada seluruh rakyat Sarawak.
BANGI / 20/07/2022
Collaboration in the field of research and development (R&D) is the key to unlock the potentials of Sarawak’s vast resources to uplift its economy, the Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg said here today. The country, Sarawak in particular, still had the space and untapped resources that could generate tremendous value down the value chain if duly studied and developed commercially, he said in his speech in conjunction with his visit to the Petronas’ research facility and signing of collaborative agreement with the national oil company, here today.
KUALA LUMPUR / 19/07/2022
Sesi perjumpaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur malam ini. Perjumpaan tersebut merupakan rutin biasa GPS setiap kali persidangan Parlimen.
GEDONG / 16/07/2022
Premier Sarawak merangkap ADUN N26 Gedong, YAB Datuk Patinggi Abang Johari bin Tun Abg Openg merakamkan terima kasih diatas penganjuran program peringkat Negeri Sarawak iaitu, Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan dan Jualan Terus dari Ladang Keluarga Malaysia di Daerah Gedong. Program serentak tersebut bermula dari 16 hingga 18 Julai 2022 bertempat di Dewan Datuk Patinggi Ali yang dianjur bersama Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK ) dan Lembaga Pemasaraan Pertanian Persekutuan ( FAMA ) dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat Daerah Gedong dan sekitarnya.
SAN DIEGO / 15/07/2022
Sarawak sekali lagi mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa apabila Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memenangi Anugerah Pencapaian Khas dalam GIS (SAG) dalam Persidangan Pengguna ESRI 2022 bertempat di San Diego, California, Amerika Syarikat. Projek Electronic Land And Survey Information System (eLASIS) dan Mobile LASIS telah dipilih untuk menerima anugerah berprestij berkenaan daripada lebih 100,000 projek yang lain.
KUCHING / 14/07/2022
Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menubuhkan empat biro untuk memantapkan lagi jentera parti di samping bekerja dalam satu pasukan dengan badan induk dan Pergerakan Pemuda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)akan datang. Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain itu berdasarkan pengalaman lalu, Pergerakan Wanita turut menubuhkan 13 zon (dahulu 11 zon) merangkumi semua cawangan parti bagi memudahkan urusan berkaitan penganjuran program fokus kepada rakyat.
KUCHING / 13/07/2022
Kerajaan Sarawak terus komited untuk meningkatkan penghasilan pengeluaran makanan bagi menangani isu keselamatan makanan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendedahkan populasi dunia mengalami peningkatan pada tahun ini.
KUCHING / 12/07/2022
A very warm welcome to you all today to the ASEAN Australian Engineering Congress (AAEC) 2022. AAEC2022 is now taking place in a hybrid mode, after being postponed due to Covid-19. 1.2 AAEC2022 is also supported by the Sarawak state government, the Australian Trade Commission (Austrade) and a number of engineering institutions and companies. 1.3 I understand that the inaugural AAEC was held in Kuching, Sarawak back in 2011, under the theme of ‘Engineering for Sustainability’.
GEDONG / 10/07/2022
Premier Sarawak merangkap ADUN N26 Gedong telah hadir bagi menyerahkan sumbangan peribadi sebanyak 9 ekor lembu untuk diqurbankan sempena Hari Raya Haji bertempat di Masjid Al-Kawathir, Gedong. Selain penyerahan lembu, beliau juga menyampai daging lembu kepada 23 buah kawasan di bawah DUN 26 Gedong yang diwakili oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta Pengerusi Masjid dan Surau.
GEDONG / 10/07/2022
Satu Perjanjian Malaysia baharu tidak wajar dibuat kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedia ada sudah merupakan asas kepada pembentukan negara Malaysia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, sekiranya MA63 dibatalkan akibat kewujudan perjanjian baharu, maka pembentukan negara ini akan dipersoalkan. “MA63 merupakan perjanjian asas yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu dalam penubuhan Malaysia.
SINGAPORE / 07/07/2022
Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg who is leading a study visit to Singapore this afternoon paid a courtesy call on Prime Minister Lee Hsien Loong at his office in the Istana at Orchard Road, here. The courtesy call is part of the Premier’s itinerary here to gain insights into the operation and management of Singapore’s sovereign wealth fund and foster stronger economic co-operation between the island republic and Sarawak.
SINGAPORE / 06/07/2022
A high-level delegation from the government of Sarawak, now in Singapore on a five-day study visit this morning met with officials of the Government of Singapore Investment Corporation (GIC) at its head office in Capital Tower, here. The Sarawak delegation, led by the Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg was briefed on the operation, governance structure, investment strategies and policy framework of the Singapore government’s investment arm.
KUCHING / 05/07/2022
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menghadiri majlis perasmian Persidangan Ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) Kawasan Asia Tenggara Dan Timur Jauh di Hotel Grand Margherita di sini pagi tadi. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah menyempurnakan gimik perasmian persidangan tersebut yang berlangsung dari 4 hingga 6 Julai 2022.
LAWAS / 05/07/2022
Ketelusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kecekapan pengurusan tanah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berangkat ke San Diego, Amerika Syarikat bagi menerima anugerah Geoinnovation Awards (GIS) pada 11 Julai ini.
KUALA LUMPUR / 03/07/2022
Sarawak sekali lagi mencipta sejarah apabila beras dari Kampung Lubuk Punggor di Gedong, Simunjan dieksport ke Semenanjung Malaysia dan dipasarkan di bawah jenama ‘Kenyalang BIRIS Rice’ di Pasaraya Lalaport Mall di Kuala Lumpur. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, inisiatif sedemikian antara strategi untuk memulakan langkah menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi menjelang 2030 bagi memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa.
SIBU / 02/07/2022
Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibujaya di sini malam ini. Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan bandar ini berdasarkan konsep yang dipraktikkan di Amsterdam, Belanda, sekaligus menjadi ‘bandar kembar’ kepada ibu negara Eropah itu. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan baharu yang dirancang termasuklah untuk menangani kawasan berisiko banjir, Bukit Assek dengan membina terusan air.