KUCHING / 26/07/2023
Syarikat Latrobe magnesium Group dari Australia memilih Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak bagi membina kilang magnesium pelepasan rendah karbon. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dimaklumkan keputusan itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, David Peterson yang mengadakan kunjungan hormat kepadanya di sini, hari ini.
KUCHING / 26/07/2023
Agensi Pembangunan Tanahtinggi (HDA) akan memfokus pembangunan infrastruktur utama seperti jalan raya dan jambatan yang sangat diperlukan oleh penduduk di kawasan Baram. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini HDA telah mengenal pasti 29 projek berkenaan di samping 19 projek bekalan air dan dua projek belalan tenaga.
GEDONG / 23/07/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memperuntuk dana khas RM15 juta untuk pembinaan bangunan baharu sekolah dan penambahbaikan landskap Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong. "Ini adalah dana khas dan anggaran saya dengan Datuk Mohd Naroden Majais tadi lebih kurang RM15 juta kerana untuk membina blok baru dan juga lanskap sekolah. Seperti membina sekolah baru," kata beliau.
KUCHING / 22/07/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis penganugerahan pingat Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka hari ini. Seramai 51 penerima dianugerahkan pingat Peringatan Jubli Intan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka, hari ini yang berlangsung di Hotel Waterfront Kuching. Terdahulu, majlis dimulakan dengan penganugerahan pingat Pemacu Peringatan Terbilang Jubli Intan kepada lima penerima.
KUCHING / 22/07/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Perdana Sempena Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka bertempat di Masjid Jamek Petra Jaya malam ini tadi. Premier turut bersama jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, dan kemudiannya diikuti ceramah ringkas yang bertajuk "Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan" yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Sarawak , Datu Haji Kipli bin Haji Yassin.
KUCHING / 21/07/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengajak rakyat di negeri ini supaya bersama-sama membina Sarawak yang harmoni, maju dan makmur sejajar dengan semangat ‘Sejulai Sejalai’. Beliau berkata, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menentukan hala tuju yang jelas ke arah mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 melalui strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).
KUCHING / 20/07/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar di antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan pada petang Khamis. Majlis menandatangani MoU tersebut dilakukan di antara Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mewakili Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mewakili Kerajaan Sarawak.
MIRI / 18/07/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menghadiri Majlis Pelancaran Kapal Peronda Kelas Laju Pulau Sarawak Coast Guard dan Perasmian Markas Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Miri hari ini. Terdahulu, Abang Johari melancarkan enam (6) Kapal Peronda Laju Kelas Pulau Sarawak Coastguard dan merasmikan Markas UKPS Miri yang terletak di Krokop di sini.
KUCHING / 16/07/2023
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg menghadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi GPS bertempat di BCCK malam tadi. Turut hadir adalah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta dif-dif kehormat lain.
BINTULU / 15/07/2023
Bintulu Development Authority (BDA) is poised to become the primary driver of the green economy with the implementation of the Strategic Plan 2024-2030 Towards a Low-Carbon Industry Hub in Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, announced that Bintulu will emerge as the main producer of renewable energy, particularly hydrogen, and will export this energy source to other countries by 2027.
KUCHING / 15/07/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Serian tengahari ini tadi. Beliau yang memulakan perjalanan dari Serian Conference Centre (SCC) kira - kira pada jam 1.00 petang kemudiannya singgah perkarangan Siburan New Township bagi meluangkan masa bersama komuniti di Siburan sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Beli Belah Summer Mall, Kota Samarahan.
BRUNEI / 15/07/2023
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pagi tadi menerima Bintang Darjah Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam. Bintang Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (PSLJ) itu membawa gelaran Dato Paduka Seri Laila Jasa.
KUALA LUMPUR / 11/07/2023
Yang Amat Berhormat, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, berada di Ibu Negara Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, semalam. Majlis di Pengerusikan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar bin Ibrahim, di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC).
KUCHING / 10/07/2023
Sarawak merekodkan jumlah perdagangan RM217.2 bilion tahun lalu berbanding RM150.9 bilion pada 2021, menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Katanya, lebihan dagangan Sarawak meningkat kepada RM88.2 bilion tahun lalu berbanding RM52.7 bilion (2021). “Rakan dagangan utama bagi Sarawak pada 2022 ialah Jepun, China, Semenanjung Malaysia, Korea Selatan, India, Australia dan Singapura," katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Makan Tengahari anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Besar Cina Kuching (KCGCCI) hari ini.
KUCHING / 10/07/2023
Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg received a courtesy call from Sarawak Forestry Corporation (SFC) and The Reef Ball Foundation of USA at his office Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya today. The visit which led by Zolkipli Mohamad Aton, CEO of SFC, aimed to recognize the Sarawak Reef Ball Project, an initiative driven by the Sarawak Government, for its outstanding achievement as the longest artificialreef project in the world.
KUCHING / 09/07/2023
About 70 young entepreneurs this morning attended a dialogue with Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg. The event that provided a platform for the Premier to engage with young members of the business community was jointly organised by Dayak Daily, Pewarta (media freelancers) with the support of Sarawak government.
KUCHING / 09/07/2023
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg lauded the remarkable achievement of Sarawak, as the state's income for the previous year exceeded expectations, reaching a historical record of RM10 billion, nearly RM12 billion. This outstanding milestone has attracted the attention of economic experts who have monitored the state's progress over the past six years, as well as the prestigious World Bank. Just two days ago, the World Bank officially recognized Sarawak as a high-income state, surpassing its 2030 target.
KUCHING / 08/07/2023
The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, has outlined Sarawak's ambitious target for economic transformation by the year 2030. Drawing inspiration from successful economic transformations in other countries, he highlighted the importance of learning from history and adopting effective strategies for progress.
KUCHING / 06/07/2023
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menerima kunjungan hormat daripada Development Bank of Sarawak (DBOS) diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching. Turut serta mengiringi adalah Lembaga Pengarah DBOS, Datu Haji Abang Halmi bin Ikhwan, Dato Ir. Christopher Adrian, En. Peter Chin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datu Laura Lee Ngien Hion.
KUCHING / 06/07/2023
Sarawak kini telah mencapai status negeri berpendapatan tinggi di Malaysia, menurut ciapan Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi di Twitter. Ciapan itu menunjukkan Sarawak kini telah melepasi Ambang Pendapatan Tinggi 2022 dengan melebihi USD13,205 Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita. Data itu turut menunjukkan Sarawak tergolong dalam kategori negeri berpendapatan tinggi di Malaysia bersama Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan WP Kuala Lumpur.
LAWAS / 06/07/2023
Anjung Usahawan Lawas yang pertama berharga RM2.7 juta diwujudkan di Kampung Ladang Baru di sini. Bangunan itu mula dibina agensi pelaksana Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) pada 4 Mac 2021 dan siap sepenuhnya 20 April lalu. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan bangunan terbabit.
KUCHING / 06/07/2023
Acara perhimpunan dan perarakan menjadi kemuncak Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka, di sini pada 22 Julai ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 60 kontinjen akan menyertai acara terbabit yang bermula jam 8 pagi. "Kira-kira 3,900 peserta menyertai perarakan itu,” katanya pada sidang media di Bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya, di sini.
KUCHING / 06/07/2023
Lembaga Amanah Unit Agama-agama Lain (UNIFOR) merancang untuk memperluaskan programnya kepada sosioekonomi tidak lama lagi, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Uggah yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR berkata, untuk menjayakan program itu, UNIFOR memerlukan dana.
BARAM / 04/07/2023
Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meluluskan peruntukan sebanyak RM2.25 juta untuk membina semula 45 pintu rumah panjang masyarakat Penan di Kampung Long Leng di sini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rumah panjang terbabit perlu dbina semula memandangkan strukturnya yang terlalu usang.