JUN 2021

64 Peratus Warga Sibu Sudah Diberi Vaksin Dos Pertama

/ 30/06/2021

Setakat semalam lebih daripada 60 % warga Bahagian Sibu sudah menerima suntikan vaksin dos pertama, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg. Sejumlah 149,743 orang sudah diberi suntikan dos pertama atau 64.4 % daripada 232,528 rakyat di sekitar Bahagian Sibu yang layak menerima vaksin, jelas Datuk Patinggi Abang Haji Zohari kepada wartawan pada sidang media sempena lawatan singkat beliau ke sini hari ini. Datuk Patinggi Abang Zohari dan rombongan telah dibawa melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bertempat di Kampus UCTS di mana mereka telah diberi taklimat mengenai keadaan semasa COVID-19 dan program pemberian vaksin bagi Bahagian Sibu. Ahli rombongan beliau termasuk Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

Lebih 13,000 KIR Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Termasuk Di Luar Kawasan

/ 30/06/2021

Proses pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir diteruskan di bandaraya Miri. Bantuan makanan ini diagihkan kepada pengundi DUN Lambir yang berada di luar kawasan iaitu di Bandaraya Miri seperti di Pujut, Piasau dan Senadin pada Selasa. Agihan dibuat menerusi PBB Cawangan Pujut dan Piasau. Sehingga kini, lebih 13,000 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan tersebut bagi kawasan DUN Lambir yang diagihkan secara berperingkat melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), tuai-tuai rumah, Cawangan-cawangan PBB dan dari rumah ke rumah.  -EDISI UKAS

Jalan Raya Kampung Pantu Plaie Siap

/ 30/06/2021

Penambahbaikan kemudahan infrastruktur asas untuk rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak. Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan kerja ke Kampung Pantu Plaie bagi meninjau perkembangan di kampung berkenaan, baru-baru ini. Menerusi laman media Facebook beliau, Julaihi menzahirkan rasa bersyukur dan gembira apabila melihat kemudahan jalan raya di kampung tersebut siap sepenuhnya demi keselesaan penduduk. Katanya, kampung yang mempunyai 29 rumah dengan penduduk seramai 135 orang tersebut terletak 3.5 kilometer (km) dari simpang jalan  pesisir di laluan jalan raya Ladong, Sebangan dan Sebuyau. Hadir sama Residen Samarahan, Berahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak (SAO), Ajis Ahmad dan Penghulu Merum Babu.

PPV Bergerak Permudahkan Masyarakat Tercicir Terima Vaksin, Perlukan Kerjasama KMKK

/ 29/06/2021

Kerajaan akan memastikan semua masyarakat menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi mencapai Imuniti Kelompok menjelang bulan Ogos ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, untuk itu mereka yang tercicir akan diberikan perhatian sewajarnya untuk menerima vaksin dengan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak akan ke tempat mereka untuk memberikan vaksin COVID-19. “Untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau ini, kita akan bergerak untuk memastikan mereka yang tercicir dan mungkin tidak mempunyai pengangkutan atau mereka yang tiada keupayaan untuk bergerak dapat menerima vaksin COVID-19. “Jadi, kita minta kerjasama semua pemimpin masyarakat, ketua kampung, tuai rumah untuk memberitahu siapa yang tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak dan untuk datang, jadi kita boleh pergi ke tempat mereka,” katanya. 

DUN Pantai Damai Buka Tiga PPV

/ 28/06/2021

Tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai sejak 15 Jun lalu bagi melancarkan program vaksinasi di kawasan berkenaan. Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tiga PPV tersebut ialah PPV Klinik Kesihatan Telaga Air, PPV Klinik Kesihatan Buntal dan PPV Klinik Kesihatan Santubong. Katanya, ketiga-tiga PPV menerima sebanyak 360 permohonan setiap minggu dan dianggarkan hampir 3,300 penduduk di sini sudah menerima suntikan vaksin setakat ini. "Sekiranya jumlah tersebut dicampur dengan PPV sementara yang diwujudkan iaitu PPV Darul Hana, hampir 4,000 penduduk di seluruh DUN Pantai Damai berjaya divaksin. "Manakala, seramai 1,080 penduduk melibatkan 16 kampung di kawasan Telaga Air sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat hari ini ," katanya yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai.

Wenan Steel project at site preparation stage – Mintred

/ 24/06/2021

The RM13.8 billion Wenan Steel project at Samalaju Industrial Park in Bintulu is now at its site preparation stage, said a statement from the Ministry of International Trade and Industry, Industrial Terminal and Entrepreneur Development (Mintred). It said the site preparation works on 700 acres of land for Phase 1 of this project is expected to be completed by April 2022 and the construction of the factory will commence thereafter. Due to the pandemic and the Movement Control Order (MCO), the project is facing some delay in its implementation. “Wenan Steel targets to commence operation by end of 2024. When completed, the RM13.8 billion steel plant will be one of the major steel producers in the region,” it said in a statement following a virtual meeting on the project yesterday.

Abang Jo Tetamu Khas Ghazpirasi Di Tvs Sempena Hari Sarawak 22 Julai

/ 24/06/2021

Petang semalam dengan berlatar belakangkan bangunan DUN di seberang Sungai Sarawak telah diadakan sessi rakaman pengambaran khas bagi program Ghazpirasi terbitan TVS bertempat di Hotel Waterfront di sini. Tetamu istimewa Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg telah ditemuramah oleh hos muda Ghaz Zawawi bagi episod khas yang akan disiarkan sempena Hari Sarawak pada 22 Julai hadapan. Sebagai seorang tokoh kepimpinan yang telah menyaksikan kelangsungan kemerdekaan Sarawak bermula daripada peristiwa penyerahan kuasa pemerintahan daripada koloni British kepada Stephen Kalong Ningkan (Tan Sri Datuk Amar), Ketua Menteri anak Sarawak pertama pada 22 Julai 1963, Datuk Patinggi Abang Zohari adalah pemimpin yang selayaknya untuk menyingkap liku-liku perjalanan kemerdekaan Sarawak dari dahulu hingga sekarang.

Sarawak Masuki Fasa Ketiga, 855,749 Orang Sudah Divaksin

/ 22/06/2021

Penduduk yang layak termasuk individu berusia 18 tahun boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bermula hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurut beliau, Sarawak kini sudah memasuki fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 dan rakyat akan diberikan suntikan vaksin berdasarkan janji temu mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan. "Bagi fasa pertama ialah untuk barisan hadapan dan yang kedua ialah untuk golongan berisiko tinggi termasuk mereka yang mempunyai komorbiditi dan warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Serian di sini. Tambah Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Sarawak tidak menggunakan sistem secara fasa di pedalaman untuk memudahkan rakyat.

Perkhidmatan Bas Ke PPV Di Bandar Utama

/ 22/06/2021

Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan kerjasama agensi berkaitan dan syarikat bas menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar-bandar utama di negeri ini. Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shing berkata, syarikat bas terbabit dan Metro Sarawak Sdn Bhd telah menyediakan jadual serta laluan bas berkenaan ke PPV di Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Miri. Orang ramai boleh mendapatkan jadual serta laluan bas berkenaan di laman sesawang http://mot.sarawak.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, katanya dalam satu kenyataan di sini. Lee berkata, maklumat itu turut diagihkan kepada semua Residen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) untuk dihebahkan kepada orang ramai di semua bahagian dan daerah.

SEDC Sumbang RM2 Juta Kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak

/ 22/06/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain untuk menyerahkan cek sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak. SEDC merupakan agensi kerajaan negeri yang pertama menyumbang kepada tabung bencana tersebut. Turut mengiringi pengerusinya ialah Pengurus Besar SEDC, Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir. –EDISI UKAS

Datuk Patinggi Abg Jo Menerima Kunjungan Hormat Secara Maya Daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura

/ 21/06/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi ini telah menerima kunjungan hormat secara maya daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon. Dalam pertemuan setengah jam tersebut melalui aplikasi dalam talian mereka telah berbincang mengenai perkara-perkara termasuk program vaksinasi di Sarawak, kerjasama antara Sarawak dan Singapura, perihal ekonomi, khususnya pelan pasca COVID-19 dan isu-isu semasa. Sarawak telah menjalinkan kerjasama perdagangan dengan Singapura melalui pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) di negara tersebut pada 2019. Ini adalah sebagai langkah untuk membuka pasaran kepada produk-produk dari Sarawak, terutamanya hasil pertanian dan mengembangkan potensi pelancongan negeri ini.

Kerajaan Sarawak Cadang Wujudkan PPV Industri Kidurong Di Bintulu

/ 17/06/2021

Kerajaan Sarawak bercadang mewujudkan sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri di Kidurong, Bintulu selepas PPV Press Metal. Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata pewujudan PPV di Kidurong adalah untuk memberi kemudahan kepada pekerja di syarikat minyak dan gas mendapat vaksin. >“Kita wujudkan satu pusat vaksin di kawasan Kidurong kerana kita mempunyai syarikat minyak dan gas dan kontraktor mereka yang beroperasi di Kidurong dimana sistem dan prosesnya serupa dengan di Samalaju “Jadi kemudahan ini diberikan untuk mempercepatkan vaksinasi dengan target pada bulan Ogos, sedikit sebanyak menemui target kita dengan 80 peratus rakyat sudah dapat vaksin,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan ke PPV Press Metal pada Khamis.

Lapangan Terbang Baharu Mukah Mulai Beroperasi Hari Ini

/ 17/06/2021

Lapangan Terbang Baharu Mukah siap sepenuhnya dan memulakan operasinya pada hari ini (17 Jun) dengan pendaratan pertama pesawat MASwings MH3553 DHC6 Vikings dari Miri pada 12.40 tengah hari dan penerbangan pertama MH3414 ke Kuching pada 10.25 pagi. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong berkata, projek pembinaan lapangan terbang itu di lokasi baharu iaitu 7 kilometer (km) dari pusat bandar Mukah, dimulakan sejak 11 Ogos 2017 menggantikan STOLport Mukah dengan kapasiti baharu iaitu 265,000 penumpang setahun. “Lapangan terbang baharu ini direka bentuk untuk memberikan keselesaan dan menepati kehendak rakyat Mukah yang menggunakan perkhidmatan udara luar bandar serta menjadi nadi kepada pergerakan penumpang dan barangan di kawasan terbabit.

RM 200 Juta Bagi Pembinaan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit: Abg Jo

/ 16/06/2021

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg mengumumkan Kerajaan Sarawak akan membina Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit yang terletak berdekatan dengan institut Jantung di Kota Samarahan. Ini merupakan projek Kerajaan Sarawak ke hadapan di mana pusat penyelidikan ini bakal menempatkan dan menggandingkan pakar-pakar tempatan termasuk dari UNIMAS dan pakar -pakar antarabangsa agar dapat berinteraksi antara satu sama lain bagi menjalankan penyelidikan pelbagai jenis penyakit di masa hadapan. Kerajaan Sarawak juga telah memperuntukkan dana berjumlah RM 200 JUTA bagi menubuhkan institut penyelidikan yang bertaraf antarabangsa ini.

Fadillah Ajak Rakyat Berganding Bahu Jayakan Pelan Pemulihan Negara

/ 16/06/2021

Strategi Pelan Pemulihan Negara merupakan pendekatan terbaik dalam usaha membawa keluar negara sekali gus memulihkan ekonomi daripada krisis pandemik Covid-19. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat menjadi keutamaan kerajaan dalam melaksanakan strategi merangkumi empat fasa seperti diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam. Strategi itu dirangka berdasarkan data dan sains serta indikator tertentu. “Justeru, amat penting supaya setiap lapisan masyarakat berganding bahu dan memberi sokongan padu bagi menjayakan pelan yang diumumkan demi memastikan kemenangan bersama dicapai dalam membawa keluar negara daripada krisis pandemik yang sudah lebih setahun melanda negara.

Parti Komponen GPS Menghadap Yang Di-pertuan Agong Secara Maya

/ 14/06/2021

Empat parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong melalui persidangan video dari Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini. Parti itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mewakili presiden parti masing-masing bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melaksanakan tiga perkara penting untuk memerangi Covid-19. “Melaksanakan pendekatan bagi memulihkan ekonomi adalah antara yang dibincangkan oleh Abang Johari semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong melalui persidangan video dari pejabat Ketua Menteri di sini,” kata kenyataan yang dikeluarkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), hari ini.

Jumlah Kakitangan Perubatan Ditambah, Sasar 60,000 Dos Setiap Hari - Uggah

/ 14/06/2021

Kerajaan Sarawak akan meningkatkan bilangan kakitangan perubatan serta kakitangan bukan perubatan bagi mempercepatkan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, ia termasuk doktor dan  jururawat selain jawatankuasa khas turut diwujudkan untuk melihat bilangan kakitangan yang diperlukan di setiap kawasan. "Kita memerlukan tenaga kerja tambahan ini untuk meningkatkan keupayaan sekali gus mempercepatkan pemberian vaksin secara keseluruhan supaya ia dapat diselesaikan pada penghujung Ogos ini," katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sri Aman di sini, hari ini.

348,000 Dose Vaksin Tiba ADUN Kekal Sehingga DUN Sarawak Dibubar

/ 09/06/2021

Sebanyak 348 ribu dose vaksin Sinovac selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tengah hari tadi. Ketibaan dose vaksin tersebut merupakan vaksin yang telah dijanjikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin. Sarawak berupaya menyimpan 1 juta dos vaksin Sinovac dan berupaya memyuntik vaksinasi sehingga 50,000 sehari. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, "Dengan jumlah stok yang besar pada hari ini, usaha memerangi Covid-19 membolehkan penyertaan lebih banyak klinik swasta dan Hospital Swasta mengambil bahagian membantu Kerajaan.

PKP: 472,923 KIR Dapat Bantuan Makanan - Abang Johari

/ 08/06/2021

Sebanyak 49,811 ketua isi rumah (KIR) daripada sejumlah 472,923 atau 10.5 peratus sudah menerima bantuan makanan menerusi pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 setakat semalam. >Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pengagihan itu dilakukan di semua 12 bahagian di negeri ini. Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mensasarkan pengagihan bantuan makanan kepada semua KIR itu siap pada 11 Jun ini. Beliau berkata demikian selepas  majlis pelancaran bantuan makanan kepada KIR yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki di sini, hari ini.

Ketepikan Ideologi Politik, Bersatu Hati Bantu Kerajaan Tangani Covid-19

/ 08/06/2021

Ketika negara berdepan saat-saat getir pandemik Covid-19 ini, semua parti-parti politik termasuk pembangkang harus mengenepikan ideologi politik demi kesejahteraan bersama. Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki berkata sebaliknya, pada ketika ini semua pihak harus bersatu hati sebagai rakyat Sarawak dan memberi tumpuan untuk membantu kerajaan menangani pandemik ini. “Saya merayu kepada semua pihak   termasuk parti-parti politik terutama pihak pembangkang supaya bekerjasama dan bersatu hati membantu kerajaan menangani Covid-19 tanpa mengira ideologi politik. Pada masa sekarang, kesihatan menjadi agenda utama kita,” katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Bakul Makanan Sumbangan Kerajaan Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), hari ini.

Pendekatan Baharu Sarawak, Dapat Suntikan Baharu Daftar Untuk Luar Bandar

/ 07/06/2021

Penduduk terutama di kawasan luar bandar kini boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 meskipun belum mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan pendekatan negeri ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi selain memudahkan urusan penduduk yang sukar mendapatkan vaksin di kawasan masing-masing. Katanya, selain menggunakan pendaftaran secara hybrid, kerajaan negeri turut menggunakan strategi baharu bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk luar bandar. "Bagi mereka yang datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan vaksin walaupun nama tiada dalam sistem, mereka tetap akan diberikan suntikan dan setelah itu nama mereka akan dimasukkan dalam data penerima vaksin," katanya.

Abg Jo Tinjau PPV Di BCCK

/ 07/06/2021

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pagi ini berkesempatan untuk meninjau pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin di Borneo Convention Centre Kuching, iaitu sebuah lagi pusat pemberian vaksin yang telah dibuka untuk mempercepatkan proses imunisasi di Sarawak. Pusat ini yang dikendalikan oleh hospital swasta mempunyai kapasiti memberi vaksin Astra Zeneca kepada sehingga 3,000 orang sehari. Pusat sama juga beroperasi di IKBN Miri. Setakat ini 30,000 orang telah mendaftar untuk vaksin tersebut dan masih ada ruang untuk 8,500 pemohon.  Selain itu, menurut SDMC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pembekalan 1 juta dos vaksin Sinovac ke Sarawak.

ADUN Kekal Sehingga DUN Sarawak Dibubar

/ 06/06/2021

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di setiap kawasan akan dikekalkan sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada satu tarikh yang sesuai. Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ia berikutan. pengisytiharan darurat sehingga 1 Ogos depan sekali gus menyebabkan peruntukan-peruntukan pembubaran DUN turut digantung. "Justeru, pelantikan ADUN tidak akan tamat pada 6 Jun dan akan kekal sehingga terbubarnya DUN melalui pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 15 atau selepas 1 Ogos iaitu tarikh tamatnya darurat di negara ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bekalan Mingguan Vaksin COVID-19 Tiba Di Kuching

/ 01/06/2021

Sarawak menerima satu lagi penghantaran udara bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Kuching pada Rabu. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian menerusi hantaran Facebook rasmi miliknya pada Rabu. Beliau memberitahu, bekalan tersebut merupakan penghantaran mingguan untuk rakyat di negeri ini. “Satu lagi penghantaran udara bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer secara mingguan tiba di Kuching malam ini. “Bekalan ini merupakan sebahagian daripada Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Pengedar LPG Sarawak Dikecuali Mohon Lesen

/ 01/06/2021

Kerajaan Persekutuan bersetuju memberikan pengecualian kepada pengedar-pengedar Gas Petroleum Cecair (LPG) di Sarawak untuk memohon kebenaran dan lesen bagi pengedaran LPG mulai hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Khas bagi menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) pada 13 April lalu. "Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Noor serta menteri-menteri persekutuan," katanya dalam kenyataan media hari ini.