JUN 2022

Songket Sarawak Miliki Nilai Ekonomi

/ 29/06/2022

Songket Sarawak jika ditambah nilai dan dikembangkan rantaian nilainya boleh menjadi barangan global dengan harga lebih tinggi, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, kerajaan memberi peluang kepada penenun songket sebagai sebahagian daripada proses itu untuk mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Premier Sarawak Terima Anugerah Kemanusiaan ( ICH )

/ 29/06/2022

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg telah menerima Anugerah Kemanusiaan ICH ( Intangible Cultural Heritage ) diatas kepimpinan dalam menerajui Songket Sarawak yang telah disampaikan oleh Mr Kim JiSung, Pengarah Urusan, International Information and Networking Centre for Intangible Cultural Heritage in the Asia-Pacific under the auspices of UNESCO ( ICHCAP ) yang berpengkalan di Negara Korea.

STATOS Welcomes UOB Delegation To Kuching

/ 28/06/2022

A 19-member delegation from UOB Singapore (FDI - Foreign Direct Investment Advisory) and their clients are in the state capital  from 28/6/22 to 30/6/22 to explore areas of investment opportunities in Sarawak. This afternoon the UOB delegation paid a courtesy call on the Premier at his office in Wisma Bapa Malaysia, here as part of their itinerary.

Uggah Dilantik Pro-Canselor Unimas

/ 27/06/2022

Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menganugerah pemasyhuran lantikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Pro-Canselor universiti itu hari ini. Lantikan berkuat kuasa 24 Februari 2022 sehingga 23 Februari 2025 dan pemasyhuran itu diadakan pada Majlis Konvokesyen Komemoratif Unimas 2022 di Dewan Arena Gemilang DeTAR PUTRA, Kampus Unimas, di sini. Majlis dihadiri Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pro-Canselor Unimas.

Sarawak Perlu Lebih Ramai Pekerja Mahir

/ 25/06/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa pelajar tempatan meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran teknikal dan teknologi sebagai persediaan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam industri berkaitan di negeri ini. Katanya, dengan pelaburan asing yang masuk ke negeri ini, Sarawak dijangka memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang teknikal dan teknologi.

Sarawak Kekal Lokasi Pelaburan Menarik – Awang Tengah

/ 25/06/2022

Rombongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MINTRED) Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah melawat ibu pejabat Fortescue Future Industries (FFT) di sini baru-baru ini. Dalam rangka lawatan selama dua jam itu, rombongan MINTRED diberi taklimat mengenai cadangan FFT untuk membina loji pengeluaran gas hidrogen di Sarawak.

Sarawak Komited Peralihan Ke Arah Karbon Rendah, Beri Tumpuan Pada Tenaga Mampan

/ 23/06/2022

Sarawak komited dalam peralihan ke arah karbon rendah menerusi tenaga lestari dan boleh diperbaharui. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Sarawak mempunyai peluang yang tinggi dalam peralihan yang menfokuskan kepada tenaga yang mampan. “Sarawak berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil peluang dalam pertumbuhan baharu ini dan mewujudkan peralihan tenaga yang selamat, bertanggungjawab dan kos efektif dengan pelepasan yang rendah.

Opening Address And Official Launching Of IDECS 2022

/ 21/06/2022

A very warm welcome to you all today to the 5th International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2022. The 5th IDECS is after a gap year due to Covid-19. 1.2 I would like to thank all the delegates and participants both attending either physically or virtually and supporting this premier event of the Sarawak Government. 1.3 I am made to understand that right now a total of forty-two (42) Digital Community Centers (DCCs) throughout Sarawak are logged in and viewing our sessions (YAB Premier waves to screen to the DCCs- “Apa Khabar Kitak Semua?”

Kerajaan Tubuh Dua Agensi Pembangunan Baharu

/ 20/06/2022

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menubuhkan dua agensi pembangunan baharu seperti enam agensi yang ditubuhkan terdahulu, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, agensi berkenaan ialah Agensi Pembangunan Lembah Rejang (RDDA) dan Agensi Pembangunan Betong (BDA).

PBB Pinda Perlembagaan Parti, Tubuh Sayap Belia PBB Berumur 18-28

/ 19/06/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg berkata sayap belia itu akan menjadi platform untuk melatih mereka yang berumur 18 tahun mengenali selok belok berpolitik secara rasional. Ketika mengadakan sidang media petang ini tadi, beliau menjelaskan bahawa ia mendidik belia secara sistematik untuk melihat bagaimana pembangunan berjalan dari masa ke semasa.

Pelaksanaan Projek Sarawak Cepat, Menyeluruh

/ 18/06/2022

Pemindaan Ordinan Hutan dan Kanun Tanah Negeri oleh kerajaan negeri merupakan satu daripada kaedah baharu bagi menambah sumber pendapatan di Sarawak. Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemindaan itu melibatkan Perdagangan Karbon dan Spektrum. "Kaedah lain menerusi pengeluaran hidrogen dengan penggunaan sumber tenaga baharu serta merancang menubuhkan dana kekayaan berdaulat sendiri.

Kerajaan GPS Berjaya Atasi Cabaran Semasa Pandemik

/ 18/06/2022

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak hanya terhad memperjuangkan isu tempatan namun turut memacu potensi baharu memperkasakan Sarawak ke peringkat antarabangsa. Demikian kata Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Ke-15 Parti PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Perhimpunan Agung Ke-15 2022 Pergerakan Wanita Dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu

/ 17/06/2022

Sekitar Perhimpunan Agung Ke-15 2022 Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  dirasmikan Timbalan Yang di-Pertua merangkap Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Ambassador Of Germany to Malaysia

/ 16/06/2022

Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg this morning received in his office Wisma Bapa Malaysia a courtesy call by H.E. Dr. Peter Blomeyer, Ambasaddor of Germany to Malaysia (seen at the left of Premier in picture). Duriing the visit, they discussed among things on cooperation and opportunities that could be explored from economic, educational, tourism, of development between Sarawak and Germany.

Singapore Trade Mission 2022

/ 15/06/2022

COURTESY CALL TO YAB PREMIER & DEPUTY PREMIER, SECOND MINISTER FOR URBAN DEVELOPMENT AND NATURAL RESOURCES AND MINISTER FOR INTERNATIONAL TRADE, INDUSTRY AND INVESTMENT • The Singapore Trade Mission 2022 was initiated by the Ministry of Trade and Industry (MTI) Singapore. • The delegation of 37 people was led by Mr. Lee Chuan Teck, Permanent Secretary (Development) of MTI.

6 To 8 % Growth Not Impossible

/ 14/06/2022

Sarawak would need to inject RM64 billion into the state’s economy to generate between six to eight per cent Gross Domestic Product (GDP) growth by the year 2030, said Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. “This is not an easy task. But Alhamdulillah so far, our average budget per year is RM10 billion.

Bangunan Pentadbiran Sarawak Simbol Transformasi Lundu: Abang Jo

/ 11/06/2022

Bangunan Pentadbiran Sarawak Daerah Lundu yang baharu bakal menjadi ikonik tranformasi Lundu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Premier Sarawak mengucapkan penghargaan kepada anggota perkhidmatan awam terutama sekali mereka yang berkhidmat di  Lundu kerana bersama-sama membangunkan pusat pentadbiran Daerah Lundu yang  bakal dilengkapi pasarana serba baharu dengan kepelbagaian lanskap bagi menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dibawah satu bumbung.

Sematan Bakal Miliki Hotel Bertaraf Antarabangsa

/ 11/06/2022

Dua hotel bertaraf antarabangsa akan dibina di Sematan di sini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Katanya, ia akan dibina melalui pelaburan swasta. “Dua hotel popular yang dibina itu bertaraf antarabangsa. Pihak swasta akan membangunkan kawasan Lundu/Sematan membabitkan jumlah pelaburan RM120 juta dan sudah disahkan.

Harga Minyak Naik Beri Kesan Pada Sektor Pembinaan

/ 10/06/2022

Peningkatan harga minyak sawit  memberi kesan kepada sektor pembinaan apabila pekerja mereka berpindah ke sektor perladangan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kedaaan itu memberikan kesan kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan beberapa pakej Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak. "Kesan kekurangan pekerja pembinaan ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa projek pembinaan yang lewat disiapkan termasuk projek LPB. 

Rakyat Singapura Kenali Sarawak Menerusi STATOS

/ 10/06/2022

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang tengah Ali Hasan semalam melawat pejabat Pelancongan dan Dagangan Sarawak (STATOS) di sini. Dalam rangka lawatan selama dua jam ke pejabat itu, Awang Tengah meninjau galeri STATOS dan mendengar taklimat mengenainya oleh pegawai STATOS. STATOS adalah pusat pelaburan dan perniagaan Sarawak di sini di samping sebagai pusat pelancongan kepada rakyat Singapura untuk mengenali Sarawak lebih lanjut.

Sarawak, Korea Terus Pererat Kerjasama

/ 09/06/2022

Sarawak dan Korea Selatan terus mempereratkan  kerjasama dalam perindustrian untuk mengeluarkan tenaga hijau. Satu forum dua hari yang turut dihadiri oleh 40 ahli industri Korea telah diadakan pada Rabu dan Khamis untuk memperjelaskan potensi industri tenaga hijau di Sarawak, khususnya hidrogen hijau. Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg telah diberi penghormatan untuk merasmikan penutupan forum tersebut pada Khamis.

Kuasa Ruang Udara Jana Pendapatan Kepada Sarawak : Abang Johari

/ 08/06/2022

Kerajaan Sarawak meminda Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah 2022 baru-baru ini bagi memanfaatkan kuasa terhadap ruang udara di atas tanahnya sendiri berdasarkan undang-undang antarabangsa. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ianya merupakan sumber pendapatan tambahan Sarawak selain hasil daripada minyak dan gas.

Sarawak, Singapura Bincang Pelaburan, Perdagangan

/ 07/06/2022

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Perdagangan dan Industri dan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Low Yen Ling dalam rangka lawatan rasmi ke sini hari ini. Pada mesyuarat itu, Awang Tengah dan Low membincangkan perkara yang mempunyai kepentingan bersama dan kemungkinan mewujudkan kerjasama terutama dalam bidang pelaburan dan perdagangan dengan Singapura yang menjadi rakan penting Sarawak.

Abang Jo Peruntukan RM 348 Juta Untuk Pembangunan Kapit

/ 06/06/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini mengumumkan peruntukan tambahan untuk menjamin pembangunan yang pesat serta menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi di Kapit. “Bandar Kapit kini mengalami isu kesesakan trafik akibat daripada pembangunan rangkaian jalan raya yang menghubungkannya dengan bahagian Sibu.

Premier Sarawak Ke Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022

/ 01/06/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang telah hadir ke Rumah Terbuka Gawai Dayak bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) tengahari ini tadi. Sejurus tiba, beliau disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri.

Sarawak Link Road Dibangun, Mudahkan Perjalanan Dari Lawas Ke Miri

/ 01/06/2022

Kerajaan Sarawak melalui Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang telah dilancarkan oleh Premier Sarawak akan terus berusaha untuk membangunkan kemudahan hubungan jalan raya di Lawas secara holistik tanpa perlu melalui negara Brunei menerusi ‘Sarawak Link Road’. Timbalan Primer Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain memfokuskan hubungan jalan raya utama yang menghubungkan negara Brunei melalui projek Lebuhraya Pan Borneo, ‘Sarawak Link Road’ kini sudah dalam pelaksanaan pada peringkat fasa pertama daripada simpang Trusan, Lawas ke Miri.