JUN 2023

Premier Sarawak Tunai Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Jamek Negeri Sarawak

/ 29/06/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada pagi tadi. Beliau tiba di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak kira-kira jam 8 pagi. Turut menyertai solat sunat Aidiladha tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan jemaah-jemaah lain.

“Sarawak’s Formula” Of Harmony Ought To Be Shared: Premier

/ 26/06/2023

The “Sarawak’s formula” of religious and racial harmony and understanding ought to be shared with other communities outside Sarawak as the basis of a healthy interfaith and inter-racial relationship for a better world to live in for all, Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said here, today. The Premier said this in his address at the engagement session with RISEAP (Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and the Pacific) members of the Southern Zone at a local hotel, here.

Peruntukan Geran RM60.450 Juta Laksana Projek Infrastruktur Di Spaoh

/ 25/06/2023

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM60.450 juta geran kepada bandar Spaoh bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di kawasan itu. Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dana itu daripada peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sebanyak RM200 juta kepada Bukit Saban. ”Projek itu ialah RM30 juta untuk jalan ladang, RM10 juta untuk membina kandang lembu dan kambing, kandang babi dan reban ayam dan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) bernilai RM18 juta berhampiran Bebuling STOLport.

Kuching, Kota Samarahan Disepadu Menjelang 2030

/ 24/06/2023

Langkah-langkah sedang dirancang oleh Kerajaan untuk menyepadukan pembangunan kawasan Kuching dan Kota Samarahan menjelang tahun 2030, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Datuk Abang Openg Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) ia merupakan gerak langkah pertama kerajaan untuk menjadikan Jalan Wan Alwi sebagai pusat penghubung di antara Kuching dan Kota Samarahan, kata beliau.

Peningkatan Latihan Dan Penggunaan Teknologi, Kunci Kejayaan Kontraktor Di Sarawak

/ 23/06/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg menekankan keperluan kontraktor meningkatkan tahap latihan dan memanfaatkan kemajuan teknologi. Beliau berkata, para kontraktor boleh beri Latihan kepada pekerja mereka melalui program latihan yang disediakan oleh CIDB untuk menguasai bidang tersebut supaya tidak terlalu bergantung dengan pekerja luar.

Hasrat Sarawak Untuk Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Kepada Kerajaan Negeri Sarawak

/ 23/06/2023

Mendengar taklimat daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan para pegawainya mengenai hasrat Sarawak untuk penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching, petang ini tadi. Datuk Amar Douglas Uggah adalah juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Premier Delivered Keynote Address At The Shape The World Summit 2023

/ 22/06/2023

Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Johari Tun Openg yesterday evening delivered a keynote address at the “Shape the World Summit” that was held at a leading hotel, here. The Summit is a creative thought-leadership event dedicated to featuring ideas from changemakers and companies who are part of a growing movement to shape a better world by featuring new visions, case examples and methods for change.

Sarawak Sasarkan Pengangkutan Awam Guna EV Menjelang 2030

/ 22/06/2023

Kerajaan Sarawak menyasarkan hampir semua pengangkutan awam di negeri ini akan menggunakan sumber tenaga hidrogen atau elektrik (EV) menjelang tahun 2030. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kenderaan ini dikuasakan oleh sumber tenaga daripada sumber boleh diperbaharui seperti solar, angin dan hidroelektrik melalui kerjasama awam-swasta.

TRACE Buka Peluang Pekerjaan

/ 22/06/2023

Dianggarkan 145,000 peluang pekerjaan baharu dengan menawarkan gaji lebih tinggi akan wujud antara tahun 2021 dan 2030, kata Timbalan Premier Sarawak. Datuk Amar Awang tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, ini adalah peluang bagi graduan mendapatkan pekerjaan untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Dua Unit Khas Baharu Ditubuh Perkasa Pendigitalan Sektor Awam

/ 19/06/2023

Frasa Iban Segulai Sejalai yang digunakan sebagai moto perpaduan di Malaysia turut sesuai menggambarkan solidariti kakitangan penjawat awam di neger ini. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak memiliki penjawat awam pelbagai latar yang komited dan rajin bekerja. “Penjawat awam sama ada di Sarawak mahupun Persekutuan memainkan peranan penting dalam menerajui sistem penyampaian kerajaan dengan lebih profesional dan efisien demi kepentingan rakyat,” katanya.

Kerajaan Harap Delta Sarawak Diiktiraf Geopark Global UNESCO

/ 18/06/2023

Kerajaan Sarawak berharap Delta Sarawak dapat diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO kerana ia berpotensi memacu pembangunan sosio-ekonomi di negeri ini. Salah satu objektif strategik utama Geopark adalah untuk merangsang aktiviti ekonomi dalam rangka pembangunan mampan manakala penjenamaan taman geo akan meningkatkan lagi industri pelancongan seiring dengan reputasi Sarawak untuk memelihara khazanah alam.

Premier Sarawak Sertai Perarakan Niti Daun

/ 17/06/2023

Premier Sarawak,  Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg bersama Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Gawai Dayak 2023, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai perarakan‘Niti Daun’ yang berlangsung meriah petang Sabtu. Perarakan bermula kira-kira pada jam 2.15 petang di Perkarangan Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching di Old Court House  itu merupakan perarakan sejauh 1.2 kilometer.

Premier Visits Algae Nursery Site

/ 15/06/2023

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg today took a tour of the SEDC Energy and Petronas algae nursery site and was briefed on the facility’s operation that would open the way to harnessing the vast potential of the algae-based sustainable aviation fuel (SAF) industry in Sarawak. 

Premier Saksi Majlis Metrai MoU Antara Hornbill, Petronas

/ 15/06/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg pada khamis menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hornbill Skyways dan Petronas untuk khidmat udara bagi operasi  syarikat minyak dan gas nasional tersebut di luar pantai Sarawak. MOU tersebut juga melibatkan khidmat untuk syarikat pengendali Petronas, iaitu Petronas Carigali, Sarawak Shell, Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc., Mubadala Energy Ltd., JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Ltd. dan PTT Exploration and Production.

Sarawak Sasar 500 Jurutera Litar Bersepadu Menjelang 2027

/ 14/06/2023

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan Majlis Pertukaran Perjanjian Kerjasama di antara Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor Sarawak yang mewakili Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) bersama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills), Melexis dari negara Belgium, X-Fab dari Jerman dan Cadence dari Amerika Syarikat.

Sarawak Harnesses New Energy Sources For A Sustainable Future

/ 13/06/2023

In an effort to promote renewable energy and reduce dependence on fossil fuels, Sarawak is exploring new sources of green energy such as solar power, bioenergy, and microalgae cultivation, Sarawak’s Premier, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said today. The Premier spoke of the potential of these alternative energy sources and the significant achievements made thus far by Sarawak.

Sarawak Government Sets Ambitious Target For Net-Zero Emissions By 2050

/ 12/06/2023

The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg said Sarawak government has set an ambitious target to achieve net-zero emissions by 2050, unveiling a comprehensive set of strategies to drive sustainable development and combat climate change. He said one of the key initiatives is the establishment of a Climate Change Centre, which will serve as a centralized hub to coordinate, oversee, and manage the development of carbon trading and storage projects. This center will be operational once the legal framework and rules are in place.

Premier Sarawak Ketuai Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka Dari Miri Ke Bintulu

/ 10/06/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunggang motosikal bagi mengetuai Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka sejauh 168.3 kilometer (km) hari ini. Konvoi bermula dari Stadium Bandaraya Miri di sini sehingga ke NAIM Street Mall Paragon di Bintulu yang menyaksikan tiga lokasi ‘Pit Stop’ iaitu Pantai Bungai, Bekenu sejauh 47.3 km, Kampung Nyalau (76.1 km) dan Paragon  (87.5 km) di Bintulu.

Usaha CENTEXS Kembangkan Sistem Mikrogrid Solar Kepada Hidrogen Disokong

/ 07/06/2023

Kerajaan Sarawak akan menyokong usaha Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) mengembangkan penggunaan Sistem Mikrogrid Solar kepada Hidrogen di negeri ini. Ini kerana menara 5G pertama Asia Tenggara dikuasakan oleh sistem itu mampu meningkatkan kehidupan penduduk luar bandar Sarawak. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem tenaga solar itu mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 425 kWp dengan 780 panel solar dan terbesar di negeri ini.

Potensi Pelaburan Panel LED Di Sarawak

/ 07/06/2023

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang kini berada di China, mengetuai rombongan dari Sarawak melawat kilang panel LED (Absen) di Huizhou. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, kilang itu adalah pengilang utama pameran dan skrin LED dalaman dan luaran terkemuka di China. Syarikat itu ditubuhkan pada 2001, disenaraikan pada 2014 dan memiliki cawangan di seluruh dunia seperti di Jepun, Rusia, Jerman, USA dan Hong Kong, katanya.

Perdana Menteri Tiba Di Kuching Sarawak

/ 07/06/2023

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kuching pada petang Rabu untuk lawatan kerja singkat bagi memeriahkan Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam ini. Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas pada jam 18:30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Tenaga Solar Sumber Tenaga Baharu Sarawak

/ 07/06/2023

Sarawak memperkenalkan satu lagi sumber tenaga baharu untuk menghasilkan hidrogen dan oksigen, iaitu tenaga solar. Dalam ucapannya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, teknologi baharu itu merupakan alternatif kepada penggunaan sumber tenaga hidro yang biasa digunakan. Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa Sarawak kini mempunyai kedua-dua sumber tersebut, iaitu hidro dan tenaga solar.

Premier: RM50 Juta Bagi Laksana Pembinaan Jalan Pusa Link

/ 03/06/2023

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM50 juta bagi melaksanakan pembinaan Jalan Pusa Link. Beliau berkata jalan penghubung itu akan menghubungkan Pejabat Daerah baharu Pusa ke pekan Pusa dengan jalan yang lebih besar dan selesa setelah diberi taklimat oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli.

Premier, Isteri Hadiri Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023

/ 01/06/2023

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Terdahulu, ketibaan Premier dan isteri yang tiba kira-kira pada jam 11.30 pagi disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa dif-dif kenamaan lain.