MAC 2022

Sektor Utiliti & Telekomunikasi Tingkatkan Pembangunan Ekonomi Ke Arah Transformasi Digital

/ 31/03/2022

Sektor utiliti dan telekomunikasi sangat penting kini bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur terutamanya transformasi digital dan pembangunan sosial-ekonomi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, penubuhan portfolio telekomunikasi dalam Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi baru-baru ini mempunyai peranan yang lebih besar dan penting dalam perjalanan ke arah ekonomi digital dan era ekonomi baharu.

Premier Sarawak Sempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Setia

/ 30/03/2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan majlis pemyampaian pingat perkhidmatan setia bahagian Mukah bertempat di Hotel Kingwood Resort, Mukah tengahari ini tadi. Majlis kali ini merupakan majlis kedua yang diadakan untuk tahun 2022 selepas Bintulu. Hari ini seramai 193 orang penerima telah dijemput daripada 10 buah Jabatan /Agensi yang merangkumi agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Sarawak Utamakan Kelestarian Alam Sekitar Melalui SDG

/ 29/03/2022

Kerajaan Sarawak mengutamakan kelestarian alam sekitar di negeri ini melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, ia akan meneruskan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan pendekatan ke arah pembangunan sumber asli termasuk ‘Sustainable Sarawak Blueprint’ atau Rangka Tindakan Sarawak Mampan untuk membimbing semua agensi kerajaan, perniagaan dan komuniti dalam mencapai matlamat kelestarian.

Hubungan Dua Hala Malaysia, Indonesia Diperkukuh

/ 29/03/2022

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama-sama delegasi Malaysia mengadakan kunjungan hormat terhadap wakil (timbalan) Gubernor Kalimantan Timur (KALTIM), Hadi Mulyadi, di Samarinda, KALTIM pada Isnin. Kunjungan tersebut bertujuan mempererat hubungan dua hala antara Sabah dan Sarawak, khususnya dan Malaysia dan Indonesia amnya.

Raja Permaisuri Agong Hadiri Majlis Santapan Malam

/ 28/03/2022

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Sepanjang majlis berlangsung, baginda dipersembahkan dengan pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan masyarakat Sarawak seperti Tarian Keloyok, persembahan gambus dan sape, persembahan Rampaian Etnik Kreasi (Kedayan, Tagal, Kiput, Bisaya dan Lun Bawang), lagu-lagu rakyat, teater muzikal Dang Esah Tandang Sari, Tarian Zapin Sebat serta persembahan nopeng sebagai persembahan finale.

Kaedah Sesuai Tingkat Pencapaian Pendidikan

/ 28/03/2022

Dalam usaha membangunkan kawasan Parlimen Petra Jaya, bidang pendidikan antara tumpuan utama difokuskan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Menurutnya, dalam mengejar kemajuan sekarang, pencapaian pendidikan anak-anak perlu selari dengan kecanggihan teknologi masa kini supaya mereka tidak ketinggalan.

Sempadan Dibuka 1 April, SOP Sedia Ada Diterus - Uggah

/ 25/03/2022

Kerajaan Sarawak berharap Brunei dan Indonesia dapat memberi keputusan segera berhubung prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke negeri ini menerusi jalan darat melibatkan negara berkenaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah itu penting bagi mengekang penularan Covid-19 serta membolehkan kegiatan ekonomi dapat dijalankan semula.

Tabung Pinjaman Agro Sarawak Bantu Petani Baharu

/ 25/03/2022

Tabung Pinjaman Agro Sarawak (SAF) untuk membesarkan kebun dan ladang mendapat sambutan amat baik daripada petani berskala kecil di negeri ini. Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Martin Ben berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi memberikan pinjaman itu tanpa had maksima. Katanya, pinjaman itu bermula sejak Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah menerajui kementerian itu pada 2019, namun, beliau tiada butiran terkini bilangan petani yang sudah mendapat kelulusan pinjaman  setakat ini.

Abg Jo Presented With First-Placed 10+3 Digital Economy Innovation Awardsa

/ 25/03/2022

The Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Abang Haji Openg today was today presented with the Digital Economy Innovation Awards that Sarawak Multimedia Authority (SMA) won in the 10+3 (ASEAN + China, Japan and Republic of South Kore) competition recently. SMA won the award for Sarawak emerged as first-placed winner with the Smart City Operating System entry during the 10+3 Digital Economy Innovation Forum 2021  held on December 8 last year.

Hab Petro Kimia Sumbang Kepada KDNK Sarawak: Abg. Jo

/ 22/03/2022

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Haji Openg mengadakan lawatan kerja ke tapak Petchem Sarawak petang ini tadi. Beliau telah diberi taklimat oleh pegawai dari Petchem mengenai pembangunan loji Methanol Sarawak. Ketika ditanya pemberita semasa lawatan kerja tersebut, beliau berkata tujuan lawatan berkenaan adalah apabila loji hidrogen dibangunkan pada tahun 2023, sudah pasti memerlukan perancangan lebih teliti dari pelbagai sudut termasuklah kawasan tanah, perancangan kemudahan perumahan untuk para pekerja dan menyediakan jaringan jalan raya yang lebih baik dan selesa untuk dibangunkan kawasan tersebut.

Persiap Generasi Muda Ke Arah Transformasi Teknologi

/ 21/03/2022

Golongan belia khususnya ahli Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini digesa memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dan bersedia menyesuaikan diri dengan ledakan teknologi. Timbalan Ketua Cawangan PBB Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais berkata, ia penting bagi memastikan rakyat Gedong menikmati limpahan serta kesinambungan pembangunan yang dibawa Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Rumah Panjang Di Luar Bandar Nikmati Kemudahan Elektrik Menjelang 2025-2026

/ 18/03/2022

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memastikan setiap rumah panjang di kawasan pedalaman yang luar dari talian grid elektrik menikmati kemudahan bekalan elektrik menjelang 2025-2026. Beliau berkata demikian ketika Majlis Pembukaan Persidangan Wanita Dayak Kebangsaan di sini hari ini, beliau turut menambah kerajaan negeri sedia menanggung kos tinggi untuk menghasilkan tenaga solar dalam memastikan rumah panjang di luar bandar mempunyai lampu pada waktu malam.

Timbalan Premier Terima Kunjungan Hormat Daripada Duta Romania Dan Brunei

/ 17/03/2022

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada Duta Romania di Malaysia dan Brunei, Nineta Barbulescu di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini pada Khamis. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri bersama Duta Romania yang julung kali ke Sarawak. Dalam pada itu, pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu turut membincangkan dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam pelaburan di negeri ini.

195,000 Peluang Pekerjaan Baharu Menjelang 2030

/ 16/03/2022

Sarawak menetapkan sasaran untuk mencapai enam matlamat dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 pada 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata matlamat itu ialah mahu meningkatkan Pengeluaran Domestik Kasar (GDP) kepada RM282 bilion, mencatat perkembangan ekonomi enam hingga lapan peratus setahun dan mencipta 195,000 peluang pekerjaan baharu.

Kerajaan Sarawak Dan Universiti Teknologi Swinburne Menandatangani MoU Ekonomi Hidrogen

/ 15/03/2022

Kerajaan Sarawak dengan Universiti Teknologi Swinburne telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka dan memacu ekonomi berasaskan hidrogen. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, dan Naib Canselor merangkap Presiden Universiti Swinburne, Professor Pascale Quester serta disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Projek LPB SSLR Lawas Ke Persimpangan Long Lopeng Rancak Dibina

/ 14/03/2022

Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Lawas ke persimpangan Long Lopeng kini dalam pembinaan. Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan pelaksanaan projek SSLR fasa kedua itu melibatkan tiga pakej iaitu pakej satu sepanjang 137 kilometer (km), pakej kedua (98 km) dan pakej ketiga (91 km) dengan jumlah keseluruhan yang dianggarkan sepanjang 326 km.

Sarawak, Indonesia Meterai Perjanjian Utama Bangunkan Projek MIHEP

/ 14/03/2022

Kerajaan Sarawak menyatakan sokongan terhadap pembangunan Projek Hidroelektrik Mentarang Induk (MIHEP) melalui penyertaan syarikat milik penuhnya, Sarawak Energy. Perkara itu dinyatakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai delegasi Sarawak semasa mengadakan perjumpaan dengan Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.

Sarawak Skills Dan Kolej Universiti Icats Main Peranan Penting Lahir Tenaga Kerja Mahir

/ 12/03/2022

Sarawak Skills dan Kolej Universiti iCATS sentiasa peka dengan keperluan tenaga yang dikehendaki oleh pihak industri di negeri ini. Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata,  Sarawak memerlukan tenaga mahir dalam industri penggunaan gas hidrogen dan teknologi digital yang menjadi pemangkin ekonomi masa kini.

Premier Abg Jo Hadiri Sessi Zoom

/ 11/03/2022

Alhamdullilah, Premier Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg kelihatan agak sihat pada pagi Jumaat ketika masih dalam tempoh pengasingan tujuh hari ekoran jangkitan COVID-19 dan sempat menghadiri sessi zoom bersama ahli-ahli SDMC di kediaman beliau. Pada sessi satu jam tersebut Premier diberi taklimat oleh agensi berkenaan mengenai Satu SOP, 9 garis Panduan ke Fasa Endemik, perkara-perkara mengenai VTL (Vacinnated Travel Lane) dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Kerajaan Sarawak Perlu Kerjasama Sektor Korporat Capai Sasaran Ekonomi Dalam Rancangan PCDS 2030

/ 09/03/2022

Kerajaan Sarawak memerlukan kerjasama sektor korporat bagi membantu Sarawak mencapai sasaran ekonomi seperti yang dinyatakan dalam rancangan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, sektor korporat ini adalah seperti pemain industri Badan Berkanun serta Syarikat Berkaitan kerajaan (GLCs), pemimpin korporat dan pasukan pengurusan.

Panggau Dayak Disadang Tembu Ujung Disember 2022

/ 08/03/2022

Projek ngaga Panggau Dayak semilan ringkat begembar diatu benung digaga lalu disadang deka tembu ujung Disember taun tu. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas madah, projek ke digaga ba tanah dua hektar pemesai nya ari saup Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) enggau Balai Dagang enggau Industri Dayak (DCCI). “Enggau penembu Panggau Dayak, DCF enggau DCCI deka bisi indu opis diri empu nangkan ke tu ila,” pia ku iya madah udah ke ngabas projek nya ba Jalai Ong Tiang Swee di Kuching, kena Hari Satu tu tadi.

MA63: Rakyat Yakin Perjuangan GPS - Uggah

/ 06/03/2022

Rakyat Sarawak kini lebih yakin dan menghargai usaha kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperjuangkan dan memulihkan hak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata sokongan padu mereka terhadap GPS pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 lalu, menyaksikan GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan membuktikan penghargaan dan keyakinan itu.

Abg Jo Lancar Sarawak X-Tive 2022

/ 05/03/2022

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg  Johari Bin Tun Abg Openg juga ADUN N.26 Gedong telah hadir ke Majlis Pelancaran  Sarawak X-tive dengan menunggang sendiri motosikal dari Kuching dan setibanya di Gedong terus menaiki basikal mengelilingi Kampung Gedong untuk ke Dewan Datuk Patinggi Ali bagi acara pelancaran rasmi Sarawak X-tive.

Pembukaan Muzium Budaya Borneo Angkat Martabat Budaya Sarawak

/ 05/03/2022

Pembukaan Muzium Budaya Borneo merupakan usaha dalam mengangkat martabat budaya, kebudayaan masyarakat pelbagai bangsa, keturunan dan agama di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, menerusi pembukaan muzium itu, ia boleh memupuk perpaduan kaum dan dipromosikan kepada dunia luar.

Abg Jo Hadir SEVAA 2021

/ 03/03/2022

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Abg Hj Openg telah hadir ke Majlis Sarawak Energy Vendors Appraisal & Awards ( SEVAA ) 2021. Dalam ucapan, YAB terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan Sarawak Energy menganjur  SEVAA  2021 dan membantu  membangun kelestarian dalam enviromen perniagaan tempatan dan juga peluang pekerjaan melalui projek dan Inisiatif mereka bagi memaju Sarawak kearah Maju pada tahun 2030.

Tun Abdul Taib Takes Oath Of Office

/ 01/03/2022

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud this afternoon took his oath of office to continue his service as the Yang di-Pertua Negeri Sarawak during a signing ceremony at the Ceremonial Room of the State Legislative Assembly here. His Excellency, whose term runs for two years from 1st of March took his oath before the Chief Justice of Sabah and Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim.

Ketua Menteri Kini Digelar Premier Sarawak

/ 01/03/2022

Mulai hari ini 1 Mac 2022, istilah Ketua Menteri Sarawak digelar ‘Premier of Sarawak’ atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Premier Sarawak. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion berkata, perubahan kepada istilah jawatan Ketua Menteri itu kepada ‘Premier of Sarawak’ atau ‘Premier Sarawak’ selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan beberapa pindaan ke atas Perlembagaan Negeri Sarawak pada 15 Febuari 2022.

Segera Tambah Kerusi Parlimen Kepada Sarawak, Sabah

/ 01/03/2022

Kerajaan disyorkan  menyegerakan pindaan berkaitan penambahan sehingga satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah. Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong mengesorkan pindaan  disegerakan berikutan ketika ini komposisi kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah hanya meliputi satu perempat atau sebanyak 56 kerusi dengan Sarawak 31 kerusi dan Sabah (25) dari keseluruhan 222 kerusi.

Kiosk Service Sarawak Beri Keselesaan Kepada Rakyat

/ 01/03/2022

Pejabat baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong dilengkapi dengan Kiosk Service Sarawak untuk memberikan perkhidmatan bersepadu kepada rakyat. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, semua bil utiliti iaitu air, elektrik dan gas kini boleh dibayar melalui kiosk bayaran Service Sarawak yang sehenti dan bersepadu.